Hukum Wanita Bujang (Belum Berkahwin) Menjadi Ibu Susuan

Assalamualaikum ustaz..

Baru -baru ni terdapat satu topik yang diperbincangkan antara saya dan rakan2 di tempat kerja saya.

Pada zaman sekarang,ramai yang kita dengar wanita2 yang tidak berkahwin mengambil anak angkat dan mendapatkan suntikan bagi pengeluaran susu badan..sedangkan mereka ini masih belum berkahwin.

oleh itu,apa yang dimusykilkan di sini..apakah hukum bagi keaadaan sedemikian?

saya harap ustaz dapat memberikan sedikit penjelasan..

terima kasih.

Pn. Haslina.
March 29, 2009 1:42 PM

__________________________
Ulasan dan Jawapan isma daud

Salam buat Pn.Haslina;

Persoalan yang Haslina tanya ini merupakan perkara baru yang berlaku dan menjadi perkara khilaf dikalangan ulama. Sehingga kini rasanya belum ada ketetapan majlis fatwa mengenainya. Saya rasa persoalan ini pernah jadi tajuk berita seawal tahun 2007 dulu.

Walaupun begitu; pada hemat saya, untuk menjadi ibu susuan kepada bayi;mengikut mazhab syafie; mestilah bayi itu berusia dua tahun ke bawah dan menyusu badan dengan ibu itu untuk lima kali kenyang... Jika seorang perempuan itu berupaya mengeluarkan susu badan adalah harus menyusukan bayi mengikut syarak. Mana-mana perempuan yang boleh mengeluarkan susu harus menyusukan bayi.

Untuk mendapat susu halal tidak mestinya melalui perkahwinan. Ia boleh mendapatkan susu tersebut termasuklah menggunakan kaedah suntikan hormon atau kaedah sainstifik dan sebagainya yang mesti dilakukan oleh pihak pakar perubatan dan disahkan selamat. Kalau menjadi pertikaian hukum pun adalah berkaitan penggunaan suntikan horman tersebut.

Sekiranya terdapat kesan sampingan yang boleh memudharatkan wanita tersebut hasil daripada pengambilan pil atau suntikan hormon penggalak susu,tentunya perbuatan ini tidak dibenarkan oleh syara'.

Firman Allah s.w.t:

وَلاَ تُلْقُوا بِأَيْدِيكُم إِلىَ التَهْلُكَةِ

Maksudnya:Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan.(Surah Al Baqarah :195)

Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda:

لاَضَرَروَلاَضِرَار

Maksudnya:Tidak boleh memberi mudharat dan menerima mudharat

Dalil dalil ini jelas menunjukkan bahawa syara' tidak membenarkan pengambilan ubat atau suntikan hormon sekiranya boleh membawa mudharat kepada sesorang individu.Untuk mengetahui mudharat ataupun tidak kita serahkan pada ahlinya iaitu doktor kesihatan.

Perkahwinan adalah bukan mendapatkan susu, perkahwinan adalah mengharuskan hubungan kelamin dan mendapatkan zuriat yang sah disudut syarak.

Namun nasihat saya bagi mana-mana perempuan yang mengambil anak angkat elok kalau mereka mampu menyusu badan kepada anak tersebut supaya mudah dikemudian hari agar anak itu dapat menjaga mereka tanpa melibatkan batas-batas syarak seperti aurat dan wudhuk serta hukum-hukum lain.

Anak susuan adalah digolongksn sebagai haram selama-lamanya untuk berkahwin dengan ibu susunya. Kedudukan ibu susu sama dengan kedudukan ibu sendiri.

Berikut adalah faktor kemungkinan yang boleh disenaraikan bagi punca wanita bujang menyusukan anak melalui pengambilan pil atau suntikan hormon penggalak susu adalah:

-Wanita yang sudah berusia lanjut dan belum berkahwin tetapi ingin memiliki anak.

-Naluri wanita yang inginkan anak tetapi tidak mampu memilikinya atas sebab usia ataupun mandul.

-Kepentingan kerjaya sehingga tidak mahu berkahwin tetapi ingin memiliki anak dan tidak mahu mengharungi kehidupan berumahtangga.

Wallahu A'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?