Kampungku(3) : Siri Kuliah, Ceramah Dan Amal Jamaie
Oleh: isma daud Malam ni sudah masuk tahun baru Hijrah. Bermakna kita sudah berada dalam tahun 1430H. Saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430H kepada semua umat muslimin umumnya dan mereka yang bertandang ke blog saya ini khususnya.Dan malam ni juga saya berkesempatan menyampaikan satu kuliah khas sempena kehadiran tahun baru hijrah di sebuah surau. Kuliah saya ni adalah mata rantai kepada kuliah saya yang telah lalu sepanjang saya berada di daerah ini. Satu perkara yang tidak terduga oleh saya ialah keberadaan saya di kampung ; tidak disia-siakan oleh masyarakat setempat sekitar kediaman dan kedaerahan tempat saya berada. Saya kira; dari malam pertama saya pijak kaki ke kampung, pelbagai program kemasyarakatan maupun amal jamaie telah diaturkan kepada saya seperti kuliah maghrib , ceramah, majlis tazkirah, kuliah subuh, usrah, perkhemahan remaja maupun belia seperti "Kem Anak Soleh" dan paling berkesan ialah kelas al-Quran bagi jamaah dewasa yang bermula ma...