Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Friday, March 27, 2009

Mengeluh Bukan Berputus Asa; Sebuah Tazkirah Buat Masyarakat Sibu

Oleh isma daud

Rintihan hati saya
telah didengari oleh beberapa sahabat dan mereka yang prihatin. Lalu ada yang bertanya kepada saya apakah ustaz sudah berputus asa. Sahabat saya kat Melaka juga mengacau saya dengan menelifon bertanya khabar, katanya; "nampak sedih dan kecewa nampak?" Sebenarnya saya bersungut bukan bermaksud kita kecewa dan putus asa. Kekadang kita tiada tempat meluah maka luahan itu kita lontarkan agar orang lain dapat menyelami apa yang kita rasa. Ada nasihat yang diberi dan ada kritikan serta pandangan yang memandukan kita kepada kepada kebenaran yang kita cari.

Berapa lama orang Sibu tidak mahu membina kesedaran beragama,,, kesedaran lain itu bukan main lagi... kita yang beragama Islam dekat Sibu ni sudahlah minoriti tapi tidak sedar-sedar diri. Ada seorang dua yang berjaya dalam bidang agama tidak mahu berjuang melalui agama... takut tidak cukup makan. Tidak sabar dalam perjuangan. Ramai yang tewas dan lari dari jalan berdakwah secara serius. Maaflah kalau ada orang Sibu ke, sarawak ke.. kalau terasa. Orang lain tidak mahu kata, biar saya kata. Saya tiada kepentingan apa-apa.. Saya pun sampai masa akan pergi jua. Tapi apa yang akan menimpa umat Islam Sibu jika mereka tidak berjuang untuk agama.

Sebuah Harapan Kepada Masyarakat Islam Sibu.

Kita ada sasaran dalam berdakwah, jika saya berada di Sibu saya mahu orang Sibu itu berilmu. Ada orang yang mampu memimpin mereka kearah agama itu pemimpin Sibu. Ada kemahuan dan kehendak untuk beragama itu orang Sibu. Orang lain yang datang ke sini akan datang dan pergi... saya mahu orang tempatan, orang Islam Sibu; mereka membina kehidupan beragama.

Apa yang saya nampak kalian tidak memanfaatkan sisa hidup dengan jiwa beragama. Surau dan masjid banyak yang sepi. Segelintir orang saja yang memanfaatkan surau dan masjid sebagai pusat ibadah dan mencari ilmu khususnya ilmu akhirat; supaya kita tidak ketinggalan memperolehi kebahagian hidup di negeri yang kekal abadi. Kita mahu mencari keseimbangan dalam hidup. Apa ertinya kita berjaya di sini tapi kita rugi di akhirat...tiada gunanya.. apatah lagi kalau kita sudahlah miskin di dunia, agama pula tiada; apa lagi yang dapat menyelamatkan kita.

Ilmu Jalan Syurga Dan Kejayaan Hidup

Untuk memperolehi kebahagian itu kita mestilah mencarinya dan jalannya ialah berilmu. Bukan terhenti pada titik berimu itu sahaja tetapi kena pula beriman dengan ilmu itu. seterusnya beramal berdasarkan ilmu dan menghayatinya dalam kehidupan dengan penuh keikhlasan. Barulah ilmu kita beerti dan ada nilai di sisi Allah SWT. Barulah ilmu kita ada nilai jihad di dalamnya. Barulah ilmu akan membawa tuannya ke syurga...

Berapa lama orang Sibu tidak mahu membina kesedaran beragama,,, kesedaran lain itu bukan main lagi... kita yang beragama Islam dekat Sibu ni sudahlah minoriti tapi tidak sedar-sedar diri. Ada seorang dua yang berjaya dalam bidang agama tidak mahu berjuang melalui agama... takut tidak cukup makan. Tidak sabar dalam perjuangan. Ramai yang tewas dan lari dari jalan berdakwah secara serius. Maaflah kalau ada orang Sibu ke, sarawak ke.. kalau terasa. Orang lain tidak mahu kata, biar saya kata. Saya tiada kepentingan apa-apa.. Saya pun sampai masa akan pergi jua. Tapi apa yang akan menimpa umat Islam Sibu jika mereka tidak berjuang untuk agama.

