Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Tuesday, May 26, 2009

Jika Kuliah Dipadamkan, Hiburan Diagungkan... Itulah Gantinya

Diciplak dari blog Masdarwahid

KM Sarawak Bangga dengan Penyanyi, TKM Pula mahu meng 'HAWAII' kan Miri. alahaiiiiiiiiiiiiiii


theborneopost 25 Mei 2009

Apa nak jadi dengan pemimpin Sarawak minggu ini. Selepas kenyataan Ketua Menterei Sarawak beberapa hari lalu yang bangga dengan kejayaan penyanyi realiti TV (realiti atau fantasi?), kini Timbalannya pula Abang Johari Abang Openg yang juga Menteri Perumahan mahu mengHAWAIIkan Miri atas alasan untuk pelancongan. alahai.... mungkinkah ini berkaitan dengan kemerosotan ekonomi Sarawak? Kalau ya pun, janganlah mengagung2kan negara lain apalagi Hawai yang terkenal dengan syurga maksiat di dunia. Apa, tak de ke pantai Di Malaysia ini yang boleh diungkapkan sehingga terpacul dimulut beliau berkenaan Pantai Maksiat itu?

KM Sarawak Bangga dengan Penyanyi Pentas Sia2.

Juara Akademi Fantasia Ketujuh (AF7) Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz yang baru pulang ke Bumi Kenyalang semalam menerima perutusan amanat daripada Ketua Menteri Taib Mahmud.

Amanat yang dibacakan oleh Hafiz itu sendiri berbunyi, Taib dan semua warga seluruh Sarawak berasa bangga dengan pencapaian dan kecemerlangan Hafiz dan berharap ia akan menjadi satu inspirasi kepada mereka yang lain untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita murni.

Tambah beliau, kejayaan Hafiz itu menggambarkan hasrat murni anak-anak generasi muda Sarawak yang ingin berjaya.

“Dengan kesempatan ini, kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd, Pengetua AF, tenaga pengajar dan semua krew penerbitan yang terlibat dalam menghasilkan dan membimbing Hafiz selama dalam akademi,” ujar Taib.

Beliau dengan itu juga berharap semoga Hafiz akan terus melangkah maju pada masa hadapan. (alahai.... yang untung hanyalah Astro, yang rugi rakyat Malaysia termasuk Sarawak yang membazir wang untuk mengundi. alangkah baiknya jika pengundi SMS itu menghulurkannya kepada yang lebih memerlukan. bermanfaat jugak. Ingat, Sarawak adalah antara negeri termiskin di Malaysia dengan miskin tegar adalah Kaum Dayak)


theborneopost 26 Mei 2009

Abang Johari Abang Openg Mahu Meng'Hawaii'kan Miri

“Kawasan pantai Miri bukan sahaja boleh dijadikan destinasi pelawat seperti Pantai Honolulu di Hawaii tetapi Miri dengan kesesuaian persekitarannya yang cantik boleh dijadikan pusat pelancongan pantai. Paling penting ialah promosi yang giat dan berterusan supaya negara luar mengenali Miri,” kata Abang Johari Abang Openg Menteri Perumahan Sarawak.

Beliau mengingatkan mereka agar terus menjaga kecantikan dan kebersihan bandar raya ini, selain mengekalkan keindahan alam semulajadinya yang menjadi aset utama Miri sebagai destinasi percutian dan tumpuan pelawat.

Di majlis yang sama Abang Johari turut menyaksikan beberapa pertandingan akhir dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang tarik tali, Ratu Pesta Pantai, bola sepak pantai dan sepak takraw.

“Pada tahun depan, kemungkinan kita akan mengundang Astro serta artis realiti televisyen, Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz AF untuk memeriahkan Pesta Pantai secara besar-besaran. Ia usaha kita untuk mempromosikan acara pantai kepada semua,” katanya.


000049970.jpg
Penulis:
Pernahkah kita terfikir mengapa Penyanyi yang terpilih dalam AF kebanyakannya dari Sabah dan Sarawak? Tidak lain kerana strategi Astro menarik pelanggannya di kedua2 negeri itu. untuk rekod, Astro harus bersaing dengan parabola dari Indonesia di wilayah borneo.

2 comments:

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum ustaz...
jangan kata Sarawak sahaja ustaz, 1Malaysia(yg ada Astro la...) tgk rancangan AF tu.Tak cukup AF...ada pula Idola Kecil.Tak taula sampai bila artis diagungkan,cikgu dgn doktor asyik disaman shj.

isma daud said...

Kepada saudara muhammad fakhruddin;

Saya bukan prejudis kepada orang Sarawak. Taulah ini kerja "One Malaysia", tapi teguran saya lebih bersifat tempatan dimana kita berada.

Tajuk "posting" saja saya punya dan isinya hak milik masdarwahid. Ini sebagai imbangan kepada tindakan meng"gam"kan para ustaz bertazkirah, berkuliah maupun menjadi khatib di surau dan masjid di Sibu sementara nampak secara ketara pemimpin mendewakan artis dan program yang membawa anasir maksiat atas nama pembaharuan dan pembangunan...

Related Posts with Thumbnails