Siri Kisah Nabi Musa - Siri 5 : NABI MUSA BERDAKWAH KEPADA FIRAUN

Assalamu’alaikum wmt.

Alhamdulillah kita bersua kembali dalam siri kisah al-quran. Menyambung kembali kisah nabi Musa dalam siri ke 5; Nabi Musa berdakwah kepada Firaun.

Raja Firaun memerintah Mesir dengan berlaku zalim kepada rakyatnya dengan menindas dan memerah tenaga mereka dan membezakan di antara bangsanya berbangsa Mesir dengan Bani Israel. Mereka hidup dalam ketakutan dan tidak pernah aman. Firaun mengaku bahawa dirinya tuhan yang wajib disembah dan dipuja. Maka Allah swt telah memerintahkan nabi Musa untuk berjumpa dengan Firaun dan berdakwah kepada nya dengan sopan dan menggunakan perkataan yang baik. Mengharap sebarang perubahan dan kembali kepada Allah; tuhan yang sebenar dan mengembalikan rakyatnya kepada jalan akidah dan mendapat hidayah Allah swt.

Biarpun nabi Musa masih merasa bimbang kalau-kalau peristiwa pembunuhan 10 tahun yang lalu masih belum hilang daripada ingatan pembesar Firaun; mendengarkan perintah Allah :

اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (24)

“ Pergilah kamu kepada Firaun, Sesungguhnya dia telah melampaui batas”

Segala ketakutan di lempar jauh-jauh daripada dirinya; timbullah tekad dan azam yang bersungguh-sungguh untuk melaksanakan perintah Allah swt. Dengan bantuan saudaranya Harun dan jaminan Allah akan bersama-samaNya bertambahlah lagi keyakinannya. Perhatikanlah bagaimanakah caranya jalan sepatutnya kita lakukan dalam melaksanakan dakwah. Ianya perlu dilakukan dengan perancangan dan pendekatan yang penuh berhikmah walaupun terhadap orang yang zalim; Allah swt berfirman kepada Nabi Musa dalam surah Tha Haa mulai ayat 42;

اذْهَبْ أَنْتَ وَأَخُوكَ بِآَيَاتِي وَلَا تَنِيَا فِي ذِكْرِي (42) اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (43) فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى (44) قَالَا رَبَّنَا إِنَّنَا نَخَافُ أَنْ يَفْرُطَ عَلَيْنَا أَوْ أَنْ يَطْغَى (45) قَالَ لَا تَخَافَا إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَى (46) فَأْتِيَاهُ فَقُولَا إِنَّا رَسُولَا رَبِّكَ فَأَرْسِلْ مَعَنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا تُعَذِّبْهُمْ قَدْ جِئْنَاكَ بِآَيَةٍ مِنْ رَبِّكَ وَالسَّلَامُ عَلَى مَنِ اتَّبَعَ الْهُدَى (47)

Maksudnya: “ Pergilah kamu beserta saudaramu dengan membawa ayat-ayatku dan janganlah kamu berdua lalai dalam mengingatiku. Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah memalampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut. Mudah-mudahan dia ingat dan takut kepada Ku. Berkatalah mereka berdua: “ Ya Tuhan kami! Sesungguhnya kami khuatir bahawa dia akan menyeksa kami atau akan bertambah kejahatannya” . Allah berfirman: “ Janganlah kamu berdua bimbang, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu berdua. Aku mendengar dan aku melihat”. Maka datanglah kamu berdua kepada Firaun dan katakanlah: “ Sesungguhnya kami berdua adalah utusan tuhanmu, maka lepaskanlah Bani Israel bersama kami dan janganlah kamu menyeksa mereka. Sesungguhnya kami telah datang kepada kamu dengan membawa bukti (tentang kerasulan kami) dari tuhanmu. Dan salam sejahteralah kepada orang-orang yang mengikut petunjuk”.

Saudara; Betapa peri pentingnya “kata-bicara” dalam menyampaikan dakwah dan ajaran Allah swt. Uslub dakwah perlu dikuasai oleh para pendakwah sekelian di luar sana agar ajaran Allah mudah difahami oleh para mad’u. Sekian . Wassalam!

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?