Posts

Showing posts from November, 2008

Di Antara Dua Uslub : Lembut Atau Kasar

Oleh isma daud Para rasul termasuklah Nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah SAW untuk mengajak manusia kepada menyembah Allah dan menentang Taghut. Ianya jelas melalui perintah Allah SWT: {وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ} (36) سورة النحل Maksudnya: “Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulNya.” Maka untuk menjayakan dua tugas yang maha mencabar ini; para rasul diberi ke...

Dibawakan satu contoh akan beberapa lelaki dari satu kampung.....

Image
"Dan kesudahan yang baik itu adalah untuk orang-orang yang bertaqwa" Baca apa yang diceritakan oleh Harry's di sini. Sila klik pada Harry's . http://img222.imageshack.us/ img222/5/almamrozicsyc0.jpg http://img221.imageshack.us/ img221/7480/almamrozics2se7. jpg

Bangsa melayu, Bahasanya Inggeris

Image
Tranungkite Oleh KERETABURUK http://keretaburuk12.blogspot.com/ BERITA HARIAN 13 Nov; "PPSMI tidak gagal, kata Hishammuddin- "Ini bukti PPSMI ini tidak gagal tetapi saya tidak katakan dasar ini sudah lengkap atau tepat dan ia boleh diperbaiki," Wei, bukti macam mana pihak KPM dapat? UPSR disediakan soalan dwi bahasa bagaimana KPM membuktikan anak-anak kita sudah menguasai bahasa penjajah? atau bukti tersebut KPM membuat tinjauan bahawa rata-rata calon menjawab soalan sains dan matematik sepenuhnya dalam bahasa penjajah? boleh jalan. Bagaimana pula dengan bahasa melayu? betul kata Hishammuddin, PPSMI tidak gagal menjahanamkan bahasa ibunda, bahasa melayu. Simpan saja keris mu dipinggang jikalau bahasa sendiri ditelanjang. Perjuangkan bangsa? nak berkeris dengan siapa? keris atau kriss? orang melayu ada bahasa ke? bahasa jawi? berapa ramai orang melayu boleh membaca dan menulis jawi? salah siapa? nak tuduh salah kan pembangkang? boleh jalan. Dasar pendidikan sekarang mene...

Respond kepada Fatwa: Nasab Anak Kurang 6 Bulan Qomariah Kepada Suami Ibunya

Image
Oleh isma daud Fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Perlis pada hemat saya perlu dibincangkan lagi. Bunyi menarik tetapi masih banyak implikasi yang timbul di masa mendatang. Ibarat kata peribahasa melayu: " Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru?" Maksudnya; " Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan ". Semalam semasa saya menonton TV3 dalam rancangan WHI (Wanita Hari Ini) dengan tajuk perbincangan : " Cuba Dulu - Bahagiakah Perkahwinan ". Tetamu undangan program itu Yang Mulia Tengku Ismadi (pakar motivasi) mendedahkan bahawa Pejabat Pendaftaran Negara memaklumkan terdapat lebih kurang seramai 250,000 anak didaftarkan sebagai anak luar nikah. Maka fatwa terbaru ini cuba untuk menutup aib dan pekung para penzina yang menjadi " trend " masyarakat jahiliyyah moden hari ini. Alasan bertaubat itu perkara kedua. Itu urusan hamba dengan Allah SWT. Namun kesan z...

Adab Berdagang Di Rantau Orang...

Oleh isma daud Saya pernah dengar lagu Allahyarham Sudirman: " Anak dagang di rantau orang, mesti pandai membawa diri...jaga tutur kata...jaga budi bahasa.. Sudirman - Anak Dagang Pejam celik; sudah masuk 9 tahun saya dan keluarga berada di Bumi Sibu. Syukur Alhamdulillah saya diterima baik dan seadanya. Berpegangkan prinsip "di mana bumiku pijak di situ Islam ku junjung"; tanpa mempedulikan tanggapan masyarakat kepada saya sejak sedari awal saya bertapak di bumi sibu, hari ini sudah ramai mula mengenali diri ini. Mereka yang pernah menjauhkan diri kini ada yang menghampir diri. Ada yang prejudis terhadap saya; hari ini semakin yakin dan percaya. Tiada apa yang saya curahkan di sini melainkan sedikit daripada masa saya buat mereka. Masa saya untuk berkongsi ilmu kepada mereka. Saya amat tahu betapa saya bukanlah "seseorang" dari segi ilmu, peripadi yang unggul (semua itu tiada) namun saya boleh jadi "seseorang". Saya memberi secara ikhlas. Namun siapa...

