Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Friday, May 15, 2009

Perkembangan Terbaru Sahabatku; Mohd Fauzi Mahmud

Oleh isma daud

Ini berita yang dikirim oleh sahabat saya sekitar jam 9:40 am hari ini. Dan beberapa mesej lain turut masuk ke hp saya memaklumkan perkembangan terbaru sahabat saya; Saudara Fauzi Mahmud yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kedah sejak 5 Mei lalu.

Dr Fadli Adam menulis dalam mesejnya:

"Ambe pergi melawat - Fauzi Mahmud yang koma - ptg kelmarin di Hospital Penang n ni pemerhatian ambe....keadaannya kritikel lagi wlupun dah boleh buka mata n gerak tangan kerana no respond diberi. Dia nampak blur n blank n gerak kaki n tangan mcm mnggeletar dgn tidak terkawal smd saraf akibat bleeding otak or krn tahan sakit. Bhg kanan (kaki, tangan, bahu n rusuk) yang patah dah dioperate oleh doktor sbhgnnya. Sekarang ni BP (tekanan darah)pulak yg naik n dktor stabilize dengan ubat. Hrp tolong doakan n buat sembahyang hajat utk dia since nothing much yg hospital can do utk "baiki" except control n monitor keadaan dia je... Esok gi lagi n maklum perkembangan. TQ."

Cuma yang saya confuse masa dimaklumkan saya dulu beliau dimasukkan ke wad hospital Kedah, tp Dr Fadli tuliskan saya Hospital Penang... harap dr Fadli atau rakan yang tahu perjelaskan. Adakah beliau telah dipindahkan hospital?

Kepada rakan-rakan yang mengenali dan simpati kepada nasib sahabat saya ni harap dapat sama-sama doakan kesejahteraannya dan pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah SWT agar mencampakkan kesabaran yang tinggi kepada anak-isteri dan keluarganya serta dapat menghadapi saat sukar ini dengan jiwa yang pasrah kepada ketentuan Ilahi ini.

Berita mengenainya saya siarkan pada 6 Mei lalu. Sila klik untuk baca kisahnya : Malang Tidak Berbau; Mohd Fauzi Bin Mahmud Kemalangan Masih Koma.

3 comments:

isma daud said...

Saya menerima emel daripada rakan karib dari Sabah; Ustaz Norawi bin Harun. Beliau juga bersedih dengan takdir yang menimpa sahabat kita Saudara Mohd Fauzi. Ini emelnya kepada saya;

assalamualaikum

apa kabar , lama tak bertanya kabar, ana tengok kat intentet blog anta ,

kita doakan untuk sahabat kita fauzi yang kemalangan

maklumlah perkembangan kat sahabat .di sini

mohd norawi harun
012-8397661

Anonymous said...

assalamualaikum..saya adik en. Fauzi..saya terbaca blog yg saudara post kan..terima kasih di atas doa2 yg saudara hulurkan buat abg sya..skrg beliau dah ditempatkan di HSNZ Kuala Trganu..keadaan beliau skrg beransur pulih..alhmdulillah..cakap tak boleh lagi..keadaan dia pun kadang2 sedar sepenuhnya, kdang2 separuh sedar..semalam doc dah suh dia cuba2 makan bubur..alhmdulillah, dia makan jugak wlaupun tak byk..alhmdulillah keadaan amat stabil skrg..terima kasih di atas sokongan semua..jika ada kelapangan, dtg la lawat beliau di wad 7B bilik no.5 HSNZ Kuala Trganu..

Wan Mohd Hamdi said...

Assalaamualaykum wbr.

Sedikit terkini tentang akh fauzi.

Saya pergi melawat dia waktu bercuti di trg baru-baru ini. Perkembangan terkini amat positif. Dia dah boleh bersuara, tapi x jelas lagi. Waktu saya pergi, dia consider mmg sedar sepenuhnya. Bila kita buat lawak sikit dia dah senyum. Bila ada orang nak balik dari melaway dia, dia akan angkat tangan tanda 'bye-bye'. Dia dah dapat panggil nama saya 'DI'. Sama2 lah kita berdoa dia akan sembuh sepenuhnya..

Wan Mohd Hamdi

Related Posts with Thumbnails