Bukan Sengaja Tapi Lupa

Oleh isma daud




Bukan sengaja. Ya, sungguh tidak sengaja tapi banyak lupa!!!

Hari ini dari pagi banyak urusan yang saya cuba selesaikan. Ada yang mampu dilaksanakan dan ada yang terpaksa ditangguh lagi...

Awal pagi saya sempat ke SM Teknik Sibu menyerah dokumentasi Surau An-Nadwah sebagai amanah dari PPD, Sibu untuk disampaikan kepada tuan Pengetuanya. Saya serahkan kepada Ustaz Roslan sahaja.

Balik ke sekolah; jumpa tuan pengetua buat laporan mesyuarat MTQ semalam kerana saya mewakili beliau dalam mesyuarat tersebut. Sempat membincang beberapa perkara mengenai pertemuan dengan JAIS, Sibu. Tuan pengetua mahu maklum kerana pihak PPD, Sibu pernah menelifon beliau sebelum ini tentang perjalanan surau yang sedikit timbul kontroversi baru-baru ni.

Dalam pertemuan ini saya telah menyerahkan dokumentasi Pendaftaran Surau An-Nadwah sebagaimana yang diamanahkan kepada saya untuk menyiapkannya beserta surat sokongan PPD, Sibu untuk simpanan dan rujukan sekolah.

Habis tugasan sekolah jam 1:00pm; tatkala guru-guru lain bersiap pulang ke rumah, saya menyiapkan apa-apa bekalan persiapan bagi menghadiri Mesyuarat Pelan Strategik GPI, Sibu jam 2:30pm.

Sempat menyusun fail-fail untuk kegunaan JK Kehakiman MTQ yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Selepas itu terus bergegas ke Wisma Persekutuan. Berpusing-pusing mencari tempat pankir. Syukur dipermudahkan Allah jua akhirnya.

Pendek cerita... Mesyuarat kali ini berlanjutan sehingga jam 5:30pm.

Kali ini saya ditugaskan mengurus latihan berpusat MTQ yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi...Tugasan yang semacam sedarah-sedaging tidak boleh dipisahkan lagi selagi berada di Sibu ni...

Dalam pada tu saya lupa untuk makan tengahari ni...

Lupa handphone dalam kereta...

Lupa hubungi isteri di rumah...

Lupa ambil anak dekat Tadika....

Balik rumah; bermacam gara... anak2 meleleh air mata.....
bermacam cerita... mereka sedang bersedia bercerita dan meminta-minta...

Berehat sekejap; mahu ke sekolah lagi, ke surau Al-Nadwah. Malam ni malam Jumaat ada tugasan dan janji saya di sana...
##### Nampaknya saya dan pelajar-pelajar saya yang beberapa orang sajalah berjamaah malam ini. Orang lain rasanya terlalu sibuk dengan keluarga masing-masing agaknya.

##### Saya percaya masing-masing ada komitmen tempat masing-masing. Surau berdekatan kediaman masing-masing.

Melihatkan wajah anak-anak rasa berdosa pula banyak persoalan mereka saya abaikan. Mereka mahukan pembalut buku, kertas manila kad.... berkejar saya membeli mana yang sempat. Malam ini saya tinggalkan mereka membaca al-Quran bersama dengan ibu mereka.

Namun syukur, saya belum lupa kepada Allah... Kalau itupun lupa apa makna lagi hidup ini.

#### Ada sesuatu yang saya fikirkan; kelas Bahasa Arab yang diminta oleh rakan-rakan di Surau Darul Firdaus, saya berfikir apakah mampu saya laksanakan dalam keadaan tugasan yang datang satu-satu...??? Saya sedang berfikir untuk melupakannya buat sementara waktu...

Semoga Allah menerima pekerjaan saya  dan rakan-rakan saya hari ini...sebagai amal soleh yang tidak disia-siakan.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?