Saya sedih bila ada pelajar Islam yang sekolah di aliran agama sengaja menggagalkan diri dalam peperiksaan khususnya bahasa arab, syariah islamiyah atau pendidikan Islam kerana tidak mahu menyambung belajar dalam bidang agama, mahu lari ke aliran lain. Sampai bila kita mahu relakan memtaliti ummat kita sebegini. Mana semangat juang untuk bela agama dan bangsa kita?

Ini yang membuat hati saya sedih. Menambah sedih saya apabila mereka ini tidak berapa suka ke masjid atau surau. Aktiviti agama agak sepi dan kurang sambutan. Majlis kuliah dan tazkirah tidak mampu menarik minat masyarakat Islam Sibu tapi untuk hiburan tidak payah diwar-warkan sangat, memang meriah punya.

Terima kasih atas sokongan dan nasihat teman-teman yang prihatin

Saya tidak mahu bentuk sokongan kepada dakwah itu dalam kertas saja. Sokong dalam emel atau blog saja. Tapi mari kita berjamaah dan beramal jamaie secara praktikal.

Mana pergi orang Islam ni yang surau masjid tinggal beberapa orang berjamaah dan dengar kuliah. Yang lain tu dah alim sangat dah ke? Cukup ilmu dah ke? saya periksa anak-anak orang Islam dekat sekolah ramai tidak tahu hal-hal solat, hatta soal wudhuk dan soal mandi wajib ; masih tidak keruan. Banyak soalan fardhu ain tidak lepas lagi ni... nak kata dah bijak sangat pun?

Saya akui sudah banyak pihak berusaha dan kita telah bekerja sama dengan pelbagai pihak samada badan kerajaan atau NGO; tapi kalau orang Islam dekat Sibu ni sendiri masih mahu duduk di tahap lama , apa boleh kita buat...

Banyak program keagamaan dan kemasyarakatan yang boleh umat Islam usahakan baik secara kecil-kecilan maupun besar-besaran. Buat di mana-mana temapat yang sesuai. Bahkan program rumah ke rumah pun ada kita buat tapi pada saya rumah Allah ; masjid dan surau juga sebenarnya tempat asas yang boleh menggerakkan pembangunan minda, iman dan cara hidup beragama. Ini kerana di sini merupakan pusat bagi segala aktiviti ibadah yang boleh kita lakukan dan ianya pernah dilakukan oleh Rasulullah saw.

Mentaliti Masyarakat Mesti berubah

Ini bukan persoalan pendekatan; tapi soal mentaliti masyarakat... mungkin mereka sudah lama dibiarkan hidup kosong dengan janji mengejar kemewahan yang tidak seberapa mereka perolehi. Bangun pagi mereka fikir macamana nak hidup lebih senang dari hidup susah mereka. Terlalu mencari yang lebih sikit itulah akhirnya agama terabai begitu saja.

Kepada pihak pemerintah... buatlah sesuatu yang lebih membina umat dan generasi yang lebih memikirkan nilai kemanusiaan daripada nilai kebendaan. Peruntukkanlah sebarang agihan kepada masyarakat Islam di Sibu agar mereka dapat menjalankan aktiviti agama dengan lebih berkesan dan mampu membangunkan nilai "memanusiakan manusia" itu lebihefektif dan banyak.

Tetap Bersemangat Berdakwah

Apalah sangat yang dapat saya lakukan jika saya hanya seorang ustaz di sekolah, seorang blogger yang mesti jadi blogger untuk melebarkan dakwah..

Saya harap orang tidak faham saya kecewa kerana saya putus asa. Tidak!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails