Posting Lewat : Minggu Persekolahan Pertama 2010 Yang Telah Saya Lalui...
Oleh: isma daud
Catatan Peristiwa Seminggu
Dek kesibukan dengan beberapa isu, saya tidak berkesempatan membuat beberapa posting yang telah saya tulis sebelumnya. Semuanya itu bukan perencanaan saya. Sebagai insan lemah, kita boleh bisa lupa dan leka. Astaghfirullah!!!
Semuanya itu sesungguhnya atas kehendak Allah SWT jua. Dia saja yang tidak alpa dan leka. Maha Suci Allah SWT daripada segala sifat yang lemah itu.
1. Lawatan Mengejut
Dalam saya menguruskan bilik agama dan membersihkan surau An-Nadwah, tetiba muncul sekujur tubuh, boss JAIS,Sibu yang baru kembali ke Sibu... datang sendiri ke surau kami dengan hasrat untuk menyelesaikan permasalahan yang sekian lama menjadi isu... sahkah solat jumaat di sini...
Atas persetujuan kami dan kehendak Ustaz Osman Ibrahim sendiri selaku pemacu JAIS, Sibu, dia mahu proses solat Jumaat di sini dapat diselesaikan segera. Hasilnya satu pertemuan di PPD, Sibu pada hari yang sama jam 3:00pm bagi membincangkan khusus persoalan ini.
Semoga Allah SWT mempermudahkan atas segalanya....
2. Berkiranya walaupun untuk surau dan masjid
Sebelum cuti sekolah (bulan November) saya selaku Pengerusi Surau An-Nadwah dengan dibantu oleh Tuan Hj Hamzah, menempah rehal lipat yang boleh menggantikan meja bagi kegunaan ahli jamaah yang mahu beribadah seperti membaca al-Quran. Pada awalnya tukang buat bersetuju dengan dengan harga RM28.00 dengan jangka siap bulan Februari 2010. Namun setelah siap dimintanya RM30.00. Itupun saya bersetuju demi kebaikan surau.
Apa yang terfikir dibenak saya ialah kenapa sipembuat ini terlalu memikirkan keuntungan sahaja tanpa ada niat untuk memberi sedikit infaq kepada surau padahal bukan sedikit jumlah rehal yang ditempah. Bukan dapat diskaun tapi tambah harga lagi. Kayunya tidak digilap pun... Kalau digilap harganya akan meningkat lagi.
Apabila dengar RM30.00 bukan bulan Februari siap. Bulan Disember terus siap. Bila hantar terus mahu duit tidak boleh bertangguh-tangguh. Oleh kerana saya kata duit masih dalam simpanan Bendahari surau di bank dan boleh dikeluarkan oleh dua orang , dan saya minta minta tangguh bayaran keesokan harinya; dia bersetuju.
Tidak sampai 10 minit dia telefon saya lagi bertanya; "Ustaz boleh tak ustaz bayar duit tu hari ini juga". Saya berkata dalam hati; "macam ni manusia pun ada ke..?"
Akhirnya saya terpaksalah meminjam dahulu hari ini untuk bayar serta merta jumlah bayaran rehal tersebut...
"Mungkin dia ada sebab tersendiri akan sebab dia sangat perlukan wang tersebut". Itulah yang saya rasa.... semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusannya.
3. Maafkanlah Dia...
Dalam minggu ini saya memulakan tugasan selaku guru kelas bagi Tingkatan satu. Saya bertugas bermula hari Sabtu 2 Januari lagi walaupun pendaftaran sepatutnya bermula 3 Januari 2010. Saya sampai awal ke kelas sebelum teman setugas sampai. Saya bersihkan kelas dan aturkan kerusi meja. Setelah siap datang seorang guru menegurku. "Terima kasih ustaz kerana bersihkan kelas kami". "Eh, ada masalah ke?"tanya saya kepada guru itu. "Yalah ustaz , ustaz salah kelas ni. Kelas Ustaz di sebelah tu".
Saya tidak puas hati lalu saya membelek pelan sekolah yang dibekalkan oleh PK1 dalam mesyuarat kelmarin. Ternyata pelan lokasi bilik darjah itu belum dikemaskini. "Banyak cantik punya kerja", gerutu hati saya geram.
Apapun saya telah melaksanakan tugasan saya dengan sebaiknya hari ini. Tunggu punya tunggu tiada siapa yang datang mendaftar. Kerana arahan saya tetap datang juga. Saya yang menurut perintah.
Berbalik kepada pelan kedudukan kelas; kesilapan itu bukan salah saya 100% kerana saya sudah akur dengan pelan yang sedia ada. Cuma silap saya ; tidak bertanya macam guru seorang lagi itu. Dia lebih teliti dan lebih cepat menyedari.
Apapun ; semua orang ada buat silap, ada kelemahan sendiri. Maafkanlah dia!!!

Comments