Isu Sijil Takaful Malaysia Bagi Anak & Isteri Selesai
Oleh isma daud
Hari ini (18 Jan; jam 3:40pm) dalam keadaan hujan lebat, saya dan isteri sekali lagi ke meja Takaful Malaysia Bahagian Sibu untuk mendapat maklum balas pasal sijil takaful anak ke 5 dan isteri saya yang bermasalah itu. Sudah buat potongan gaji sejak lebih setahun yang lalu tetapi sehingga kini tiada sebarang rekod pembayaran dalam akaun anak dan isteri saya. Setelah empat bulan saya buat aduan iaitu sejak Ogos 2009, tiada apa-apa tindakan diambil sehingga saya hilang sabar bila buat aduan yang entah kali keberapa pada 13/01 yang lalu. Ketua operasi bahagian Sibu berusaha untuk menyelesaikannya dan berjanji akan cuba mengenal pasti masalah sebenar dalam masa satu hari.
Ya, jika hal ini diambil berat pasti tidaklah isu ini tertangguh sekian lama.
Hari ini isu ini telah selesai. Rupa-rupanya pihak Takaful Malaysia silap memasukkan no Kad Pengenalan saya sehingga bayaran itu berlonggak dalam beberapa akaun lain. Bayangkan bayaran pertama telah dibuat sejak Oktober 2008 lagi. Jika saya dan isteri tidak perihatin tentang sijil takaful ini mungkin masalah ini akan berterusan begitu saja tanpa penyelesaian agaknya. Saya pun tidak sedar hal ini berlaku...
Apapun saya ucapkan terima kasih kepada Syarikat Takaful Malaysia atas keperihatinan kepada aduan saya yang terkini itu. Harapannya jangan sampai orang bersikap kasar baru nak bertindak. Bertindaklah sewaktu orang lain masih berada dalam tenang supaya tiada sesiapa yang terluka dan sakit hati...

Comments