Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Salam Ustaz,

Saya ada kemusyikilan berkaitan dengan perkara di atas ;

a) Mungkin ustaz boleh jelaskan secara ringkas perbezaan di antara talak bain kubra dengan talak bain sughra?

b) Boleh ke kiranya ustaz memberikan beberapa keadaan yang menunjukkan berlakunya talak bain sughra?

Harap ustaz dapat membantu saya di dalam merungkaikan permasalahan ini.

Terima Kasih, ustaz.

Faizal
28/03/2009



Ulasan dan Jawapan Oleh isma daud

Salam kembali saudara Faizal;

Talak ni ada dua jenis - Talak Raj'ie dan Talak Bain. Talak Bain pula ada dua iaitu Talak Bain sughra dan Talak bain Kubra.

Saya perincikan;

(1) Talak Raj'ie iaitu talak atau cerai yang membolehkan suaminya rujuk kembali kepada isterinya tanpa akad nikah yang baru, iaitu talak satu atau talak dua yang belum habis idahnya.

(2)Talak Bain Sughra ialah talak satu atau dua yang habis tempoh idah. Jika demikian sisuami kena akad nikah dan mas kahwin yang baru untuk kembali kepada isterinya itu.

Antara situasi yang dianggap talak bain ialah talak khuluk(tebus talak), talak isteri yang belum disetubuhi atau talak yang difasakhkan. Ini adalah Talak Bain Sughra.

(3) Talak Bain Kubra : iaitu talak yang dijatuhkan suami ke atas isterinya yang tidak boleh lagi dirujuk kembali kecuali selepas bekas isterinya itu berkahwin dengan lelaki lain termasuk bersetubuh dan kemudian bercerai.

Suami tidak boleh rujuk kembali walau dengan apa cara sekalipun samada semasa idah atau selepas idah melainkan selepas melalui lima peringkat;

i. Idah dengan suami yang menceraikannya telah selesai.
ii. Selepas selesai idah, bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain dengan akad yang sah.
iii.Bekas isteri disetubuhi oleh suami barunya dengan persetubuhan yang sebenar.
iv. Suami barunya menceraikannya.
v. Idahnya dengan suami baru telah selesai.

Selepas itu jika bekas suami ingin memperisterikannya semula, dia boleh berbuat demikian berdasarkan persetujuan bekas isterinya dan dengan mas kahwin dan akad yang baru. sila rujuk Al-Baqarah; ayat 230.

Antara yang menyebabkan talak bain kubra adalah talak tiga sekali gus atau berlaku tiga kali talak.

Harap jelas dan memadai. Saya harap saudara dapat jelaskan situasi sebenar yang saudara mahu perincikan. Wallahu A'lam!!!

Comments

Shukrizam Razak said…
Apa beza antara talak 1, talak 2 dan talak 3 dengan cerai sebanyak 3 kali
isma daud said…
Jika saudara memahami ulasan saya di atas sebenarnya telah menjawab semua soalan saudara di sini. Talak satu jatuh apabila lafaz dijatuhkan dengan lafaz talak atau cerai dengan menyebut talak satu.

Sementara talak 2, boleh berlaku dalam satu talak seperti menyebut "aku ceraikan awak dengan talak dua" atau ia berlaku dengan talak satu tapi telah berlaku talak satu sebelumnya. Erti kata lain talak kali kedua.

Kedua-dua talak ini dinamakan Talak Raj'ie. Yakni si isteri masih boleh dirujuk oleh suami dalam tempoh iddah tanpa akad nikah yang baru.

Si suami boleh rujuk kepada isteri hanya dengan menyebut; " Jom rujuk semula atau Aku rujuk semula kamu menjadi isteriku" atau apa2 lafaz yang memberi maksud rujuk. Rujuk tidak perlu kepada persetujuan isteri, tidak perlu saksi. Dan antara syarat rujuk ialah tidak ada taklik dlm lafaz rujuk, bukan talak bain kubra, bukan disebabkan fasakh, khulu' dan habis tempoh iddah.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 229 yang bermaksud: “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, sesudah itu bolehlah ia rujuk memegang terus (isterinya) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskannya dengan cara yang baik.”

