Menyerang Jahiliyyah Moden Dalam Kes Saiful.....

Oleh herohelang

Artikel
Pengertian jahiliyyah didefinisikan sebagai apa yang ditakrifkan oleh firman Allah s.w.t dalam al quran yang bermaksud:-"Apakah hukum (jahiliyyah) yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin" -Al-Maidah 50-

Sesungguhnya jahiliyyah sebagaimana yang dimaksudkan ini, adalah bertitik tolak daripada keadaan nafsiyyah manusia yang tidak mahu memakai sistem @ menerima pakai sistem yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T dalam menjalani kehidupan ini. ini lah yg mnyebabkan sistem mayarakat kini berada dalam kegelapan.

Apakah dalam kes si Saiful ini kita boleh katakan dia berada dalam jahiliyyah moden, baru sahaja dia melafazkan sumpah, bermubahalah dengan kalimat wallahi,wabillahi.watallahi, justeru itu semestinya kita mempercayai apa yang didakwa oleh si Saiful ini; kerana dia dengan beraninya bersumpah dengan nama Allah yang Maha Agung. Kerana sumpah bukanlah perkara yang boleh dipermainkan kerana laknat Allah menjadi taruhan.

Namun persoalannya sekarang; yang ingin saya timbul kan disini, sekiranya saiful benar2 ikhlas dengan dakwaannya, failkan lah kes ini di Mahkamah Syariah. Kerana anda dilihat benar2 berada dipihak yang benar (jauh di sudut hati saya memang tidak percaya kepada budak ni). Anda telah memulakan dengan cara Islam walaupun tidak kena dengan kes, sepatutnya sumpah ini jika kesnya Li'an , tapi tidak salah anda bersumpah demi menyatakan kebenaran bahawa diri anda benar2 diliwat.

Tapi mengapa hanya sumpah ini anda ikut cara islam , mengapa tidak anda gunakan sepenuhnya sistem kehakiman dan syariah Islam untuk membuktikan bahawa anda benar2 diliwat, ini yang saya cuba kaitkan anda dengan jahilyyah moden, mengunakan sebahagian kaedah islam yang kena dengan selera, meninggal kan sebahagian yang lain kaedah isalm yang tidak menepati dengan selera. Merasakan cara ini ada untung nya bagi pihak anda, anda gunakan mubahalah ini untuk menguatkan dakwaan bahawa anda diliwat. Sememangnya ini benar2 hujah yang kuat untuk orang mempercayai bahawa anda diliwat.

Seperti yang saya katakan tadi janganlah gunakan sebahagian sahaja kaedah Islam dalam kehidupan ini, gunakan sepenuhnya sistem Islam dalam membuktikan keadilan bahawa kamu benar2 diliwat, yakinlah bahawa Islam itu sangat adil, sedebu pun kamu tidak akan dizalimi @ dianiayai.

Marilah kita sama2 berdoa dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, jauhkanlah kami dari debu2 fitnah ya Allah, hanya Engkau yang mengetahui segala2 nya...

Takbirrrr....................

http://pemburuhelang.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?