Keadaan TG Hj Abdul Hadi Stabil

Hari ini kami ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah sibuk melangsungkan MTQ (Majlis Tadarrus Al-Quran) Peringkat Bahagian Sibu, tiba-tiba secara ramai-ramai menerima mesej tentang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah setelah diserang strok ringan di rumahnya di Rusila. Beliau yang terkena serangan itu di awal pagi ini berada di dalam keadaan stabil.

Kami pencinta perjuangan Islam ( Sebahagian Kami) mendoakan semuga Pressiden PAS itu dikurniakan kesembuhan oleh Allah s.w.t. Apabila saya pulang ke rumah segera membuka internet untuk mengetahui perkembangan Tuan Guru yang banyaknya jasa dan sumbangan beliau kepada saya dan umat Islam yang menghargainya itu untuk mengetahui kedudukannya dengan lebih jelas lagi. Syukurlah beliau berada dalam keadaan stabil.


Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?