UPSR 2008 lebih baik lima tahun sebelum ini

Image
Berita Harian Online oleh Abdul Razak Raaff PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang diumumkan hari ini adalah lebih baik daripada purata lima tahun sebelumnya. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata seramai 46,641 pelajar atau 9.2 peratus daripada 518,616 pelajar mendapat keputusan cemerlang semua A dalam mata pelajaran yang diambil. Ia meningkat 1.4 peratus berbanding purata keputusan lima tahun sebelumnya dari 2003 hingga 2007. Beliau berkata, lima mata pelajaran menunjukkan peningkatan signifikan dengan gred cemerlang bagi Bahasa Melayu penulisan sekolah kebangsaan, Bahasa Melayu penulisan, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina penulisan dan Bahasa Tamil penulisan. Update: Berikut berita yang lebih terperinci di Utusan Malaysia. Keputusan UPSR lebih baik Oleh THOMAS CHONG Hishammuddin Tun Hussien (kiri) beramah mesra dengan sebahagian murid-murid yang hadir pada majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Gang di ...

Lafaz cerai Nash "Tak Sah"

Image
isma daud: Kes pasangan Nash Dan Sosilawati amat menarik untuk kita renungi khususnya kepada pasangan suami isteri yang lain. Saya hanya ingin melihat dari sudut lahir sahaja bukan persoalan peribadi pasangan ini yang disabitkan mahkamah sebagai sah suami isteri. Biarpun perceraian itu tidak boleh diambil mudah dan dibuat bergurau, setengah pasangan kadangkala dengan mudah menjatuhkan perkatan talak atau cerai . Namun cerai itu tidaklah semudah yang disangkakan. Boleh jatuh begitu saja. Ada syarat-syarat sah yang mesti diperincikan sebelum sesebuah perceraian itu dapat disabitkan. Diantara syarat-syarat itu seperti: Pasangan bercerai adalah pasangan yang sah pada syarak, dilafazkan cerai dalam keadaan seseorang itu waras serta sempurna akalnya dan mempunyai kuasa memilih yang sempurna dan mencukupi yakni talak sacara paksa tidak jatuh. Apatah lagi zaman sekarang pelbagai medium boleh digunakan untuk melafazkan cerai seperti talian telifon mahupun SMS saja. Namun diingat cerai seca...

Keputusan UPSR esok penentu Sains, Matematik dalam BI

Sumber : Berita Harian Online / Bernama MIRI: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) esok akan menjadi salah satu faktor penentu Kementerian Pelajaran untuk memutuskan sama ada meneruskan pengajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata kementerian akan mengambil kira keputusan itu dengan faktor lain sebelum membuat keputusan muktamad mengenai pengajaran subjek tersebut dalam bahasa Inggeris. Bercakap kepada pemberita selepas menutup Persidangan Antarabangsa mengenai Guru Asli Yang Tegas mengikut Peraturan dalam Konteks Pelbagai Budaya di sini hari ini, beliau berkata, keputusan akhir akan dibuat dan tentunya oleh Kabinet. Sejumlah 518,616 murid yang menduduki peperiksaan UPSR tahun ini merupakan kumpulan pertama yang mula mengikuti pembelajaran subjek Matemtik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada 2003. Sementara itu, katanya sehingga Jun lalu, kementerian berkenan telah menyiapkan 2,875 daripada 12,905 pr...

