Ulang siar PEDOMAN (1) : Siapa Kita?
Oleh isma daud
Di antara artikel yang pernah saya tulis untuk siaran "PEDOMAN" diterbitkan sebagai risalah ringkas untuk edaran dan tatapan warga SMK Rosli Dhoby keluaran Mac, 2003. Saya menulis satu tajuk : Siapa Kita? Mengapa Kita Diciptakan? Untuk entry kali ini saya akan menintakan sebahagian tulisan saya itu dengan tajuk kecil "Mengabdikan diri kepada Allah SWT".
Bagi orang yang suka bermuhasabah diri pasti persoalan siapa kita sering kali bermain di benak kita. Ini kerana fitrah kita yang suci akan mencari hakikat diri kita sebenarnya sehingga kita merasa kekurangan jika kita tidak berupaya menjelaskan persoalan itu. Saya memberi contoh seorang anak angkat yang bila dia mengetahui bahawa dia bukan anak kandung kepada ibubapanya yang ada sudah tentu bebanan perasaannya meronta-ronta untuk mengetahui siapa ibubapanya yang sebenar? Sudah pasti dia mula mencari dan terus mencari. Selagi dia tidak dapat mengetahui dan menemui hakikat sebenar ibubapanya semakin bertambahlah beban perasaannya. Begitulah perbandingan seorang yang mula berfikir tentang hakikat dirinya.
Seseorang yang mahu kenal dirinya mula berfikir akan asal-usulnya; dari manakah dia datang? siapakah yang menciptakannya? Untuk apa dia diciptakan? Dan ke mana dia akan pergi sebagai destinasi akhir perjalanan hidupnya.
Persoalan-persoalan itu akan terus berlegar di segenap lorong perjalanan hidupnya sehingga dia dapat menjawab setiap satu soalan yang dikemukakan oleh fitrah dirinya.
Mengapa kita diciptakan?
Di sini saya tidak akan membincangkan kesemua persoalan di atas. Mungkin dalam kesempatan yang lain, insya Allah SWT. Saya akan fokoskan kepada tujuan keberadaannya manusia di atas muka bumi ini. Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan dua tujuan utama disamping tugasan yang banyak sesuai dengan kelayakan dan kemampuannya berbanding makhluk Allah swt yang lain. Dengan kemampuan dan kelayakan yang ada pada manusia itu menyebabkan Allah SWT melebihkan mereka mengatasi makhluk yang lain biar pun ia lebih besar dan lebih kuat seperti langit, bumi, lautan, bukit-bukau dan gunung-ganang. Dengan kelayakan yang ada pada manusia itu; manusia telah memberi kesanggupan kepada Allah SWT untuk melaksanakan dua tugas utama yang maha berat ini. Allah SWT menjelaskan di dalam Al-Quranul Karim dengan firmannya:
Maksudnya:
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab ( amanah ) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan”.
Bersambung...
Ahad: 24/08?2008;

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا
Maksudnya:
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab ( amanah ) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan”.
( Surah Al-Ahzaab; Ayat 72)
Bersambung...
Ahad: 24/08?2008;
Malam tadi tidak sempat saya menghabiskan penulisan saya kerana tiba-tiba saya diganggu perasaan mengantuk, tidak mampu saya meneruskannya biar pun saya cuba bertahan. Allah SWT nak rehatkan saya. Pagi ini saya ada sedikit kelapangan lagi untuk memanjangkan lagi perbincangan semalam. Alhamdulillah.
Berbalik kepada perbincangan saya semalam; dalam ayat yang saya utarakan tadi membincangkan persoalan amanah.
Amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT kepada manusia mengikut kesanggupan, kebolehan, keilmuan dan kemampuannya. Amanah yang ditentukan Allah SWT dalam ayat tadi ialah menjadi khalifah Allah SWT di atas muka bumi dan mengabdikan diri kepadaNYa semata-mata tanpa berlaku syirik akan sesuatu jua pun. Sesiapa yang menjalani kehidupan di atas muka bumi tanpa menyedari atau pun sengaja mengabaikan fungsi dan tugas yang telah ditetapkan oleh Allah SWT pasti akan menjerat diri mereka sendiri dengan azab Allah SWT baik di dunia maupun akhirat.
Dalam ayat berikutnya Allah SWT menjelaskan firmanNya;
"(Dengan sebab kesanggupan manusia itu); Allah SWT akan menyeksa orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang musyrik lelaki dan perempuan. Dan Allah SWT akan menerima taubat orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan. Dan Allah SWT itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani".

( Surah Al-Ahzaab : Ayat 73)
Nyata sekali dalam ayat di atas menjelaskan peranan manusia dalam melaksanakan tanggungjawabya selaku khalifah Allah SWT dengan melakukan kebaikan dan islah kepada kepada alam ini dan pada masa yang sama mesti melaksanakan ubudiyyah kepada penciptanya akan menentukan darjahnya di sisi Allah SWT samada menjadi orang yang beriman yang soleh atau menjadi orang yang kufur, syirik, fasik dan munafik. Setiap orang akan dihisab dan disoal di atas amanah yang dipikulkan atas bahunya. Setiap orang akan dibalas mengikut amalan dan pekerjaannya. Setiap orang tidak akan dizalimi oleh Allah SWT sedikitpun.
Atas landasan itu saya cuba memperincikan sedikit akan peranan kita selaku Hamba Allah SWT untuk mengabdikan diri Kepada Allah SWT; Sheikh Abdullah Naasih 'Ulwan dalam bukunya " حَتَّىَ يْعَلَمَ الشَبَابُ " menjelaskan bahawa maksud dan tujuan penciptaan manusia itu adalah untuk merealisasikan ubudiyyah dan taatkan Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud; "Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu".
Untuk melaksanakan tugasan ini; tiada jalan lain melainkan memilih ISLAM sebagai agama dan manhaj hidup; agama yang tiada kesesatan padanya; agama yang diturunkan Allah SWT sebagai risalah rabbaniyyah yang lengkap dan sempurna. Risalah yang didaulatkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Risalah Rabbaniyyah bermaksud agama yang diturunkan Allah SWT tanpa campurtangan manusia sedikitpun; tiada perubahan dan tiada tokok-tambah oleh sesiapa pun hatta nabi Muhammad SAW . Agama yang kekal terpelihara di sisiNya sehingga hari kiamat.
Firman Allah SWT maksudnya; "Celupan Allah, siapakah yang terlebih baik celupannya (agamanya)?
Oleh sebab itu tiada sesiapa yang boleh mendahului Allah SWT dan RasulNya. Maka Islam telah menentukan beberapa jalan yang boleh diikuti manusia untuk merealisasikan rasa ubudiyyah kepada Khaliqnya;
Diantaranya;
i. Memantapkan iman dan taqwa melalui ketaatan hanya kepada Allah SWT. Ketaatan itu dapat dibuktikan melalui wala' kepada Allah, rasul dan orang beriman serta gigih dan tekun melakukan ibadah baik yang khusus maupun ibadat yang umum.
Firman Allah SWT; "Bahawasanya wali kamu ialah Allah, rasulNya dan mereka yang beriman iaitu mereka yang mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan mereka yang rukuk ( tunduk dan taatkan Allah ). Barangsiapa yang mengambil Allah, rasulNya dan orang-orang yang beriman sebagai pemimpin; maka sesungguhnya pengikut Allah mereka itu akan beroleh kejayaan".
Maka setiap seorang mesti istiqamah dalam setiap amalannya tanpa mengenal rasa jemu, muak dan penat. Sedar bahawa setiap usaha dilakukan dengan ikhlas mempunyai nilai pahala yang tidak akan disia-siakan oleh Allah SWT. Kesedaran inilah yang akan mendorong semangat jihad untuk meninggikan syariat Allah SWT dan melaksanakan amar makruf serta nahi mungkar. Kesedaran ini menolak seseorang untuk menjadikan seseorang itu gigih menghayati ajaran agamanya yang dianjurkan oleh al-Quran dan al-hadis; bersungguh-sungguh maengamalkan sunnah yang dipusakakan oleh Rasulullah SAW.
ii. Membina akhlak dan menguasai ilmu yang boleh membawa manusia mengenal penciptanya, yang mengarahkannya supaya beramal dengannya dalam perkara yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Akhirnya melahirkan muslim yang berakhlak mulia dalam hubungannya dengan Allah SWT dan hubungannya sesama manusia.
Penguasaan ilmu mampu membimbingnya menuju jalan keselamatan akhirat dan menunjuknya jalan kebahagiaan hidup di dunia. Sehingga semuanya menjadi bermanfaat dan menjadi ibadat. Kerana dunia itu jambatan akhirat. Rasulullah saw pernah mengingatkan bahawa barangsiapa yang mahukan kehidupan dunia ia mesti berilmu, yang mahukan akhirat pun mesti berilmu dan yang mahukan kedua-duanya pun mesti berilmu.
Dengan ilmu itu ; seseorang itu akan mampu melaksanakan usaha dakwah untuk mengajak manusia lain beribadah kepada Allah SWT dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan jahiliyyah dan kesesatan millah (agama) serta membersihkan diri daripada penyakit syirik, khurafat, maksiat dan dosa. Seterusnya dia dapat memberi gambaran kepada diri dan saudaranya akan hakikat dunia yang luas; bukan lagi hidup dalam batasan dunia yang sempit.
iii. Memperelok hubungan sesama manusia dalam muamalah yang baik dan perhubungan yang harmoni. Berusaha memupuk persaudaraan, perpaduan dan ukhuwwah dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang kerana Allah SWT bertolak dari batu bata pertama di dalam rumah-tangganya sehingga membentuk sebuak mujtamak yang kukuh dan negara yang bahagia dan maju.
Sudah tentu perpaduan dan persaudaran itu dibina atas asas Ta'aawun alal Birri Wat Taqwa serta menolak segala bentuk ancaman dan kerosakan yang datang daripada sifat permusuhan dan kemaksiatan.
Saya berharap dengan tiga gagasan ini; manusia dapat membina tugu ubudiyyah dalam dirinya dan mengukuhkan asas atau tunggak kepada binaan iman dalam jiwanya dan akhir sekali seseorang itu dapat membina jambatan kepada usaha mentaqarubkan (mendekatkan ) diri kepada Allah SWT.

(Surah Adz-Dzaariyaat: Ayat 56)

(Surah al-Baqarah: ayat 138)

(Surah Al-Maaidah : ayat 55)

Comments