Nabi Musa Keluar Dari Negara Mesir - Siri 2
SIRI KE 2:
Alhamdulillah kita bersyukur kerana dapat ke udara lagi siri kedua kisah-kisah al-Quran iaitu kisah nabi Musa a.s.. Hari ini kita akan bercerita bagaimana Nabi Musa menghadapi saat getir dalam usia mudanya sehingga menjadi mangsa buruan askar Firaun dan akhirnya terpaksa keluar dari Negara Mesir.
Nabi Musa membesar di dalam istana dan dididik dengan kehidupan istana. Baginda menjadi seorang pemuda yang gagah dan memiliki kekuatan rohani dan jasmani. Allah swt membentuk nabi Musa dengan kesediaan untuk menjadi rasul kepada kaumnya dan membebaskan mereka daripada kezaliman Firaun dan penguasanya. Firman Allah swt dalam surah al-Qasas bermula ayat 14:
وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَاسْتَوَى آَتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِين
Maksudnya: Dan apabila sampai usia mudanya dan tegap tubuh badannya; Kami (Allah) telah mengurniakannya dengan kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan. Begitulah kurniaan kami kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.
Menyedari dirinya bukan keturunan Firaun bahkan dia berketurunan Bani Israel yang ditindas dan dizalimi; dia berazam untuk membela kaumnya yang lemah. Sehinggalah pasa suatu hari, Allah Swt menjelaskan di dalam ayat 15 -17 surah al-Qasas dengan firmanNya:
وَدَخَلَ الْمَدِينَةَ عَلَى حِينِ غَفْلَةٍ مِنْ أَهْلِهَا فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلَانِ هَذَا مِنْ شِيعَتِهِ وَهَذَا مِنْ عَدُوِّهِ فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِي مِنْ شِيعَتِهِ عَلَى الَّذِي مِنْ عَدُوِّهِ فَوَكَزَهُ مُوسَى فَقَضَى عَلَيْهِ قَالَ هَذَا مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ عَدُوٌّ مُضِلٌّ مُبِينٌ (15) قَالَ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي فَغَفَرَ لَهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (16) قَالَ رَبِّ بِمَا أَنْعَمْتَ عَلَيَّ فَلَنْ أَكُونَ ظَهِيرًا لِلْمُجْرِمِينَ(17)
Ketika Musa memasuki
Pihak berkuasa mula menyiasat kes ini dan mencari pembunuhnya. Jika tertangkap pembunuh itu akan dijatuhkan hukuman bunuh kerana membunuh kaum dari kalangan Firaun. Pihak berkuasa mengesyaki ini adalah perbuatan Bani Israel. Dalam keadaan itu tiba-tiba keesokannya dia berserempak dengan Samiri. Hari ini dia bergaduh lagi dengan kaum Firaun. Menyedari Samiri bukanlah orang yang baik terus dia menuju kepadanya. Menyangka Nabi Musa ingin membunuhnya; Samiri terus berteriak: “ Adakah kamu ingin membunuhku sepertimana kamu telah membunuh Fatun semalam? Betullah kamu suka berbuat jenayah!” Teriakkan Samiri itu telah didengar oleh pihak berkuasa lalu mereka memburu nabi Musa. Lalu datanglah seorang kawan Musa; memberi nasihat kepadanya agar dia segera meninggalkan Mesir sebelum pintu gerbang ditutup. Dalam keadaan cemas itu nabi Musa bergegas meninggalkan Mesir dengan berdoa kepada Allah “ Ya Allah selamatkanlah aku dari kaum yang zalim”.
Saudara! Apa yang akan berlaku kepada nabi Musa ikuti kisah ini seterusnya. Tapi pengajaran yang patut kita ambil dari siri ini. Masa muda kita perlu kita isi masa kita dengan perkara yang berguna. Jangan kita melakukan perkara sia-sia dan merosak masa depan kita. Ayuh pemuda di luar
Comments