Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Friday, March 06, 2009

Hari Jumaat, Peperiksaan Awal Tahun & Sepanduk Maulidur Rasul 1430H

Oleh isma daud

Merah Dan Khutbah

Warna merah biasanya dikaitkan dengan berani dan bersemangat. Hari ini saya memulakan kerja dengan perasaan yang penuh bersemangat. Selepas solat dan sedikit munajat, saya memilih untuk mengenakan sepasang baju melayu bewarna merah lengkap bersamping dan bersongkok. Apa pun saya pakai hari ini itu bukan persoalannya tetapi niat saya untuk membesarkan hari Jumaat dan memuliakannya sebagai penghulu segala hari, itulah yang lebih utama. Hari ini selain tugasan biasa di sekolah, saya dijemput menyampaikan khutbah Jumaat di sebuah masjid dekat sini. Tajuk khutbah saya hari ini ialah "Rasulullah Sebagai Utusan Allah Yang Membawa Rahmat Kepada Sekalian Alam".


Peperiksaan Sekolah

Hari ini sebenarnya bermulanya peperiksaan awal tahun 2009. Kebanyakkan sekolah memulakannya hari ini. Kertas Pendidikan Islam mengepalai peperiksaan kali ini. Biasanya gilirannya di akhir jadual tapi kali ini diberi penghormatan dan diberi keutamaan. Alhamdulillah!!!


Persiapan Sepanduk 2009

Dalam pada itu, saya bersama-sama teman-teman sejawat dalam usaha menyiapkan sepanduk bagi menyertai perarakan maulidur rasul hari Isnin nanti. Tugas saya ialah menyiapkan bahagian ayat, tema dan seni khat. Sementara yang lainnya menyiapkan bahagian senibina dan struktur sepanduk keseluruhannya. Pasukan sepanduk kali ini diketuai oleh Cikgu Fezul dan dibantu oleh En Shahbandi dan En Yusuff Suhaimi. Ketua Kontejen tahun ini dipimpin oleh Tuan Haji Hamzah bin Beeran; Tuan Kaunselor sekolah kami.

Ada sesuatu yang cuba kami tampilkan kali ini. Dengan menggunakan bahan-bahan yang terpakai dan sedia ada di sekitar sekolah dengan kos yang paling minima; kami akan meninggikan semangat warga SMK Rosli Dhoby dalam menyatakan cinta kami kepada Rasulullah SAW.


Arkitek Sepanduk 2008

Merekalah sebenarnya arkitek tahun lepas yang memunculkan SMK Rosli Dhoby sebagai Johan Sepanduk Tahun 2008 Peringkat Negeri Sarawak dengan merangkul sebuah piala dan wang tunai sebanyak RM1000.00 (ringgit malaysia satu ribu sahaja).

________________________________________________________________________

Rakaman Kejayaan Kontijen SMK Rosli Dhoby, Sibu Sempena Perarakan Maulidur Rasul 1429H/2008 bertarikh 20 Mac 2008.














________________________________________________________________________


 Tema 2009

Sepanduk itu salah satu lambang kesatuan kami sesuai dengan tema tahun ini; "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah".

Penyertaan kami dalam perarakan Maulidur Rasul bukan berniat mencari kemenangan pertandingan. saban tahun kami menyertai perarakan semata-mata untuk mendidik anak-anak didik kami agar mereka sentiasa cintakan Rasulullah saw. Menyahut sabda Rasulullah SAW ; "Ajarkan anak-anakmu dengan tiga perkara; cintakan nabimu, ahli keluarganya dan membaca Al-Quran". Atas niat ini kami berdoa agar anak didik kami akan membawa satu "wahdah" yakni sebuah kesatuan yang akan menjelmakan satu umat yang berdaya saing dan cintakan Islam. Insya Allah!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails