ٍٍٍٍٍٍٍKisah Nabi Musa - Siri 6 : Pendekatan Dakwah Nabi Musa

Assalamu ‘alaikum wmt;

Sidang pendengar yang dirahmati Allah; bersua kembali dalam kisah –kisah nabi. Masih lagi kita menyambung kisah nabi Musa a.s.

Hari ini kita ingin melihat pendekatan dakwah nabi Musa dan Harun apabila berhadapan dengan Firaun dan kekuasaannya.

Pendekatan Pertama. Ialah nabi Musa berdoa kepada Allah swt agar usahanya berhasil dengan baik. Firman Allah swt;

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي (25) وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي(26) وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي (27) يَفْقَهُوا قَوْلِي (28)

“ Musa berdoa: Wahai tuhanku ; Engkau lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, rungkaikanlah kekusutan pada simpulan lidahku, fahamkanlah mereka dengan perkataan dan ucapanku”.

Pendekatan kedua; Meminta Allah menghantar bersamanya seorang pembantu dalam melaksanakan tugasnya. Dia tahu tugas yang sebegitu berat tidak mampu dia laksanakan seorang diri. Lalu Allah mengutuskan sepupunya Harun yang lebih fasih tutur katanya. Ini kerana Nabi Musa tidak lancar kata-katanya kerana lidahnya rosak akibat termakan bara api semasa kecilnya. Pernah Firaun ingin menguji apakah budak lelaki inikah yang akan menjatuhkannya? Pilihan yang menunjukkan kebodohan itu menghilang sama sekali prasangka Firuan akan bebijaksanaan Nabi Musa. Masya Allah! Saudara; Islam memerintahkan kita supaya sering hidup bantu membantu dan tolong menolong dalam perkara baik dan taqwa dan mencegah sama sekali kita bertolongan dalam perkara maksiat dan mungkar.

Firman Allah swt menceritakan kebijaksanaan nabi Musa;

وَاجْعَلْ لِي وَزِيرًا مِنْ أَهْلِي (29) هَارُونَ أَخِي (30) اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي (31) وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي (32) كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا (33) وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا (34) إِنَّكَ كُنْتَ بِنَا بَصِيرًا (35) قَالَ قَدْ أُوتِيتَ سُؤْلَكَ يَا مُوسَى (36) وَلَقَدْ مَنَنَّا عَلَيْكَ مَرَّةً أُخْرَى (37)

Pendekatan ketiga ialah berdialog dengan Firaun; Nabi Musa dan Harun masuk ke istana bertemu dengan Firaun yang turut serta dalam majlis itu ialah pembesarnya dan para penasihatnya. Bertanya Firaun: Siapakah kamu berdua ini? Musa menjawab : Kami Musa dan Harun adalah utusan Allah kepada kamu agar dapat membebaskan Bani Israel dari kezaliman yang kamu lakukan. Lalu Firaun amat mengenali Musa lalu berkata; “Kamu memang tidak mengenang jasa, dari kecil sehingga dewasa besar dalam istana, terdidik sehingga menjadi seorang yang pandai dan kamu telah membunuh salah seorang dari bangsa kami!” Musa menjawab: “Aku ditaqdirkan membesar dalam istanamu adalah akibat kezaliman kamu sendiri yang membunuh setiap bayi lelaki sehingga ibuku menhanyutkan aku ke dalam sungai Nil dan Allah membawaku ke dalam istanamu. Aku membunuh seorang dari bangsamu bukanlah kesalahanku yang disengajakan bahkan berupa hikmah yang menjadikan aku seorang yang lebih berilmu dan aku dilantik menjadi rasul”

Firaun berkata lagi: Siapa pula tuhan yang kamu maksudkan tadi? Adakah tuhan yang lain daripada yang patut disembah selain aku? Jawab Musa: Ya!Tuhanmu dan tuhan nenek moyangmu adalah tuhan seru sekelian alam iaitu tuhan yang menguasai langit dan bumi” Lalu Firaun berkata: Tidakkah mereka berdua ini gila? Siapa pula tuhan kamu berdua? Musa menjawab: Tuhan kami ialah tuhan yang menjadikan segala sesuatu dan memberi hidayah pula kepadanya”. Jelasnya; Firaun terpukau dengan hujah nabi musa dan harun. Disebabkan angkuh dan sombongnya tidak ada apa yang boleh meroboh keegoannya bahkan bertambang angkuhnya dengan berkata. “Tunjukkan kepada kami bukti jika dakwaan kamu itu benar?

Saudara; Insya Allah kita sambung kisah ini pada siaran yang akan datang. Wabillahittaufiq walhidayah. Assalamu ‘alaikum wmt.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?