Bekerja Kerana Allah Untuk Diri Sendiri
Oleh isma daud
Sempena 1 Mei para pekerja menyambut Hari Pekerja. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kepada semua pekerja yang bekerja dengan rajin, tekun, sabar dan penuh komitmen.
Mereka yang selalu "curi tulang" tu tidak termasuk dalam doa saya kecuali anda mengubah sikap malas dan menangguh-nangguh kerja kepada rajin dan bersegera dalam menyiapkan sesuatu tugasan.
Nabi sendiri memberi ingatan agar para petugas dan pekerja tidak menangguhkan pekerjaan hari ini kepada esok; jika kita masih ada ruang masa dan keupayaan mengapa harus menangguhkannya kepada esok.
Di saat berlaku sangkala pun; maka jika ada biji benih di tangan sila tanamkan kerana pasti ada hasilnya di sisi Allah SWT.
Saya ingin mengimbau kepada peristiwa kecil dimana saya meminta tolong seorang petugas awam meng"fotostat" sesuatu bahan. Dia berkata boleh tak saya buat salinan awal pagi esok sedangkan dia asyik membelek buku novel cinta. Lalu saya meminta untuk membuat salinan sendiri lalu dia bangun membuat dua set sahaja dan bakinya esok. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membuat salinan di luar kerana saya juga ada kesegeraannya dan malas ingin berurusan dengannya.
Sempena hari pekerja ini marilah kita membetulkan tekad dalam pekerjaan kita agar ia menjadi ibadah dan mendatangkan pahala. Niat yang betul akan meluruskan perjalanan pekerjaan kita. Bekerjalah kerana Allah dan ikhlas. Di samping kita mencari kehidupan di dunia, kita akan memperolehi ganjaran pahala di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud; "Dan katakanlah Wahai Muhammad! Bekerjalah kamu (beramal)maka Allah Akan melihat pekerjaan kamu begitu juga rasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan kamu akan dikembalikan kepada alam nyata lagi ghaib lalu diberitakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan (di dunia dahulu)".
Selamat Hari Pekerja !!!

Comments