Statistik - 64% Tidak Setuju Tetapkan Kadar Minimum Harga Minyak

Image
K erajaan mahu tetapkan paras minimum harga minyak tempatan. Cadangan itu ditentang oleh FOMCA dan 64% responden NTV7 tidak setuju terhadap langkah kerajaan itu. Baca di no2uMNo : Minyak turun terus ..... Sumber: Utusan Malaysia PUTRAJAYA 11 Nov. – Kerajaan tidak menolak kemungkinan menetapkan paras minimum bagi harga runcit petrol dan diesel domestik meskipun harga minyak mentah di pasaran dunia terus menunjukkan trend penurunan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, ia bagi mengelakkan kerajaan terus menanggung jumlah subsidi yang besar sehingga menjejaskan perbelanjaan pembangunan sektor lain. Berita lanjut sila klik : Paras minimum harga petrol, diesel mungkin ditetapkan

Menteri: Sajak Kematian tidak wajar

Image
isma daud: Apa Punya Menterilah. Dua tiga orang ibubapa bantah; sudah tunduk kepada mereka. Sedangkan banyak lagi pandangan positif tentang hal ini, langsung tidak dipeduli. Saya berpendapat; para guru terlibat toidak menayang "Sajak Kematian" secara mentah begitu saja. Sudah tentu dengan panduan dan bimbingan. Cara fikir boss-boss termasuk TM Pelajaran 2, menampak jiwa sekular mereka. Kemudian ambil pendapata pakar yang saya tengok tidak takut Hari Akhirat langsung. Orang Islam tapi penampilan tu tak nampak nak ingat mati. Rambut pun semacam je... Isu "Sajak Kematian" ni memperlihatkan ke mana hala tuju pendidikan di tanah air kita. Di luar sana sudah penuh lambakan hiburan yang terkesan kepada semua termasuk anak-anak seawal usia. Tiada yang kisah pun. Saya harap Kementerian Pelajaran tidak menghukum para guru yang terlibat dengan "Sajak Kematian" ni sebagai orang yang sudah tidak tahu mana yang baik atau buruk untuk anak didik mereka. Cerita karut, kh...

Surat Wasiat Terakhir, Pengebom Bali

Image
Sumber : Tranungkite Oleh Truckster "Berikut adalah surat wasiat terakhir dari ketiga-tiga Pengebom Bali sehari sebelum mereka dihukum oleh Skuad Penembak Pihak Berkuasa Indonesia... Dalam wasiat ini jelas mengambarkan Istiqamah mereka dalam menegakkan Agama Islam walau apa pun yang terjadi, hanya Allah SWT jua yang menentukan. Sebagai Saudara Se-agama melalui wasiat ini, kita sewajarnya mengambil tauladan dan iktibar supaya tetap teguh berjuang dan beristiqamah menegakkan Agama melalui cara kita sendiri... (Sila klik untuk besarkan.) http://www.apasaje.com/ http://video-politik.blogspot.com/

Kalau PDRM Tidak Boleh Hormat Lagu "NEGARAKU", Yang Lain Sementelah Lagi...?

Blog Asal Klik sini Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar adalah pembohong dan penipu besar apabila mengatakan polis tidak menyuraikan peserta perhimpunan ketika mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku. Lihat sendiri video diatas. Tahun lalu apabila seorang pelajar Malaysia di Taiwan mempermainkan lagu Negaraku apabila mencipta lagu Negarakuku, semua pihak marah terutamanya dari United Malay National Organization (UMNO). Dalam video ini jelas menunjukkan bahawa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi menghormati lagu Negaraku apabila memukul dan mengganasi peserta perhimpunan yang sedang menyanyikan lagu Negaraku. Inilah Malaysia. Negara yang membenarkan polis mengkhianati lagu Negaraku dan mengganasi rakyatnya yang sedang menyanyikan lagu kebangsaan. Jika dinegara lain, sudah pasti Khalid Abu Bakar akan dipecat dengan serta merta. Tetapi jangan terperanjat di Malaysia beliau tidak mustahil akan dilantik menjadi Ketua Polis Negara sepertimana Malaysia melantik pe...

SPM 2008 Bermula Hari Ini

Image
442,936 Orang Calon Duduki SPM Bermula Selasa Kredit kepada Cg Narzuki Sumber : Bernama Seramai 442,936 orang calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di 3,930 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini(11 Nov) hingga 5 Dis ini. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata daripada jumlah itu 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran, 16,019 (3.6 peratus) calon tajaan badan-badan tertentu, 10,331 (2.3 peratus) calon sekolah swasta serta 28,507 (6.5 peratus) calon persendirian.

