JaPS Wasilah UPIM, PPD Sibu Dengan Masyarakat Muslim Sibu
Oleh isma daud.
Sibu, 29 Jan 2010 - Unit Jawatan Kuasa Pelan Strategik Unit Pendidikan Islam Sibu (JaPs) bergerak pada landasan yang betul. Walaupun berusia dua tahun, unit ini mula mendapat tempat dalam masyarakat dan mereka amat merasai kehadirannya di dalam masyarakat Islam Sibu.
Dalam mesyuarat pada petang kelmarin, unit ini telah membuat penamaan baru kepada unit ini agar lebih berkesan dalam gerak kerjanya.
JaPS telah dipilih sebagai nama baru bagi jawatan kuasa kerja unit ini. JaPS adalah ringkasan kepada Jawatan Kuasa Pelan Strategik Sibu akan berperanan sebagai wasilah atau penghubung di antara UPIM, PPD Sibu dengan GPI/J-Qaf dan masyarakat Islam apabila unit ini menjadi pembekal utama sumber manusia kepada masyarakat setempat.
JaPS telah merancang pelbagai program yang mendekatkan Para Asatizah di sekolah dengan masyarakat dan pelajar setelah berakhirnya tugas rasmi sehari-harian.
Beberapa pendekatan baru dan usaha penambahbaikan telah difikirkan oleh JaPS bagi menjayakan lagi perancangan tahun 2010 ini. JaPS telah menilai kembali segala kekurangan dan kekangan yang dihadapi pada tahun-tahun yang lalu.
Harapan JaPS agar segala perancangan pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dengan kerjasama semua pihak baik di peringkat Jabatan Pelajaran Daerah Sibu dan ahli masyarakat awam di Sibu ini; JaPS yakin objektif memartabatkan GPI/J-Qaf dapat direalisasikan.
Biarpun beberapa aktiviti tahun lalu digugur atau dikurangkan jumlah perlaksanaannya; diharapkan kualiti program dapat dipertingkatkan, insya Allah.
Pihak JaPS sentiasa mengharapkan pandangan dan saranan berguna daripada semua pihak bagi menambahbaikan lagi aktiviti JaPS pada masa akan datang.
AJK JaPS bergambar kenangan sebelum memulakan mesyuarat semalam
Dalam mesyuarat pada petang kelmarin, unit ini telah membuat penamaan baru kepada unit ini agar lebih berkesan dalam gerak kerjanya.
JaPS telah dipilih sebagai nama baru bagi jawatan kuasa kerja unit ini. JaPS adalah ringkasan kepada Jawatan Kuasa Pelan Strategik Sibu akan berperanan sebagai wasilah atau penghubung di antara UPIM, PPD Sibu dengan GPI/J-Qaf dan masyarakat Islam apabila unit ini menjadi pembekal utama sumber manusia kepada masyarakat setempat.
Penolong Pegawai Pelajaran PPD, Sibu En.Ahli mempengerusikan mesyuarat
JaPS telah merancang pelbagai program yang mendekatkan Para Asatizah di sekolah dengan masyarakat dan pelajar setelah berakhirnya tugas rasmi sehari-harian.
Di antara program yang diputuskan perlaksanaannya pada tahun ini ialah;
1. Ijtimak GPI/J-Qaf2. Kursus Pengurusan Jenazah3. Program Tazkirah Dan Tafaqquh Fid-Diin di Surau dan Masjid Terpilih4. Ziarah Muslimah Bersama Saudara Kita5. Usahama dengan Badan Agama Dan NGO6. Latihan Berpusat MTQ7. Edaran Dan Penerbitan8. Tadrib Al-Quran / Literasi al-Quran bagi sekolah Menengah9. Program Ihya Ramadhan dan Ramah-tamah Aidil Fitri
Beberapa pendekatan baru dan usaha penambahbaikan telah difikirkan oleh JaPS bagi menjayakan lagi perancangan tahun 2010 ini. JaPS telah menilai kembali segala kekurangan dan kekangan yang dihadapi pada tahun-tahun yang lalu.
Segak dengan pakaian kebangsaan : "Selamat Bermesyuarat"

Comments