Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Friday, January 15, 2010

Apa Sudah Jadi Kepada Takaful Malaysia Sibu?

Oleh: isma daud





"Kesal!"

Itulah yang mampu saya ucapkan. Bukan sekali saya memanjat anak-anak tangga dan mengetuk pintu masuk Pejabat Takaful Malaysia Cawangan Sibu. Kalau tidak kerana sudah beli pelan takaful bagi anak saya dan isteri saya lebih dari setahun yang lalu, tidaklah saya datang ke sini dengan rajin sekali. Rajin terlajak sehingga dalam tempoh dua minggu ini sudah tiga kali saya datang ke meja takaful Malaysia ini.

Sejak bulan September 2009 lagi saya telah membuat komplain dan aduan mengenai sijil pelan takaful bagi isteri dan anak saya. Ada hikmah juga perasaan hati nak bertanya kepada meja takaful perihal sijil yang sudah dibeli sejak setahun yang lalu. Kenapa sampai saat ini belum terima apa-apa respond dan sijil ahli? Apabila mereka membuat semakan, didapati belum ada sebarang  pembayaran dibuat sedangkan potongan gaji sudah dilakukan sejak setahun lalu lamanya. Kemana pergi wang yang saya bayar itu? Dimana sijilnya?

Pihak takaful telah meminta saya membuat salinan slip gaji, dan saya telah melakukannya. Pihak Takaful Malaysia berjanji akan melaporkan hal ini kepada bahagian khidmat/aduan pelanggan di Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Saya kira saya ada keyakinan kepada pihak Takaful dalam membetulkan keadaan ini.

Sehingga kini, tiada sijil dan tiada perlindungan. Jadi apa makna saya potong gaji setiap bulan tu?

Berlalu Empat Bulan; Tiada Sebarang Jawapan


Sungguh malang !!! Pihak Takaful Malaysia Sibu langsung tidak pro-aktif membuat panggilan kepada saya. Tunggu punya tunggu ... dari sebulan ke sebulan, tiada jawapan. saya merujuk lagi; tiada jawapan lagi...ringkas cerita; saya yang berulang-alik ke pejabat Takaful Malaysia Sibu dari hari ke hari sehingga masuk tahun 2010. Masih tiada sebarang jawapan.

Ini apa cerita ni? Teruk sangat ke Takaful Malaysia ni, segala rungutan dan aduan pelanggan sendiri tidak dilayan dengan baik dan tidak diambil tindakkan segera? Cukup dengan catatan saja? Yakinkan pelanggan akan dibuat aduan susulan?

Jawapannya satu tanpa rasa bersalah pihak KL belum beri sebarang jawapan, buat aduan lagi dan lagi.

Cerita Semalam


Pada 13/01/2010 saya panjat lagi anak tangga berjumpa dengan pihak takaful Malaysia sibu; dan orang yang dalam takaful itu sudah tidak payah bertanya kepada saya lagi lantas memberi alasan yang sama , "Pihak KL tidak beri sebarang jawapan lagi, mungkin siasatan sedang dibuat". Siasatan kepala hotak dia. 4 bulan tidak selesai2.

Saya kata; "...hari ni kalau tidak ada sebarang respond, saya akan buat report polis, buat aduan di laman web pengaduan awam ataupun akan merujuk kepada pihak Bank Negara" , barulah pegawainya sampai ke bossnya sibuk telefon sana, telefon sini... dan berjanji akan menyelesaikannya dalam tempoh satu hari.


"Hai, Aduan saya selama ni 4 bulan tidak diambil tindakkan, ini satu hari je boleh siap ni, lain macam bunyinya?"

Lupa nak beritahu, hari tu bila saya naik ke meja Takaful Malaysia, Sibu mereka cerita kepada saya bahawa pejabat takaful kena rompak; hilang segala dokumen dan alatan termasuk komputer... termasuklah bahan fotostat slip gaji saya dari bulan tidak dipotong gaji hingga dipotong gaji...

Ooo begini gaya kerja Takaful Malaysia Sibu. Ini maknanya bahan sepenting itu yang sepatutnya sudah sampai ke meja Takaful Malaysia Kuala Lumpur telah hilang, hilang tu baru saja sejak bangunan takaful kena ceroboh. Minta lagi dengan saya salinan slip gaji baru... apa cerita ni?

Sah, aduan saya di"tong sampah"kan oleh mereka.


Cerita 14/01/2010

Setelah saya ugut, tetiba saja pihak takaful maklumkan bahawa ada longgakkan pada salah satu akaun anak saya... kenapa baru hari ini saya terima jawapannya. Apakah 4 bulan yang lalu tiada longgakkan ini berlaku? Kalau ada tindakkan tidaklah menyusahkan saya dan isteri saya turun naik anak tangga Takaful malaysia dan buat hal-hal yang bodoh seperti ini.

Sebelum saya menamatkan percakapan saya dengan pegawai yang sama bertugas pada hari saya buat aduan 4 bulan yang lalu, sempat dia meminta salinan slip gaji saya sepertimana yang sudah hilang itu kerana sudah hilang dek dirompak...

Nampaknya hari Isnin nanti, terpaksalah saya panjat anak tangga Takaful Malaysia Sibu lagi...

Saya kira saya ini adalah pelanggan yang tinggi sikap sabarnya... Namun kesabaran saya juga ada batasnya.

Pesanan saya kepada semua pekerja termasuk diri saya baik disektor swasta ataupun sektor kerajaan; "Bekerjalah dengan ikhlas dan bantulah orang yang memerlukan dengan bersungguh-sungguh. Jangan rosakkan nama syarikat/majikan tempat kita bekerja. Kita tolong syarikat atau majikan tempat kita bekerja bermakna kita tolong diri kita sendiri" . Bukankah begitu? Fikir-fikirkanlah!!!

1 comment:

Azizudin Adnan said...

Akhirnya bagaimana penyelesaian?

Related Posts with Thumbnails