Kumalasari: Saya bukan Ustazah...

oleh WAHIDA ASRANI


Harap ramai lagi artis yg terlajak diberi hidayah oleh Allah S.W.T.




Noor Kumalasari ; SATU ketika dulu, dialah primadona dunia seni tanahair yang memang cukup hebat. Malah sehingga ke hari ini pesona selebriti bernama Noor Kumalasari ini masih lagi menyinar meskipun sudah 12 tahun meletakkan titik noktah terhadap bidang yang penuh glamor ini. Ternyata dalam usia menginjak 52 tahun, bekas pelakon, penyanyi dan model yang selesa disapa Noor ini tidak pernah merasakan karier seni yang diceburinya selama lebih 20 tahun itu satu perkara yang sia-sia buat dirinya. Malah, ketika dia mengambil keputusan untuk membuat 'perubahan' di dalam kehidupannya dan lebih mendekatkan diri dengan Tuhan, perasaan menyesal bergelar anak seni satu masa dulu tidak langsung tersemat di dalam hatinya.


Bersyukur kerana masih diberi peluang memperbaiki diri untuk menjadi umat Islam yang lebih taat dan tidak alpa dengan hal duniawi, Noor melihat apa yang diraihnya sebelum ini adalah ketentuan dari Yang Maha Esa. "Saya tidak pernah menyesal dengan kehidupan saya bergelar artis sebelum ini. Itu adalah pengalaman yang cukup berharga buat saya. "Cuma Alhamdulillah, Allah tidak cabut nyawa saya ketika itu dan masih memberi ruang untuk saya bertaubat. "Saya sendiri tidak pernah buang album-album saya dulu. Kadang kala saya pasang semula lagu-lagu saya untuk imbas saat-saat dulu. Tapi cukuplah saya simpankan memori itu sebagai kenangan manis dalam diri saya. "Apa yang penting ketika ini, biarlah saya fokus dengan kehidupan sekarang. "Saya akui semakin gembira hidup seperti ini dan rasa lebih relaks.

Dulu sewaktu masih di dalam dunia seni, saya tidak setenteram ini. "Walaupun peminat suka dan hargai kita, tetapi selalunya saya akan tetap rasa 'lonely' dan 'lost'. Kini saya lebih gembira dengan hidup sebagai surirumah sepenuh masa bersama suami dan anak-anak," ujar Noor yang ditemui baru-baru ini.

Menceritakan 'perubahan' dirinya itu, kata Noor, semuanya bukan atas paksaan suami tercinta, malah keputusan untuk bertudung dan meninggalkan dunia seni datang dari dirinya sendiri. "Saya masih ingat, ketika saya menjanda selama tujuh tahun dulu, saya sentiasa doa kepada Allah seandainya saya berkahwin lagi, saya akan tinggalkan bidang seni dan banyakkan ibadah. Nampaknya Allah kabulkan permintaan saya.

"Selepas berkahwin, saya masih lagi belum memakai tudung walaupun ketika itu suami pernah suruh saya berbuat demikian. Ketika itu saya belum bersedia. Alhamdulillah, pintu hati terbuka sendiri untuk memakai tudung selepas itu," luah Noor.

Meskipun telah mengucapkan selamat tinggal kepada bidang seni, akui anak kepada seniman dan seniwati Allahyarham Datuk S.Roomai Noor dan Datin Umi Kalthum ini, dia masih lagi mendapat tawaran berlakon daripada beberapa produser. Namun, Noor menolak secara baik kerana merasakan minat terhadap bidang tersebut juga sudah tiada di dalam dirinya lagi.

Walaubagaimanapun, tambah penyanyi yang pernah popular dengan lagu-lagu seperti Lagu Dari Kamar dan Selamat Pagi Sayang ini, dia tidak mempunyai masalah untuk mempertimbangkan sebarang tawaran yang mahu dirinya mengendalikan program-program berbentuk dakwah.

"Mungkin menarik jika program dakwah itu melibatkan golongan remaja yang mana saya boleh bercakap kepada mereka tentang agama tetapi bukan menerusi cara yang begitu 'berat'.



Keakraban dua sahabat lama - Ogy Ahmad daud dan Noor Kumalasari

"Saya bukan ustazah, tetapi melalui sedikit pengetahuan tentang Al-Quran, saya rasa ada cara yang boleh kita relate untuk mendidik golongan remaja ini," tutur ibu kepada empat orang cahaya mata iaitu Abdul Qayyum Roslan, 25, Wan Amin Nurrashid, 16, Wan Amni Nuruddin, 14 dan Wan Irfan Nurul Atiq, 12.

Disebabkan itu juga, Noor tidak kisah berkongsi pengalaman hidupnya bergelar artis satu masa dulu menerusi salah satu episod di dalam program Cerita Artis Malaysia (CAM) yang bakal disiarkan di Astro Ria bermula 7 April depan. Malah, Noor turut membenarkan pihak produksi, Firdaus Maju Sdn Bhd untuk menggunakan gambar-gambar serta klip-klip video lamanya.