Dan firman Allah SWT dalam surah At-Talaaq, ayat 2 yang bermaksud: "Maka apabila mereka telah mendekati akhir iddah, rujuklah mereka dengan cara yang makruf (baik) atau ceraikan mereka dengan cara yang makruf (baik)".

Talak 3, talak yang dijatuhkan kali ke 3 (setiap satu dengan talak satu) atau dengan satu talak menggunakan lafaz talak tiga sekali gus atau juga diulang2 tiga kali dengan talak satu. Sila baca balik huraian saya dalam Talak Bain Kubra.

Merujuk ke Mahkamah Syariah dam mendaftarkan isu talak adalah untuk kemaslahatan bersama ke dua-dua pihak dan tidak menimbulkan kemudhuratan yang timbul dan kesan-kesan berbangkit daripada berlaku talak.

Semoga bermanfaat. Wallaahu a'lam.
Unknown said…
Apakah status nafkah edah, mutaah dan hal tuntitan sepencarian terhadap perceraian khuluq sugra dan kubra
Camila Adrian said…
Nama saya Lena, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada doktor yang hebat saya yang benar-benar membuat hidup saya yang menyeronokkan satu hari ini. Ini lelaki yang hebat DR IREDIA membawa suami saya kembali kepada saya, saya mempunyai tiga kanak-kanak yang indah untuk suami saya. Kira-kira empat tahun yang lalu, saya dan suami saya telah menjadi satu pergaduhan yang lain sehingga dia akhirnya meninggalkan saya untuk seorang wanita. Saya rasa hidup saya telah tamat dan anak-anak saya fikir mereka tidak akan melihat bapa mereka lagi. saya cuba untuk menjadi kuat hanya untuk anak-anak tetapi saya tidak boleh mengawal rasa sakit yang menyeksa hati saya, hati saya dipenuhi dengan kesedihan dan kesakitan kerana saya benar-benar cinta dengan suami saya. Setiap hari dan malam i menganggap beliau dan sentiasa ingin dia akan datang kembali kepada saya, sehingga satu hari i bertemu rakan baik saya yang juga dalam keadaan seperti saya tetapi masalah beliau adalah bekas teman lelaki yang dia mempunyai kehamilan yang tidak diingini untuk dan teman lelakinya enggan bertanggungjawab dan dibuang itu. dia memberitahu saya bahawa saya adalah kes kecil dan bahawa saya tidak perlu bimbang tentang hal itu sama sekali, jadi saya bertanya apa penyelesaian kepada masalah saya dan dia memberikan saya alamat e-mel orang yang hebat ini. i telah meragui jika orang ini adalah penyelesaian, jadi saya dihubungi lelaki yang hebat ini dan dia memberitahu saya apa yang perlu dilakukan dan i perbuatan mereka semua, beliau memberitahu saya menunggu selama dua hari dan bahawa suami saya akan datang merangkak di kneels untuk mohon ampun saya jadi saya dengan setia itu apa yang manusia besar ini meminta saya untuk melakukan dan yang pasti selepas dua hari saya mendengar ketukan di pintu, dalam terkejut besar saya i nampak dia di kneels dan i terkedu, apabila dia melihat saya, semua dia menangis dan meminta saya untuk pengampunan, dari hari itu, semua kesakitan dan kesedihan di dalam hati saya terbang, sejak itu saya dan suami saya dan anak-anak yang indah kami gembira dan kita hidup sebagai satu keluarga. Sebab itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DR IREDIA pertolongannya. Ini lelaki besar yang dibuat saya untuk memahami bahawa tidak ada masalah di bumi yang tidak mempunyai penyelesaian jadi jika anda tahu bahawa anda mempunyai masalah yang sama atau mana-mana masalah yang sama, saya akan menasihati anda untuk datang terus ke lelaki yang hebat ini. Hubungi dia dengan e-mel ini (drirediaherbalhome@gmail.com) dia ada untuk membantu anda.
Unknown said…
Mohon share ustaz,sangat bermanfaat..!!

Popular posts from this blog

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?