Anak-anak Bapak

Oleh isma daud


Sejak mutakhir ni saya semacam kehabisan modal untuk berceloteh di blog ini. Bukan tidak ada isu tetapi rasa malas mengulas saja.

Apatah lagi sebahagian besar masa saya dari pagi hingga lewat petang saya menghabiskan masa bersama pelajar baik dalam latihan sukan olahraga sekolah dan juga melaksanakan pentaksiran bagi pelajar Islam yang akan menduduki PMR pada tahun ini.

Sebab itu bila balik rumah anak-anak akan serbu. Semuanya mahu bermanja dan setiap orang daripada mereka ada permintaan dan cerita masing-masing. Semua mahu dilayan sama rata. Semua mengaku dia anak abah.

Untuk berlaku adil saya telah sedia merakam detik manis bersama mereka dan setiap orang mahu dia saja yang ada dalam gambar bersama abahnya.

Bagi tidak menghampakan harapan anak-anak saya memberitahu mereka semua adalah anak-anak kesayangan saya dan kasih-sayang saya kepada mereka tiada bezanya. Semuanya sama rata.

Beginilah wajah anak-anak kesayangan buat tatapan sanak-saudara di kampung yang mungkin terjumpa blog ini.

Syukurlah anak-anak semuanya sihat dan jarang kena demam atau sakit.

Semuanya aktif ketika berada di rumah, sementara kehadiran mereka samada sewaktu berada di sekolah atau bersama rakan sebaya; mereka agak pasif atau pendiam.

Comments

Cheguman said…
Assalamualaikum ustaz,
Memang tugasan di sekolah semakin banyak. Tak terkejar. Namun begitulah cabaran selaku penjawat awam sekarang.

Bertuah ustaz mendapat anak-anak yang aktif dan ceria.

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?