Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Tuesday, January 19, 2010

Minat Jawi Dan Seni Khat

Oleh isma daud


Dalam minggu ini saya cuba menarik perhatian para pelajar tentang kepentingan tulisan jawi dan kesenian khat. Biarpun ramai di kalangan pelajar saya berada dalam tahap sederhana dalam penulisan jawi, namun masih ramai yang tidak tahu membaca atau menulisnya dengan baik.

Dalam situasi hari ini tulisan jawi atau khat kurang diminati oleh remaja dan umat Islam sendiri. Ada yang tidak tahu membaca jawi apatah lagi menulisnya. Banyak faktor yang tidak mendorong pelajar tidak minat jawi. Diantaranya peranan kerajaan yang terlalu sedikit dalam usaha memperkasakan tulisan jawi malah terlalu jauh kebelakang berbanding usaha kerajaan dalam memartabatkan bahasa malaysia dan bahasa inggeris sebagaimana yang dapat kita lihat di hadapan mata kita saban hari.

Pejuang-pejuang bahasa pun nampaknya tidak bersungguh-sungguh dalam meletakkan tulisan jawi sebagai agenda perjuangan sebagai bahasa perantara dalam surat menyurat dan perhubungan sesama muslim khususnya. Jika adapun perjuangan itu muncul sekali sekala jika ada agenda di sebaliknya. Perjuangan bermusim saja selepas itu senyap. Lihatlah kepada perjuangan membantah PPSMI dahulu, apakah masih ada mata rantai perjuangan bagaimana kita mampu meletakkan bahasa melayu dengan tulisan jawi sebagai wadahnya. Sebagai contoh surat-surat rasmi kerajaan berkaitan jabatan agama Islam sepatutnya dikendalikan menggunakan tulisan jawi. Dengan ini umat Islam akan lebih terdorong untuk mendekati tulisan jawi.

Disamping itu tulisan jawi sepatutnya menjadi tanda identiti umat Islam di Malaysia dan rantau melayu dan berbangga dengannya. Apa maknanya jika tulisan jawi sekadar menjadi transkrip di muzium dan terpahat di batu bersurat Terengganu sahaja. Apakah wajar hal ini berlaku?

Apakah juga wajar jika tulisan khat hanya menjadi penghias dinding , kubah dan menara masjid, rumah dan kereta sahaja; tanpa umat Islam mengetahui apa isi dan kandungannya? Saya masih ingat bila seorang guru bukan Islam bertanya kepada sekumpulan pelajar Islam, apakah yang tertulis di cermin kereta seorang guru, lalu mereka serentak menjawab; "Tidak Tahu". Boleh jadi juga jika ditanya kepada guru yang melekatkan sebaris ayat al-Quran dengan tulisan khat di keretanya, bila ditanya dia juga mungkin akan menjawab, "Tidak tahu"????

Maka menjadi hasrat saya, agar pelajar-pelajar saya mampu membaca dan menulis jawi dengan baik walaupun tidak merai khat yang sebenar. Apabila minat sudah ada, bolehlah diasah lagi skil penulisan agar lebih kemas dan sempurna.

Di sini saya rakamkan beberapa hasil tangan seni khat yang mampu dilakarkan oleh pelajar-pelajar saya.


 


 

 

 

 

 

 

Maju Khat, Maju Tulisan Jawi...Maju!!! Maju!!!

5 comments:

faisal said...

boleh tahan catek tulisan jawi dan khat diaorang ni.kalo diasah btoi2 pasti mahir dalam tulisan jawi dan khat..semoga niat murni abg berterusan..teruskan mertabatkan tulisan jawi dan khat...mmg saya suka dalam penulisan jawi dan khat..saya bagi 5 bintang untuk tulisan jawi dan khat ni..:-)

isma daud said...

5 bintang dari 10 bintang ... he..he..

faisal said...

kalo cantek lagi,saya up lg bintang..
hehe..mst abg terer tulisan khat kn..:-)

RADIAH said...

satu amaln yang dah kami terapkan di sekolah saya sekarang terdapat pensel tekan makanikal yang hanya erlu diasah matanya sahaja untuk menulis khat boleh dibeli di farley atau singkwong matanya sahaja

isma daud said...

Insya Allah saya akan cuba cari pensel tekan mekanikal tu untuk kegunaan anak2 murid dan anak2 saya juga.

Related Posts with Thumbnails