Bilakah Masanya?
Oleh isma daud
Sejak sebulan yang lalu saya merasakan saya terlalu fokus dengan kerja sehingga kepentingan anak-anak dan isteri sedikit terabai. Mereka dah pandai komplen betapa saya jarang menghabiskan masa dengan mereka.
Hari ni pun saya sepenuh hari di sekolah, balik rumah hari dah senja. Kuliah juga saya tidak pergi hari ini. Terasa sakit seluruh tubuh saya. Terpaksa anak-anak memijak tubuh badan saya dan memicik dari hujung kaki sehingga ke kepala. Melumur badan dengan minyak angin dan panas. Itulah untungnya ada anak-anak. Isteri pula tolong bancuh kopi "o" kaw..kaw!!! Pulih rasa penat yang mencengkam seluruh badan. Kembali pulih semangat saya selepas terlelap sekejap setelah solat maghrib tadi.
Malam ini sepatutnya saya menyampaikan kuliah di Masjid Darul Halim, Teku tapi entah mengapa sikap istiqamah saya mutakhir ni sedikit direntap. Dulu saya begitu bersemangat. Namun sejak terdengar suara keramat meminta saya berehat, semacam ada rasa kecewa dalam hati saya. Saya memang tidak mahu kecewa dan saya cuba untuk gagahkan diri, tersenyum dan meneruskan usaha. tapi bukan senang untuk kembali. Saya rasa bagaikan keseorangan mengharungi situasi sebegini.
Semacam kita tidak dihargai. Beberapa kali saya dengar orang berkata; "ilmu ustaz kami mahu" tapi cukupkah saya diperah seperti tebu, habis manis sepah dibuang? Sebagai manusia biasa saya ada juga hati dan perasaan. Sudahlah saya memberi tanpa syarat, sikap masyarakat yang tidak berminat dengat ilmu memadamkan api semangat saya. Kehadiran para jemaah lebih kepada solat fardhu saja, selepas solat maghrib mereka akan pergi dengan tujuan mereka dan akan datang lagi bila masuk waktu solat seterusnya. sudahlah yang datang solat fardhu beberapa kerat. Bila separuhnya balik tinggallah beberapa orang sahaja.
Saya dapat mengesan beberapa ahli jamaah secara rutin buat begitu mutakhir ini. Sejak saya di lontar dengan pelbagai tohmah, saya rasakan sikap orang sini memang benar. Mereka tidak suka orang luar. Orang Luar jangan lebih-lebih. Tapi sayangnya mereka tidak pula mengembeling tenaga mereka untuk membina pendakwah dari kalangan mereka sendiri. Yang ada kefahaman agama sedikit tapi tidak berminat berdakwah. Sedang mereka dapat menguasai bahasa kaum mereka sendiri. Kalau mereka kurang faham bicara saya sepatutnya mereka tidak mudah menolak begitu saja. Saya bukanlah orang yang mudah menguasai bahasa tempatan tapi bahasa melayu saya berada dalam tahap yang baik.
Saya kasihankan mereka yang sekerat dua yang mahu belajar agama. Mereka ini sajalah yang terus membakar semangat saya. Apakah masa untuk saya pergi sudah tiba?
Mungkin sebab itu saya rasa saya bekerja lebih daripada biasa. Saya mahu berbuat banyak seolah-olah saya ingin cepat berlaku segalanya.
Tumpuan saya sekarang ialah kepada kerja utama saya. Masyarakat bukan menjadi keutamaan saya. Anak-anak didik saya di sekolah, mereka lebih utama. Ketiadaan saya merugikan mereka. Mereka lebih menghargai saya. Mereka menerima saya tanpa syarat. Mereka sayangkan saya dan saya sayangkan mereka. Kepada ahli masyarakat; mereka sudah ada apa yang mereka ada. Saya tidak mahu merebut apa-apa daripada mereka. Mungkin setelah tiada apa yang menjadi kebiasaan (rutin) mereka akan kembali mengenangnya. Begitulah kita, masa berada kita kurang menghargainya, bila tiada mungkin baru kita sedar dan mula rasa kehilangannya.
Dalam bicara rajuk ini, saya teringat kepada sebuah lagu yang berbunyi : "Jangan diucap selamat tinggal, jangan Engkau Ucap Selamat Tinggal" nyanyian Kumpulan Indigo rasanya. Benarlah kata orang : "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri".
Namun jauh di lubuk hati saya, saya sayangkan ahli masyarakat di sini kerana mereka sebenarnya belum terbuka hati kepada Islam dan budaya berilmu yang sebenar. Mungkin anak-anak mereka nanti suatu hari akan membuka jalan buat mereka. Masanya akan tiba insya Allah....

Comments