Bertambah lagi ahli keluarga kami...

Oleh isma daud

Pada minggu yang lalu (9/7/2009) seorang lagi ahli keluarga sebelah isteri saya bertambah. Sepupu kepada anak-anak saya ni belum diberi nama lagi. Ini adalah cucu yang ke 8 kepada ayah dan ibu mertua saya. Semalam ibunya ada mesej nak bagi nama Nur Sakinah tp tu belum confirm lagi. Pagi ni kot bapanya akan daftarkan di Pejabat Pendaftaran supaya nama tu jadi rasmi...


Baru Buka Mata

Asyik tidur saje dia...

Tahniah buat Che da Dan Pak Da atas kelahiran anak sulung ini. Semoga kalian akan bertambah bahagia setelah kelahiran "buah hati" ini. Tahniah daripada kami sekeluarga.

Ini ada dua orang lagi sepupu anak-anak saya. Kedua-duanya berada di kampung.

Yang kiri tu anak Pak Chiknya; Syawal Nur Balqis dan yang sebelah kiri tu anak Mak Ngahnya; Nan Saifira Khairina.

Gambar bersama ini diambil sewaktu berada di kampung akhir tahun lepas. Inilah barisan cucu Pak Husin dan Nek Zainab. Semoga akan bertambah lagi kemakmuran ahli keluarga kami dalam meramaikan umat Nabi Muhammad SAW. Nabi bersabda;
".... Maka sesungguhnya aku berbangga dengan kamu dengan ramainya umat pada hari kiamat".
Nabi tujukan sabdanya ini kepada mereka yang ingin berkahwin agar memilih pasangan daripada keluarga yang ramai anak agar mereka juga nanti memiliki anak yang ramai.

catatan; Anak adalah amanah yang mesti dicorak dengan nilai agama yang sempurna agar mereka nanti menjadi anak yang soleh dan solehah, yang mendoakan ibubapanya apabila mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?