Program 13 episod itu menerokai kisah hitam putih kehidupan artis agar peminat dapat mengenali mereka dengan lebih mendalam. CAM juga mendedahkan kisah permulaan seni artis tersebut, jatuh bangunnya, fakta yang tidak diketahui umum mengenainya dan apa yang telah mereka lalui sepanjang bergelar anak seni. "Saya izinkan mereka siarkan gambar-gambar lama yang pada masa itu saya masih seksi lagi...semua itu bukan untuk suka-suka. Saya ingin berkongsi dengan penonton khususnya remaja tentang perubahan hidup saya. "Mungkin mereka boleh jadikan ikhtibar menerusi perjalanan hidup saya ini," kata Noor sambil tersenyum.



Noor anggun seperti dulu.

Ditanya sama ada dia selesa lagu-lagunya masih diputarkan serta filem dan drama yang adakalanya disiarkan lagi, ujar Noor, dia tidak mampu berbuat apa-apa jika pihak-pihak tertentu masih ingin berbuat demikian. "I have no right to stop them. Cuma apa yang saya harap, bila saya 'tiada' lagi nanti, janganlah diputarkan lagi lagu-lagu saya atau pun ditayangkan semula lakonan-lakonan saya," kata Noor.


wallahu a'lam



urd: Sedih tengok perubahan Kak Ogy yang kian terdedah dari sehari ke sehari...



Selamatkan Kak Ogy!


Posted on Tuesday, March 20 @ 07:44:08 MYT by din-cryptos

Oleh S.O.S. OGY


Assalamualaikum. Perkembangan pakaian kak ogy ahmad daud makin hari makin membimbangkan. Bermula tudung yg agak labuh pada penampilan pertamanya dalam tv di rancangan melodi selepas "insaf"” , sekarang makin hari makin “tercabut”.

Saya sendiri menyaksikan perkembangan ini walaupun secara tak sengaja. Saya juga sering terlihat kak ogy tampil dirancangan “ogy dan salih”.suatu ketika kak ogy berpakaian seakan skaf tetapi ekor skafnya terjurai ke belakang seperti rambut yang panjang ke punggung. Sekali sekala terlihat seperti tudung paderi kristian pula.terbaru saya menyaksikan kak ogy sebagai juri di af5. (lihat gambar) hanya tinggal skaf pendek sahaja.

Kalau diperinci di segi aghama memanglah sudah tak menepati hukum menutup aurat.tapi bagi penafsiran saya kak ogy masih terkapai-kapai...dan kita perlu menyambut tangan kak ogy.. Aduhai kawan-kawanku, tolonglah kak ogy. Suatu ketika kak ogy kelihatan tertekan akibat karenah bekas suaminya .

Ketika itu kak ogy nampaknya ingin menghayati agama hinggakan bertemu datin sabariah (isteri tok guru) Tetapi akhir-akhir ini nampaknuya kak ogy seolah2 sedang menanggal tudungnya sedikit demi sedikit, maafkan saya sekirtanya terkasar!. Rasanya memang benar kak ogy susah untuk menjauhi dari dunia artis. Walaubagaimanapun kak ogy perlulah lakukan sesuatu sekurang-kurangnya tudung tak tertanggal.

Suatu ketika saya amat salute pada kak ogy kerana jihadnya menentang arus sekelilingnya yg (dunia artis yg. Tidak bertudung).kak ogy sekurang-kurangnya boleh mencontohi beberapa artis yang telah bertudung seperti waheeda, wardina, norkumalasari dll.

Tolonglah kak ogy, kami sayang kak ogy. Kalau sudah tertanggal tudung nanti payah pula nak bertudung. Kak ogy nampaknya sudah terperangkap dengan dunia artis yang penuh dengan glamour. Saya harap kak ogy kena mengunjungi majlis2 ilmu. Iman tak akan datang bergolek hanya sekadar bertaubat dan tak buat apa2.

Saya terkenang juga abang azmil mustafa yang pernah terkenal dengan :”setan”nya dalam ali setannya. Abang azmil kini boleh bercakap dipentas dakwah. Mungkin juga kak ogy boleh belajar caranya bagaimana abang azmil berjihad dengan meninggalkan dunia seninya?

Bagi saya kak ogy ada 3 pilihan.:

pertama : lari terus dan sepikan diri dari dunia artis

Kedua: berubah seperti artis wardina dsb. Dan bergaul dengan mereka dan kekalkan penampilan imej menutup aurat.

Ketiga: step by step “keluar dari dunia artis dan mencari kerja lain. Tetapi yang perlu kak ogy sentiasa hadiri ialah program pengajian dari semasa ke semasa kalau tidak kemungkinan “hanyut” Jangan lupa kak ogy ; ada hadith yang berbunyi “wanita yang sengaja membuka auratnya tidak akan berbau syurga sedangkan syurga itu amat jauh baunya.

Apalah gunanya kalau glamour di dunia tetapi dimurkai allah. Tidakkah kita sedar bahawa hidup batu nesan yg berada dikuburan itu sesetengahnya lebih tua dari usia kita. “ betulkan saya jika tersilap. Ayuh teman2 tolonglah kak ogy! Biarpun dengan sekeping emel.dakwah adalah tanggungjawab kita…

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?