Apa sudah jadi ni? Hadiah Dari Pemimpin Rasuah?



Bumbung bangunan yang di bina pada tahun 2005 runtuh menyembah bumi.


MARANG, 12 April (Bernama) -- Bumbung Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Wakaf Tapai, di sini yang dibina tidak sampai empat tahun lepas, runtuh sama sekali dalam satu kejadian yang berlaku malam semalam. Bumbung bangunan yang berharga lebih RM2 juta itu, dipercayai runtuh akibat struktur kekuda sendi bumbung yang tidak kukuh menyebabkan ia gagal menampung atap genting lalu runtuh kira-kira pukul 8.30 malam.

Ia disedari oleh salah seorang guru yang mengajar di sekolah berkenaan ketika baru pulang selepas menghadiri satu program yang diadakan di surau sekolah melibatkan kira-kira 60 pelajar pelajar tingkatan empat dan lima sekolah terbabit.

Sebaik dimaklumkan tentang hal itu, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang secara kebetulan mempunyai program di Kuala Terengganu, mengadakan lawatan ke sekolah tersebut dan mengarahkan siasatan terperinci dilakukan bagi mengetahui punca kejadian.

Pasukan penyiasat akan turut dianggotai oleh jurutera dari Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dan Kementerian Pelajaran untuk memastikan sama ada kontraktor yang terlibat telah mematuhi spesifikasi pembinaan yang sepatutnya," katanya ketika ditemui di sekolah terbabit.

Razali berkata siasatan juga akan dilakukan secara menyeluruh terhadap empat bangunan utama sekolah itu untuk mengesan sama ada terdapat kerosakan dan kesilapan pada struktur bangunan yang dibina di atas bekas tanah sawah itu.

Kejadian ini perlu diberi perhatian oleh kontraktor dan pihak yang terlibat dalam pembinaan bangunan-bangunan sekolah. Kita harap bangunan sekolah lain terutama dewan yang mempunyai struktur bangunan yang sama supaya turut disemak dan dibuat pengesanan awal supaya tidak berlaku kejadian seperti ini," katanya.

Beliau turut bersyukur kerana semasa kejadian tiada sebarang aktiviti perhimpunan dan gerak kerja kokurikulum melibatkan pelajar dan guru diadakan dalam dewan berkenaan. Razali berkata sejak Sekolah Menengah Wakaf Tapai itu diserahkan oleh kontraktor kepada Jabatan Pelajaran pada awal tahun 2005, pihak sekolah telah memfailkan beberapa aduan melibatkan kerosakan kecil pada beberapa bahagian bangunan.

Sementara itu, Pengetua Sekolah Roslan Awang berkata, pada mulanya beliau menyangkakan bunyi kuat yang didengar kira-kira pukul 8.30 malam itu adalah bunyi dari kapal terbang.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?