Terlepas Emas Sukan Olimpik; RM Satu Juta Selamat

Oleh isma daud

aBukan isu sukan atau tidak patriotik saya mengulas kegagalan Lee Chong Wee yang kecundang ditangan pemain badminton no 1 dunia; Lin Dan dalam perebutan pingat emas acara akhir badminton sukan Olimpik Beijing. Sebagai rakyat Malaysia saya juga mahu nama Malaysia terpahat sebagai pemenang pingat dan mengharumkan nama negara.

Saya yakin, para atlit negara bersungguh-sungguh untuk menghadiahkan negara pingat di sukan olimpik dan bukan habuan RM 1 juta jika berjaya membawa balik pingat emas untuk negara.

Apabila Lee Chong Wei mara cemerlang sehingga akhir dan rakan-rakannya yang lain tumbang; memang rasa sedih. Yalah setakat ni acara badminton ni saja yang nampak harapan negara nak dapat pingat. Tidak kiralah pingat apa. Berdetik juga hati saya kalau pemain regu kita dapat mara ke akhir tapi terdengar-dengar ditelinga saya orang bercakap apa rasionalnya jika mereka juara Sukan Olimpik mereka dijanjikan RM 1 juta. Apakah itu nilai maruah pemain sukan tanahair kita kalau itu tukarannya sedangkan rakyat teramai di tanahair ini yang sedang kais pagi makan pagi; kais petang makan petang. Akan adakah hati mulia pemain sukan akan memberi balik dapatan mereka itu buat rakyat termiskin yang juga sentiasa menyokong mereka.


Ya, menang dapat RM 1 juta . Mungkin kerajaan dah yakin tiada yang akan pulang bawa pingat emas sebab itu kerajaan berani buat tawaran itu. Kalau ada memang berbaloilah menang pingat emas Sukan Olimpik. Mungkin doa teramai rakyat Malaysia yang miskin dan tertindas; bukat tidak patriotik tapi menang terpaksa serah RM1 juta buat atlit sukan. Timbullah saya cemburu di hati rakyat marhain; apalah sangat harga seorang atlit berbanding diri mereka yang tiada tempat di hati pemerintah nak bagi RM1 juta dapat mereka bahagi ramai-ramai untuk melapangkan sedikit kesempitan hidup mereka yang berdepan dengan segala macam kenaikan harga barang dan sebagainya.


Doa rakyat marhain yang mungkin dianggap tidak patriotik ini agaknya menjadikan niat menjulang emas sukan olimpik dilepaskan oleh Lee Chong Wei petang itu. Ramai pengkritik sukan mengulas Lee Chong Wei tidak kuat melawan manakala lawannya Lin Dan cukup sempurna permainannya petang itu.

Alhamdulillah lewat petang sikit, Lee Chong Wei akhirnya terpaksa mengakui bahawa pingat emas individu badminton akhir adalah milik Lin Dan. Saya ada terkilan juga Lee Chong Wei kalah dan terlepas menang pingat emas Sukan Olimpik tapi jauh di hati saya ada riak gembira kerana secara tidak langsung terselamatnya duit rakyat sebanyak RM 1 Juta.

Harapan saya kerajaan tidak membunuh semangat rakyat dengan janji sebegitu banyak. Cukup-cukuplah kerajaan membazirkan duit rakyat yang sekarang ini sudah tidak tertanggung dengan kos hidup yang semakin mencekik leher mereka. Tertelan air liur mereka mendengar duit RM1 juta itu. Agaknya kekalahan Lee Chong Wei itu ada sedikit tempias doa rakyat yang tidak melihat apalah ertinya juara dapat RM1 juta berbanding pergi untuk menang tanpa janji RM1 juta itu. Saya yakin semua rakyat mengiringi doa dan atlik kita lebih berjiwa patriotik untuk menang dan mengharungkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Walaubagaimana pun sebagai warga Malaysia tetap bangga di atas kemampuan Lee Chong Wei yang mara sejauh itu. Tahniah Lee Chong Wei . Pingat perak milikmu...

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?