Tuduh Angkasawan Negara kumpul RM1.2 juta "satu tragedi besar"

Image
isma daud : Kalau Dr SMS tidak tuntut bayaran macam tu, siapa yang makan duit tu? Orang tengah? "Jika untuk sekolah, mereka akan datang terus kepada saya atau abang saya yang lain, dan di sini jelas tidak ada wang, tetapi bila melalui badan bukan kerajaan dan sektor swasta, terdapat banyak orang tengah yang mungkin memanipulasi keadaan dan di sini, wujud perkara-perkara yang tidak telus, yang seterusnya membolehkan wujud tuduhan-tuduhan seperti ini," katanya. Harap siasat secara telus hal ini, tidak cukup dengan melahirkan rasa sedih dan kecewa sahaja. Ini duit rakyat. "Di sini saya nampak mereka langsung tidak menghargai perjuangan kita ke angkasa lepas sedangkan negara Islam lain turut berbangga dengan pencapaian beliau (Dr Sheikh Muszaphar)," katanya. Pergi angkasa dengan duit rakyat dan Dr SMS ke sana-ke mari adalah untuk rakyat . "Saya berharap agar Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mempertahankan anak saya memandangkan beliau boleh dianggap s...

Amalan Ritual Bercampur Khurafat; Apa Sudahnya?

Oleh isma daud Saya membuka kotak pesanan telefon tangan saya (hp) ; ada satu pesanan daripada sahabat saya; Cikgu Mohd Ibrahim, di dalamnya ada pesanan; "Salam Ustaz.. dlm pjlnn ke pasar saya jumpa satu upacara ritual di Kg Nangka (Sibu), org kampung buat majlis dpsimpgan jln kg nangka dn kg bandung. Nampak orang Islam dn bukan Islam dsana.... ini mungkin boleh jadi sumber berita dlm blog ustaz. tq." 07:10:52am / 09-11-2008 Saya agak terlewat membuka hp saya, jadi tidak berkesempatanlah ke tempat yang dinyatakan oleh kawan saya tu. Memang banyak kali saya sendiri terserempak dengan aktiviti masyarakat Sibu yang melibatkan kepercayaan Khurafat dan Tahayyul; yang boleh menjatuhkan si pelakunya ke lembah Syirik. Kepercayaan karut ini masuh teguh di hati sanubari sebahagian masyarakat Islam di Sibu khasnya, Sarawak amnya. Bahkan aktiviti mereka ini kadangkala bersekutu di antara agama baik yang Budha, Tiada agama (Free Thinking), Kepercayaan masyarakat Iban dan pengaruh budaya t...

Laporan keluarga Amrozi

Diciplak daripada no2umno Klik untuk ke blog asal: Laporan keluarga Amrozi

Gambar-gambar "Pengebom Bali" Diarak ke Tanah Perkuburan

Image
Sumber : INILAH.COM Jenazah Diarak Ke Tempat Pengkebumian 13:48 Tiada Tangisan di Keluarga Imam Samu.. 13:40 Gelar 'Pejuang Islam' untuk Amrozi 13:22 FPDIP: Eksekusi Penegakan Hukum Terb.. 13:01 Pangdam Udayana: Jangan Ada Dendam 12:40 Keluarga Minta Jenazah Amrozi Tak Di.. 12:32 Amnesti Prihatin Eksekusi Amrozi Cs 12:31 Makam Amrozi dan Mukhlas Baru Digali 12:23 Adik: Wajah Imam Samudra Tersenyum 12:07 Pelayat Terus Datangi Rumah Samudra 11:55 MUI Tak Yakin Amrozi Cs Syuhada Next » Lagi Gambar Berkaitan:

Bayi 5.32 kg lahir di HSB

Image
Kosmo Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA BAYI lelaki seberat 5.32kg yang dilahirkan oleh Sumairah (gambar kecil) di HSB, Alor Star kelmarin. ALOR STAR (9 Nov) - Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini mencatat sejarah dengan kelahiran seorang bayi lelaki seberat 5.32 kilogram (kg), dipercayai bayi paling berat pernah direkodkan lahir di hospital itu. Bayi itu yang merupakan anak kedua kepada pasangan Mohd. Hafiz Othman, 30, dan Sumairah Fakrulrazi, 25, selamat dilahirkan melalui pembedahan caesarean pada pukul 2.30 pagi kelmarin. Kata Mohd. Hafiz yang bekerja sebagai juruteknik, beliau dan isteri, seorang jururawat tidak menyangka anak keduanya itu dilahirkan seberat itu memandangkan anak pertama mereka yang kini berusia setahun enam bulan dilahirkan 2.9 kg sahaja. "Malah saya diberitahu doktor bahawa isteri kena diabetes semasa mengandungkan anak kedua ini dan doktor hanya beritahu beratnya sekitar 3 kg saja," jelasnya ketika ditemui di HSB semalam. Kini, bayi yang akan dinamakan M...

