Keputusan PMR 2008 Diumum Selasa Ini
Ini berita yang mendebarkan buat anak-anak didik saya yang belajar di SMK Rosli Dhoby dan semua calon yang menduduki PMR 2008 tempohari. Setelah mereka bertungkus lumus belajar dan tekun menduduki peperiksaan tempohari; kini keputusan peperiksaan PMR akan diperolehi pada hari selasa ini; 30 Disember 2008. Tapi pada masa tu saya masih di kampung lagi. Doa saya agar anak-anak didik saya akan memperolehi keputusan yang cemerlang nanti.
Tahun lepas keputusan di peringkat sekolah amat membanggakan kerana ramai juga yang mendapat "A" dalam semua mata pelajaran. Harapannya tahun ini kejayaan itu dapat diteruskan lagi, insya Allah.
Ketua Pengarah Pelajaran , Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataannya pada 24 Disember lalu berkata semua calon boleh mendapatkan keputusan tersebut di sekolah masing-masing pada hari berkenaan mulai jam 10 pagi.
Peperiksaan ini telah berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober 2008 di 3,458 pusat peperiksaan seluruh negara.
Doa saya agar mereka akan berjaya dengan cemerlang. Dan yang gagal tu boleh belajar bersungguh lagi dalam peperiksaan SPM nanti. Yalah sekarang ni apa dihairankan sangat jika gagal PMR, semua boleh naik tingkatan walaupun dapat semua "E" dalam semua matapelajaran.
Walaubagaimana pun PMR tetap penting dalam sirah peperiksaan individu dan negara kita. Sekurang-kurangnya untuk menentukan hala tuju dan arah seseorang ke mana dia mahu pergi dan tempatkan dirinya pada tahun mendatang. Teruskan usaha...

Comments