Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Sunday, January 03, 2010

Peniaga Menaikan Harga Gula Setelah Kerajaan Naikan Harga Sebanyak RM0.20

Oleh isma daud

Merujuk kepada kenaikan harga gula oleh peniaga dan pembekal dalam Kosmo!Online hari ini;  saya selaku pengguna mendapati hal ini turut berlaku di beberapa Supermarket tertentu di Sibu Sarawak. Mungkin hal ini turut sama berlaku di tempat-tempat lain dalam negeri ini.

Tanpa menggunakan tanda harga, gula dijual 1 kilo untuk satu keluarga dengan harga RM1.80. Menurut sumber yang diberikan oleh beberapa pekerja di supermarket di sini, masalah gula berlaku sejak hari raya haji yang lalu.

Sesetengah supermarkat yang besar juga sukar untuk membekalkan gula kepada pengguna. Hal ini menambahkan kesan buruk kenaikan harga gula kerana  permintaan kepada keperluan pengguna yang tinggi berbanding bekalan gula yang dikawal. Pengguna tiada pilihan lain melainkan terpaksa membeli dengan harga yang lebih mahal.

Berikut adalah berita yang dilaporkan oleh; Kosmo!Online pada 3 Januari 2009.

Gula RM1.70 sekilo bertambah
SEREMBAN - Tindakan segelintir pekedai runcit menaikkan harga gula kepada RM1.70 sekilogram tidak hanya berlaku di Lembah Klang tetapi turut dikesan dilakukan di beberapa bandar utama lain.

Tinjauan Kosmo! di Seremban semalam mendapati ada peniaga menjual gula pada harga RM1.70 sekilogram dan cuba menyembunyikan tindakan dengan meletakkan gula di tempat tersorok tanpa tanda harga.

Ada premis meletakkan gula di bawah kaunter dan hanya mengeluarkan barangan tersebut apabila diminta oleh pelanggan.

Mereka juga menjual barangan itu tanpa memberikan resit walaupun telah diminta.

Seorang peruncit di Senawang yang enggan dikenali menyalahkan pembekal sebagai punca dia terpaksa menjual pada harga lebih mahal.

Seorang pengguna, Mohd. Ismail Hashim, 30, terkejut selepas mendapati harga gula di sebuah kedai runcit berhampiran kediamannya dijual pada harga RM1.70.

"Tindakan peniaga itu tidak beretika dan menambahkan lagi beban penggunanya,'' katanya.

Kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram berkuat kuasa 1 Januari lalu kepada RM1.65 sen di Semenanjung dan RM1.70 di Sabah dan Sarawak.
Apakah ini hadiah kerajaan kepada rakyat sempena tahun 2010 yang slogannya mendahulukan rakyat atau hadiah yang mengutamakan pencapaian golongan kapitalis yang berwenang-wenang menindas rakyat?

Fikir-fikirkanlah!!!

1 comment:

faisal said...

Inilah hadiah kerajaan kepada rakyat bagi tahun 2010..Rakyat di dahulukan..

Related Posts with Thumbnails