Warkah Sang Sahabat Yang Sekian Lama Terpisah...
Oleh isma daud
Biar Dipisah Jarak Tempat Dan Masa, Ukhwah Islamiah Tetap Abadi
Bertemu Berpisah Kerana Allah. Kasih sayang dan ingatan tidak padam biar terpisah jarak dan masa. Ya dengan izin Allah SWT kita ditemukan semula. Satu pertemuan yang penuh rahmah dan barakah insya Allah SWT.
Alhamdulillah; syukur kita masih berada di landasan yang benar. Masih mengikat diri dengan jamaah dan kerja amal jamaie... Ana juga masih seperti dulu . Hanya sebagai seorang pendakwah kerdil yang berkelana di bumi Allah ini biarpun tidak mendapat perhatian besar daripada sesiapapun. Tetap tabah walau bermacam liku jalan dakwah yang sudah ana tempuh dan lalui di bumi Sarawak ini. Mutakhir ana telah digam daripada menyampaikan sebarang khutbah, kuliah dan ceramah di masjid atau surau sekitar Sibu ini. Mungkin anta ada membacanya di blog ana yang dhaif itu...
Semoga kita akan terus bersahabat tanpa syarat....
Kepada Wan Rusli (penulis buku Belajar Bahasa Arab Sambil Ketawa) jika terbaca warkah saudara Dr Azman bolehlah hubungi beliau di emel berikut : drazmands@yahoo.com.my. Atau pun Dr azman boleh berhubung dengan beliau diemel yang ada di sudut kanan blog saya ni. Ada buku beliau yang saya pamerkan tu.
Salam ukhwah daripada saudara seIslammu;
ustaz rosli dhoby / isma daud
28/07/2009.

Salam Ustaz Isma,
Kebetulan hari ini ana ada sedikit kelapangan untuk menerokai beberapa laman web. Mungkin Allah telah mentakdirkan untuk ana melihat gambar sahabat yang telah begitu lama ana cuba risik tentang khabar beritanya.
Sebelumnya ana tidak pernah mengetahui tentang kewujudan blog Ustaz. Naluri seorang sahabat kuat mengatakan bahawa pemilik nama samaran Ustaz Rosly Dhoby ini adalah sahabat ana Ustaz Isma. Kenangan ketika bersama di SMAASZA dan ketika di Darul Taqwa kembali menyentuh hati.. Sungguh kenangan persahabatan kita sangat bermakna. Tak sangka Ustaz berada begitu jauh di seberang lautan.
Akhie;
Antara kita terlalu banyak persamaan perwatakan dan prinsip hidup yang dipegang. Ramai sahabat berada di sekeliling tetapi cuma beberapa orang yang kekal dengan rasa kasih sayang kerana Allah. Ana sekadar menjalani kehidupan sebagai seorang hamba yang mengabdikan diri untuk meninggikan agamanya.
Selepas balik dari Baghdad tahun 1999, bertugas di Hospital Kuala Terengganu kemudian berpindah ke Hospital Besut sehingga ana meletakkan jawatan untuk bertugas sebagai pensyarah di USM, Kubang Kerian. Keterbatasan ruang masa dan tekanan untuk melakukan kerja-kerja Islam mendorong ana meletakkan jawatan pada 2004 dan membuka klinik sendiri di Kubang Kerian, Kelantan.
Isteri ana bertugas sebagai jururawat di Hospital USM dan Allah menganugerahkan 3 cahaya mata. Yang sulong di tahun 1. Menetap di Kubang Kerian, Kota Bharu. Menjadi rutin harian berulang-alik ke kawasan ana di DUN Jabi sejauh kira-kira 80 km yang mengambil masa sejam perjalanan.
Kesanggupan memikul amanah jamaah pada PRU 12 menuntut ana memberikan perhatian sepenuhnya kepada DUN Jabi supaya berterusan kesinambungan walaupun Allah belum mengurniakan kemenangan. Dalam penyusunan organisasi perhubungan Terenganu yang baru, pimpinan mengamanahkan tanggungjawab baru yang perlu dipikul kepada hamba Allah yang dhaif ini yang memerlukan ana berulang-alik dari Kota Bharu ke K. Trg hampir 3 kali seminggu.
Alhamdulillah, ana memiliki isteri yang yang memahami walaupun tidak memiliki latar belakang tarbiyyah dalam jamaah. Anak-anak yang masih kecil dan belum mengerti keperitan dan kepahitan perjuangan sekadar mampu bertanya kenapa ayah mereka kerap tiada di rumah dan kenapa masa untuk bersama mereka terlalu terhad dan kenapa ayah mereka selalu pulang ketika hari telah menjelang dinihari.
Perniagaan ana di klinik berjalan sekadar ala kadar kerana kerap terpaksa ditutup tetapi dengan penuh keyakinan ana berpegang, Allah tidak akan membiarkan mereka yang ikhlas memperjuangkan agamanya hidup dalam kepapaan. Doa dan perangsang daripada akhi amat ana harapkan.
Apa khabar Ustaz Rosli adik kita di SMAASZA dulu, ?
Harap kita boleh berterusan berhubung utk menyambung kembali persahabatan.
Dr Azman Ibrahim
Kota Bharu, Kelantan.
Comments