Bukan Sekadar Aktiviti Tetapi Sebuah Tarbiyyah Melahirkan Insan Soleh

Oleh: isma daud




Masih terngiang-ngiang di telinga saya akan kata-kata seorang insan yang ada kuasa bahawa kerja solat adalah kerja individu yakni fardhu ain, yang berdosa itu hanya individu bukan dosa sesiapa. Kita tidak menanggung dosanya jika mereka tidak solat...jika dia solat dia dapat pahala, dia tidak solat dia berdosa..

Itulah kata-kata mudah kerana mahu melepas tanggungjawab memikul amanah bagi mendidik dan mentarbiyyah anak-anak menjadi insan soleh.

Malangnya kata-kata itu terpancul keluar daripada mulut insan berkuasa.... Agama ini milik individu saja baginya.

Dia lupa kepada apa yang difirman Allah SWT yang mafhumnya.; "Jaga olehmu akan diri dan keluargamu daripada api neraka." Mungkin dia mentafsirkan ahli di sini sebagai antara seorang anak dan bapa mereka sahaja. Orang lain tidak termasuk dalam ayat ini.

Maka saya berdiri sebagai seorang da'i dan pendidik ; ada pandangan berbeza. Sungguh seseorang menanggung dosanya sendiri. Tetapi selagi seseorang anak itu berada di bawah tanggungan kita samada sebagai seorang anak atau seorang murid saya tidak akan biarkan mereka berbuat salah secara nyata, berbuat dosa sesuka-suka dan biarkan mereka menjadi soleh sendiri bak kata pepatah "Untung Batu Tenggelam, Untuk Sabut Timbul"; biarkan mereka menentukan syurga dan neraka mereka sendiri tanpa didikan, bimbingan dan tarbiyyah yang sempurna.

Jika begitulah pemahamannya akan terlepaslah segala tanggungjawab seorang raja terhadap rakyatnya, seorang pemimpin akan pengikutnya, seorang guru akan muridnya. Mudahlah nanti dia menjawab di hadapan Allah semua itu adalah tanggungjawab ibubapa semata-mata bukan tanggungjawab saya....

Ya cukup mudah kepada si sang berkata untuk masuk syurga; amat mudah lagaknya... kerja agama ni senang saja , apa nak di susah-susah?

Tiada sesuatu yang kalau kita enteng-entengkan akan memperolehi hasil yang baik juga akhirnya. Kalau seorang dua tidak mustahil akan adanya, tetapi jika mahu melahirkan satu gagasan dan kumpulan insan soleh tidak akan mungkin berlaku. Lagipun Allah SWT tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha merubahnya.

Atas kesedaran itu, saya dan teman-teman yang ada kesedaran beragama akan terus berusaha membina generasi bertaqwa sekadar yang termampu bagi menyediakan insan bertaqwa di masa hadapan. Umat ini memerlukan insan berkualiti bukannya sebuah masyarakat yang hanya berbangga dengan kuantiti.

Satu usaha yang berterusan. Semoga suatu hari nanti, akan ada penerusan kepada kerja-kerja dakwah ini daripada anak-anak Sibu sendiri kepada masyarakatnya sendiri.

Itulah harapan saya, mahu melihat masyarakat Sibu berubah. Mungkin anak-anak ini akan ada cita-cita besar untuk memimpin masyarakatnya ke arah masyarakat bertaqwa dan cinta kepada agama. Bukan tiada harapan kepada yang sudah tua-tua itu, yang sebahagian mereka itu, amat yakin dengan resam budayanya, yakin dengan ilmu sekularnya... tetapi agar sukar bagi saya untuk menarik mereka kerana mereka telah melalui zaman mereka sendiri.

Tinggal kini harapan saya kepada generasi baru, merekalah harapan masa depan bagi sebuah cita-cita....Jika tidak saya melakukannya, saya yakin akan ada insan lain yang akan meneruskannya.

Rasulullah saw pernah mengingatkan kita dengan sabdanya yang penuh bermotivasi bahawa akan ada di kalangan umat ini, orang yang berdiri atas kebenaran dengan berani yang dia tidak akan berpaling daripada kebenaran itu sehingga datang ketentuan Allah SWT ke atasnya.

Mudah-mudahan Allah SWT memilih warga Sibu ini sebagaimana Allah SWT memilih penduduk Thaif yang tidak murtad setelah kewafatan Rasulullah saw biarpun ada yang murtad dan berpaling selepas wafatnya baginda sehingga Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. terpaksa memerangi golongan itu.

Marilah kita bersama-sama secara berjamaah mengusahakannya. Kata-kata sang penguasa yang memandang rendah persoalan tarbiyyah, usahlah melemahkan kepada hasrat dan cita-cita kita.

Kepada teman-teman , saya ucapkan terima kasih. Allah SWT tidak akan mensia-siakan setiap pengorbanan kalian. Pasti ada ganjarannya baik di dunia maupun akhirat. Sekali lagi syukur dan terima kasih....

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?