Ya Allah, Permudahkanlah!!!
Oleh isma daud
Dua tiga hari tidak update blog saya ni. PC buat hal lagi.
Dan dalam dua tiga minggu ni juga, berita kematian sentiasa berlegar di sekitar kehidupan saya. Setiap berita itu menjadi tazkirah buat diri saya ini. Mati itu sesuatu yang pasti berlaku kepada setiap makhluk bernyawa.
Al-Fatihah.
Hari ini saya dapat berita ibu kepada anak-anak didik saya pula meninggal dunia. Harap Namirah, Rauf tabah menerima dugaan ini. Buat Cikgu Abdul Rahman; salam takziah daripada saya sekeluarga atas pemergian isteri tercinta...Al-Fatihah!!! Cikgu Maimunah pernah mendidik anak sulung saya semasa beliau mengajar di Sedidik dulu. Semoga Allah SWT menempatkan ruhnya bersama orang-orang yang soleh.
Rumah Sewa
Dalam dua tiga hari ni juga saya sibuk mencari rumah sewa baru kerana rumah sewa sekarang tuan rumah nak baikinya. Ada kerosakan pada rumah dan memerlukan baik-pulih segera. Setakat ni tidak jumpa lagi rumah yang sesuai. Tengah-tengah bulan ni agar susah mahu cari rumah kosong dekat kawasan kediaman sekarang. Lokasi ni agak sesuai kerana dekat dengan sekolah anak-anak. Harap-harap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
Dugaan
Semua dugaan yang kecil dan besar ini datang adalah bertujuan untuk menduga keimanan manusia; sejauh mana mereka beriman dan berserah diri kepadaNya. Daripada ujian inilah Allah SWT dapat mengetahui siapakah di antara hamba-hambanya yang terlebih baik amalan dan ketaqwaannya?
Semoga Allah SWT sentiasa mempermudahkan segala urusan saya seharian...Amiin ya rabbal 'aalamiin.

Comments