Siri Kisah Nabi Musa - Siri 9 : Serangan Psikology dan Pemikiran
Alhamdulillah; bersua kembali dalam siri Kisah al-Quran yang ke 9. Masih lagi kita bercerita kisah nabi Musa menentang kezaliman Firaun.
Saudara;
Firaun rasa amat terancam dengan risalah yang di bawa oleh nabi Musa a.s. Pengaruh nabi Musa a.s. tidak berkurangan malah kian bertambah walaupun pelbagai ancaman dan kekerasan dikenakan kepada Bani Israel dan usaha untuk membunuh nabi Musa itu sendiri. Kali ini saya ingin membicarakan langkah seterusnya yang di ambil oleh Firaun. Firaun telah mengadakan kempen dan propaganda menyerang risalah nabi Musa dan sekali gus menyentuh peribadi nabi Musa a.s.dengan pendekatan yang lebih halus. Firaun menemui rakyatnya dan berkata: “Hai rakyatku! Tidakkah kamu melihat bahawa aku memiliki kerajaan Mesir yang megah dan besar ini, di mana sungai-sungai mengalir di bawah telapak kakiku, sungai-sungai yang memberi kemakmuran hidup dan kebahagian bagi rakyatku? Dan tidakkah kamu melihat kekuasaaanku yang luas dan ketaatan rakyatku yang bulat kepadaku? Bukankah aku lebih baik dan lebih agung dari Musa yang hina-dina itu, yang tidak pandai menghuraikan isi hatinya dan tidak petah berbicara menerangkan maksud tujuannya. Mengapa tuhannya tidak memakaikannya dengan gelang emas sebagaimana lazimnya orang-orang yang diangkat menjadi raja, pemimpin atau pembesar? Atau mengapa dia tidak diiringi oleh para Malaikat sebagai tanda kebesarannya dan sebagai bukti kerasulannya?
Kempen memburukkan nabi Musa ini adalah bertujuan mengekang pengaruh nabi Musa a.s. Orang-orang yang fasiq dan lemah iman akan membenarkar kata-kata Firaun manakala orang yang beriman akan bertambah imannya. Nabi Musa mengadu kepada Allah SWT dengan berdoa: “Ya Allah Ya tuhan kami, Engkau telah memberi kemewahan dan kekayaan hidup kepada Firaun dan kaum kerabatnya; menyebabkan mereka menjadi sesat dan menyesatkan manusia dan hamba-hambaMu dari jalan yang Engkau redhai. Ya Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan kuncikanlah pintu hati mereka. Mereka itu tidak akan beriman melainkan melihat azabmu yang sangat pedih”.
Berkat doa nabi Musa a.s.; kerajaan Firaun dilanda krisis kewangan dan negeri Mesir ditimpa kemarau; sungai Nil menjadi kering, sawah-sawah semuanya mati, ladang-ladang diserang
“ Musibah yang berakhir itu adalah diatas usaha kita sendiri dan kepandaian kami dalam megatasinya”. Saudara sidang pendengar boleh mendalami kisah ini dengan membaca ayat-ayat al-Quran dalam surah Al-Mukmin mula ayat 26, surah Az-Zukhruf mula ayat 51-54, surah Yunus dari ayat 88-89 dan surah al-A’raaf dari ayat 130 -135.
Saudara; Sungguh banyak pengajaran yang boleh kita kutip dari kisah hari ini. Apa yang saya ingin tarik perhatian saudara ialah jangan kita suka berdolak-dalik dengan Allah. Kita
Comments