Ibadah Haji Merupakan satu Manifestasi Kehidupan

Oleh isma daud Pagi ni saya menyampaikan kuliah macam biasa di masjid yang biasa. Selepas kuliah saya duduk bersembang dengan Tuan Hj.Abdul Rahman seorang siak masjid. Dia memberitahu saya bahawa dia bertugas sampai bulan 2 tahun depan. Selepas itu tidak mahu sambung lagi. Saya tanya kenapa? Dia beritahu mahu memanfaatkan masanya dengan berziarah anak-anak sambil mengenali masjid surau lain pula. Mana pergi insya Allah masjid dan surau menjadi destinasinya. Sesekali mahu pergi Berunei.Ada keluarga di sana katanya. Dalam berbual dia berbicara kepada saya tentang perasaannya bila mengenangkan sebahagian orang kita yang tidak suka memakmurkan masjid Allah SWT. Dia terkenangkan pengalamannya sewaktu di Tanah Suci; Makkah dan Madinah. "Jika seseorang itu liat nak ke masjid sewaktu di tanah air akan liat juga nak pergi ke Masjidil Haram. Berapa ramai yang asyik solat dekat hotel saja. Duit beribu ringgit di belanjakan untuk buat haji; tapi bila diri dah dekat masjidil Haram; masih berta...

Kali Ke 3 ; Ke Kabong, Sarawak.

Oleh isma daud Pagi ini hujan turun renyai dan sesekali lebat. Hujan ini membuat saya sedikit leka di PC saya. Saya bangkit darei tidur sejak jam 3:45am lagi. Sempat solat tahajjud. Oleh kerana hari hujan ; saya mengambil keputusan solata Subuh di rumah sahaja. Selesai solat subuh saya sedikit bertafakkur mencari kekuatan diri. Bermuhasabah mencari kekurangan diri. Zaujah (Isteri) saya mengingatkan program kami hari ini untuk bertandang lagi ke Kabong. Kali ini saya sekeluarga pergi bersama Ustaz Roslan sekeluarga. Dalam pada itu SMS daripada zaujah Ustaz Roslan masuk ke handphone zaujah saya. Dia memandang saya; saya isyaratkan jam 10:ooam. Yalah hari hujan ; tunggu hujan henti. Harap hujan tidak berlanjutan. Mudah-mudahan. Anak-anak seorang demi seorang bangkit sendiri. Mereka pun dah tahu dari awal lagi mahu bertandang ke Kabong hari ini. Misi kini hari ini hanyalah sekadar berziarah dan melepas sedikit kepenatan setelah sekian hari bekerja. Jadi sebelum balik ke Terengganu; kami n...

Cuti Sekolah Akhir Tahun Telah Bermula

Image
Oleh isma daud Bermula hari ini ( 8 Nov ) ; SMK Rosli Dhoby telah mula bercuti walaupun sekolah-sekolah lain masih bersekolah macam biasa sehingga hujung minggu ini. Ini kerana pihak sekolah telah mengambil cuti berganti sebelum ini bagi memberi laluan kepada peperiksaan SPM dan STPM yang akan bermula pada 12 November nanti. Ini kerana sekolah tidak mencukupi jumlah bilik untuk P&P dan bilik darjah akan digunakan sebagai bilik untuk peperiksaan tersebut. Urusan mengatur bilik darjah bagi kedua-dua peperiksaan tersebut telah siap dilakukan pada hari semalam ( Jumaat ) sebelum pelajar mula bercuti. Saya berharap para pelajar dapat menggunakan ruang masa yang berbaki ini untuk mengulang kaji mata pelajaran yang akan diduduki dalam ke dua-dua peperiksaan nanti dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Bagi pelajar yang tidak menduduki peperiksaan pula janganlah terlalu leka sepanjang cuti ini sehingga terlibat dengan anasir-anasir negatif pula. Gunakan masa cuti ini dengan perkara yang b...

