Berada Di Kampung Halaman; Jiwa Kembali Segar

Oleh isma daud

Sejak beberapa hari lalu saya jejak kaki ke kampung halaman; jiwa saya kembali segar. Entahlah jiwa saya bagai patah bila berada di Sibu. Mengenang sikap orang Sibu yang kurang peka kepada perkembangan agama menjadikan jiwa saya patah walaupun belum pecah jadi berkecai. Sejak tahun 2000 saya siang malam menyampaikan kuliah, hidup dekat dengan masyarakat tapi mereka sentiasa macam tu juga. Jiwa beragama masih rapuh. Kalau dihidang dengan program hiburan pasti bersemarak sambutan. Tidak payah program lain; bagi "poco-poco" buat sebelah masjid pasti ramai datang. Kuliah ni tengok musim dan sambutan. Itulah menjadikan jiwa saya lemah.

Sesampainya saya ke Terengganu walaupun saya tidak maklumkan kepada orang tertentu di kawasan saya berada; jejak saya dikesan juga, ada sahabat telefon dan ada yang terus jemput ceramah. Alhamdulillah mereka cukup menghargai kehadiran saya walaupun majlis itu bukan dalam perancangan pun.

Melihat mereka yang seperjuangan dan sealiran fikrah menjadikan saya rasa kuat semula. Semaga itu menjadi suntikan kepada saya bila kembali ke Sibu esok. Insya Allah SWT majlis, kuliah dan program yang sudah dirancang dekat Sibu akan berjalan terus. Sudah ada kekuatan baru biarpun saya diperkecilkan oleh mereka yang tidak "mengalu-alu"kan saya; saya akan balas dengan semangat baru untuk berjuang dan berdakwah di Sibu. Jika ada yang berkata kepada saya lagi "Baliklaahhh!". Saya akan pacakkan diri saya dan dia yang "Baliikkkk!!!".

Pagi tadi sempat saya menyampaikan kuliah subuh di sebuah surau, malam tadi pun saya dijemput menyampaikan kuliah... saya menyentuh secara langsung tentang kesabaran Rasulullah saw melalui sentuhan sirah rasulullah saw menyampaikan dakwah dari hari pertama baginda dilantik menjadi rasul.....sehingga sempurnanya syariat Islam di atas muka bumi ini....rahsianya diterangkan oleh Allah SWT dengan firmannya; "Bersabarlah dengan kesabaran yang sebaik-baiknya" - Surah al-Ma'arij; ayat 5.

Saya merasakan tazkirah yang saya lontarkan ini turut mentarbiyyah diri saya disamping dapat menyuntik semangat dan motivasi ahli jamaah lain yang sama-sama hadir.

Moga-moga Allah SWT sentiasa membantu saya dalam menyampaikan ilmu saya yang sedikit dan mereka yang enggan itu kembali bermuhasabah diri dan tidak membenci lagi...

Jumpa lagi di Sibu...dan terus berjuang!!!

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?