Blog Tempat Fitnah? Jahil Sangatkah Golongan Muda Sehingga Termakan Fitnah?
Oleh: Isma Daud
Terasa berat sekali tuduhan orang nombor satu Melaka terhadap golongan muda di Malaysia ini sehingga sanggup menelan segala fitnah yang dibuat oleh penulis blog.
Bagaimana tahap pemikiran seorang pemimpin terhadap rakyatnya yang apabila mereka mula menguasai kemajuan Sains Dan Teknologi yang kerajaan sendiri melaung-laungkannya. Amat malang kepada orang-orang muda di Malaysia jika mereka dituduh atau difitnah sebagai orang yang tidak berupaya menapis maklumat dengan ilmu yang ada dalam diri mereka sehingga mereka dicop sebagai orang yang mudah termakan fitnah.
Insaflah wahai pemimpin yang cetek minda, jangan sampai anda dibenci oleh anak-anak muda dalam tanah air anda sendiri.
Jika anda tidak berminat dengan dunia IT berilah kepada orang lain menggunakannya. Akui sahajalah bahawa anak-anak muda di Malaysia hari ini semakin pintar dan celik maklumat sehingga mereka tidak mampu ditipu lagi oleh manusia singkat daya fikir mereka.
Perhatikanlah apa kata Mohd Ali rustam dalam laporan berita utama muka depan Melaka Hari Ini (Rabu 9 April 2008 / 2 Rabiulakhir 1429) dengan tajuk 'Penggunaan laman web, blog: Taktik pembangkang racun pengundi muda'.

Comments