Fatwa Isu Yoga - JAKIM Belum Umum.

Oleh isma daud Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz telah menangguhkan pengumuman berkaitan fatwa yoga. Sebelum ini beliau berkata akan membuatan pengumuman berkaitan isu ini pada Jumaat semalam (7 November). Beliau berkata, penangguhan ini kerana Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin (Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan) tiada dalam negara. Tajuk berkaitan; Fatwa yoga 7 November Pengumuman Fatwa Yoga Ditunda

Keputusan UPSR Khamis depan

Sumber : Berita Harian Online PUTRAJAYA: ( 7 Nov ) - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 akan diumumkan Khamis depan, demikian diumumkan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, petang ini. Beliau berkata, semua calon peperiksaan boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

Mufti Perlis: Azwira, Juanda ganti Dr Asri?

Image
Malaysiakini Jimadie Shah Othman Dua tokoh agama dicadangkan kepada Raja Perlis sebagai calon mufti Perlis bagi menggantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang tamat perkhidmatannya hujung bulan ini. Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Azwira A Aziz dan bekas naib mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya dicalonkan mengisi kerusi penting itu. Sebelumnya bertugas sebagai ketua penolong mufti, anak Sarawak lulusan UKM dan Universiti al-Azhar itu kini ketua penolong pengarah di bahagian dakwah jabatan agama Islam negeri. Pada 7 Oktober lalu, Dr Mohd Asri memutuskan bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya. Beliau menyifatkan cara pengurusan kontraknya "macam main silap mata". Sehari selepas itu beliau diterima mengadap Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menyatakan hasrat untuk bersara. Difahamkan dua calon ini dipersembahkan kep...

Majlis Fatwa keluar garis panduan bersumpah menurut Islam

Kl.pos/BERNAMA KL: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan garis panduan sumpah menurut hukum Islam tidak lama lagi bagi mengatasi masalah kekeliruan serta pendapat yang berbeza di kalangan ilmuan Islam megenai perkara itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata anggota Majlis Fatwa Kebangsaan sedang meneliti segala hukum berdasarkan nas, agar selari dan tiada perbezaan pendapat di kalangan tokoh agama. "Setelah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ahli Fiqah Islam dimuktamad, garis panduan akan dikeluarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Baitulmal-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 2007/2008 di sini. Ahmad Zahid berkata apabila garis panduan itu dikeluarkan umat Islam yang hendak mengangkat sumpah secara Islam perlu mematuhinya bagi mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan. Dalam pada itu, Zahid berkata sebuah institut fatwa akan ditubuh bagi mengkaji fatwa yang pernah da...

Warkah Bolhassan Bin Ainnie Dhoby

Image
Assalamualaikum Ustaz Rosli Dhoby, Apakah pandangan atau komen ikhlas dari Ustaz tentang perjuangan Allahyarham Rosli Dhoby? Yang benar, B.A.Dhoby albida3@yahoo.com 22/10/2008 isma daud menulis; Wa alaikumus salam w.m.t Maaf kerana saya agak terlambat membalas emel tuan. Ini kerana saya agak lama tidak membuka emel saya di yahoo.com. Sehingga emel ini tidak berbalas sehinggalah ke hari ini. Secara ikhlas; saya tidak mengenali peribadi dan keluarga Rosli Dhoby. Mungkin saudara/tuan salah seorang daripada ahli keluarganya. Bagi saya Rosli Dhoby adalah seorang pejuang sejati yang patut kita berbangga dengan perjuangan dan pengorbanannya. Saya ada membaca wasiat-wasiatnya dan saya amat teruja dengan insan sepertinya di dalam usianya. Pesanan beliau yang mengingatkan kita tentang solat, setia kawan dan perjuangan yang mesti dilangsungkan; amat mengesani diri saya. Saya tidak tahu sejauh mana orang Sarawak berusaha menghayatinya atau ahli keluarganya sendiri dapat memahaminya. Sepanjang saya...