Pahit Manis 2009 Pasti Terpahat Di Hati

Oleh isma daud


Beberapa jam yang lalu saya terlena ketika hadirnya detik peralihan dari tahun 2009 ke 2010. Bila saya terjaga jam sudah menunjukkan pukul 2:10am tepat. Maknanya tahun 2009 telah melabuhkan tirainya dan meninggalkan kita semua.

Saya keluar kerumah melihat suasana alam. Cuaca gelap dan hujan turun renyai-renyai. Melihat ke ruang angkasa kalau-kalau ada fenomena alam yang menakjukkan. Teernyata suasana gelap sahaja namun mendamaikan, JAKIM melaporkan ada fenomena gerhana bulan akan berlaku selepas satu jam sambutan tahun baru. Namun saya tidak dapat melihatnya.

Entah kenapa 2009 menjadi sesuatu yang sukar untuk saya lupakan. Terlalu banyak hal-hal yang saya tidak menduga berlaku dalam kehidupan saya. Terlalu banyak suka duka yang terpaksa saya tempuhi selaku individu dan ahli anggota masyarakat. Segala pahit manis 2009 akan terpahat dalam hati dan benak saya seusia hidup saya rasanya.

Segalanya bermula indah. 2009 menjanjikan sesuatu yang indah pada awalnya. Saya meneruskan kerjaya saya dengan baik.

Indah 2009

Di antara detik-detik manis yang tersemat dalam jiwa saya yang mungkin dapat dikongsikan bersama;

1. Tahun 2009 adalah antara tahun yang mengiktiraf kerjaya saya apabila saya dilantik menjadi Pengerusi Badai Dan Surau an-Nadwah sehingga saya mampu menggerakkan rakan-rakan sejawat membangunkannya baik dari segi pengisian dan pembangunan infrasukturnya. Surau yang sempit semakin luas kini. Satu ruang yang lebih luas dapat dibina atas semangat kerjasama dan gotong royong yang pada asalnya saya merasakan sukar untuk mencari dananya. Namun berkat kecintaan kepada rumah Allah SWT, semuanya keberhasilan jua pada akhirnya. Syukur atas rahmat dan kurnia Allah ini.



2. Usaha-usaha dakwah dengan kuliah dan dakwah kepada ahli masyarakat kian mendapat sambutan. Terlalu banyak program yang terpaksa saya penuhi dalam ruang masa dan kerja yang banyak. Setelah berada di Sibu sekian lama, saya menjadi ustaz yang diberi peluang untuk menyampaikan khutbah di Masjid An-Nur, Sibu. Keluasan ruang dan penghargaan masyarakat saya terima dengan baik. Saya diberi peluang untuk berkhutbah walaupun tidak menggunakan teks khutbah. Ini satu penghormatan dan bersyukur khutbah yang saya sampaikan mebndapat respond positif dari anggota masyarakat terbanyak. Bahkan jemputan menyampaikan khutbah melebar ke seluruh Masjid di Sibu ini. Kuliah-kuliah agama diwaktu malam khususnya dari maghrib-isyak juga memberangsangkan. Semuanya berjalan dengan teratur dan menyenangkan. Ahli masyarkat setempat banyak yang melahirkan rasa syukur atas usaha saya yang tidak seberapa itu. Orang yang ihklas pada jalan Allah SWT pasti senang dengan perkembangan ini kecuali kepada mereka yang dalam jiwanya ada penyakit iri hati dan hasad dengki.



3. Kejayaan dalam melaksanakan tugas yang di amanahkan oleh PPD, Sibu bagi menjayakan MTQ Antara Bahagian seluruh Sarawak dalam beberapa hari saja setelah tuan rumah asal (Mukah) menolaknya di saat-saat akhir antara yang sukar untuk dilupakan. Saya diamanahkan untuk memikul amanah selaku pengerusi teknikal kehakiman yang merupakan tulang belakang utama berlangsungnya MTQ kali ini. Atas kepercayaan itu saya telah mampu melaksanakannya dengan sokongan padu semua rakan-rakan biarpun dalam waktu yang terbatas. Sibu akhirnya boleh melakukannya biarpun dalam ruang masa yang terbatas selaku tuan rumak MTQ pada tahun 2009.




4. Kejayaan kali kedua berturut-turut membantu pasukan dengan johon pertandingan perarakan dan spanduk Maulidurrasul Peringkat bahagian Sibu cukup manis sekali. Jika pada 2008 kami berjaya diperingkat negeri Sarawak, 2009 johon peringkat Bahagian. Itu sudah cukup manis buat kami warga SMK Rosli Dhoby.


Detk-Detk Pahit 2009

10 April 2009 adalah tarikh yang pasti saya kenang. Hari ini saya menyampaikan khutbah di Masjid An-Nur, Sibu. Mengikut jadualnya ada beberapa kali lagi saya akan melaksanakan tugas saya itu. Namun takdir Allah SWT menjadikan ini sebagai khutbah saya yang terakhir di sini. Segalanya kerana saya dengan berani menegur ahli jumaat dengan bahayanya sekularisme kepada umat Islam. Rupa-rupanya isu sekular ini sangat membarah dalam aqidah orang Sibu khususnya kepada pemimpin Sibu yang terlalu sayangkan ideologi penjajah ini. Bingkas melentinglah sekonyong-sekonyong pejuang sekularisme dan membuat onar, membuat laporan dan menunjukkan ketidakpuasan hati mereka kepada khutbah saya. Maka pihak JAIS yang menjadi skuad pak turut terpaksa memanggil saya. Dan saya diminta rehat panjang. Dan tidak lama selepas itu satu surat pekeliling yang melarang sesiapa yang tidak bertauliah menyampaikan khutbah, kuliah, ceramah dan menjadi imam di masjid, surau dibawah JAIS/MAIS.

Tunduk kepada puak sekular, seorang ustaz menjadi mangsa. Tersebarnya pekeliling itu pengerusi masjid dan surau ada yang ketakutan telah membatalkan seluruh jadual khutbah saya di masjid-masjid yang lain. Selebihnya saya menunjukkan sikap membantah atas tindakkan JAIS yang tidak berakhlak dan bermoral itu dan pada saya ianya sebagai tindakkan dayus pegawai JAIS pada masa itu; saya memberhentikan kuliah saya di surau-surau. Kerja dakwah saya mula menyelusuri rumah-rumah dan kuliah-kuliah yang di jemput ke premis masing-masing. Perang dingin saya dengan JAIS memuncak apabila UPIM , Sibu mengambil inisiatif menjemput JAIS dan beberapa pertubuhan Islam lain berbincang yang akhirnya wakil JAIS meninggalkan majlis sebelum majlis berakhir kerana isu pekeliling itu...

Kemuncaknya; tersebar di kalangan masyarakat tuduhan liar kepada saya sebagai orang yang membawa ajaran sesat dan pemecah-belah masyarakat. Ternyata ianya sukar kepada saya dengan tohmahan sebegitu. Namun semuanya sudah tersurat di sisi Allah SWT. Semuanya menjadi kenangan yang indah dan pahit bagi pengajaran buat kita pada tahun mendatang.

Banyak lagi ujian Allah SWT yang menjadi rahsia saya, biarlah ianya rahsia...yang penting saya sedar akan segala yang berlaku itu bagi menguji hamba-hambaNya agar sentiasa berhati-hati dalam kehidupan ini.

Ya. 2009 adalah tahun penuh kenangan. Segala kenangan itu pasti akan terpahat kukuh dalam jiwa saya...

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?