SMK Rosli Dhoby Juara Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1430H

Oleh isma daud

Lebih 6,000 orang menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Bahagian Sibu; Masjid An-Nur. Ummat Islam di Sibu bersemarak jiwa mereka menyambut Maulidur Rasul seperti tahun-tahun sebelumnya.

Seperti tahun sebelumnya; SMK Rosli Dhoby turut sama mewarnai sambutan ini. Dan buat sekali lagi SMK Rosli Dhoby muncul JUARA pertandingan sepanduk bagi kategori sekolah menengah.Ada lima kategori dipertandingkan. Pada tahun 2008; SMK Rosli Dhoby muncul juara peringkat negeri.


Sesungguhnya nabi kita telah meninggalkan dua pusaka; al-Quran dan as-sunnah; barangsiapa yang berpegang kepada kedua-duanya dia tidak akan sesat buat selama-lamanya.

Pelajar-pelajar SMK Rosli Dhoby hari ini menyertai perarakan dengan penuh semangat dan penghayatan kepada Maulidur Rasul mengenakan pakaian seragam kombinasi putih hijau, warna pakaian yang disukai oleh Rasulullah saw. Para guru lelaki segak memakai baju melayu hijau lengkap, bersongkok dan bersamping gelap manakala guru muslimah memakai baju kurung berbunga berlatar hijau tampak kemas,menarik dan cantik. Dengan kekuatan seramai 365 orang pelajar melengkapkan jumlah hari dalam setahun dalam bilangan tahun masihi. Kebetulanlah tu. Ketua Kontijen pula ialah Tuan Haji Hamzah Bin Beeran; Guru Kaunselor SMK Rosli Dhoby.

Sepanduk pula berlatarkan warna hijau kuning. Masih mengekalkan "trademark" kerja tangan seratus peratus walaupun beberapa garapan mengenakan sentuhan komputer tetapi seni tulisan dikekalkan sebagai tulisan tangan.



Tema tahun ini : "WAHDAH Pemangkin Khaira Ummah". Wahdah bermaksud kesatuan atau perpaduan. Untuk mengangkat tema , firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat; ayat 10 menjadi dasar kami; "Bahawasanya Orang-orang Islam Itu Bersaudara, Maka perdamaikanlah dua saudara kamu yang berselisih dan bertelingkah; dan bertaqwalah kamu semua kepada Allah SWT mudah-mudahan kamu beroleh rahmat".

Sesungguhnya penglibatan kami dalam perarakan maulidur rasul bukan mencari kemenangan sebaliknya melahirkan kecintaan kami kepada Rasulullah. Yang lebih penting ialah untuk memimpin anak-anak didik kami serta diri kami supaya sentiasa beramal dengan ajaran Islam selari dengan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah saw.

Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mencintai aku lebih daripada dua ibubapanya dan manusia seluruhnya".

Dalam kesempatan ini saya ini mengucapkan slam Maulidur Rasul 1430H.Tahniah Kontijen SMK Rosli Dhoby kerana dapat mengekal kejuaraan buat dua tahun berturut-turut. Sehingga ke Tahun depan teruskan kecemerlangan kalian.... Sesungguhnya nabi kita telah meninggalkan dua pusaka; al-Quran dan as-sunnah; barangsiapa yang berpegang kepada kedua-duanya dia tidak akan sesat buat selama-lamanya.

nota: gambar ehsan daripada blog; cotcet cotcet cotcet

Allahummasolli 'ala Muhammad!!!

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?