Kampungku(3) : Siri Kuliah, Ceramah Dan Amal Jamaie

Oleh: isma daud

Malam ni sudah masuk tahun baru Hijrah. Bermakna kita sudah berada dalam tahun 1430H. Saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430H kepada semua umat muslimin umumnya dan mereka yang bertandang ke blog saya ini khususnya.Dan malam ni juga saya berkesempatan menyampaikan satu kuliah khas sempena kehadiran tahun baru hijrah di sebuah surau. Kuliah saya ni adalah mata rantai kepada kuliah saya yang telah lalu sepanjang saya berada di daerah ini.

Satu perkara yang tidak terduga oleh saya ialah keberadaan saya di kampung ; tidak disia-siakan oleh masyarakat setempat sekitar kediaman dan kedaerahan tempat saya berada. Saya kira; dari malam pertama saya pijak kaki ke kampung, pelbagai program kemasyarakatan maupun amal jamaie telah diaturkan kepada saya seperti kuliah maghrib , ceramah, majlis tazkirah, kuliah subuh, usrah, perkhemahan remaja maupun belia seperti "Kem Anak Soleh" dan paling berkesan ialah kelas al-Quran bagi jamaah dewasa yang bermula maghrib dan berakhir sekitar jam 10 malam. Bahagian kanak-kanak juga dibuat program "Bestari Quran". Saya turut diberi peluang untuk menyampaikan khutbah Jumaat dan Khutbah Hari Raya Aidil Adha di dua masjid berasingan. Saya juga sempat menyembelih dua ekor lembu untuk ibadah korban orang kampung saya. Hampir sebahagian besar masa saya dihabiskan untuk membina dan membangun jiwa berilmu di kalangan umat Islam sekitar kampung saya khususnya dan daerah sekitar umumnya.


Sambutan masyarakat setempat yang saya hadir ke dalam majlis mereka sangat memberansangkan. Sesuailah dengan ustaz sekolah ni. Jangan dibanding dengan mereka yang tersohor diluar sana. Namun; saya dapat rasakan kehadiran saya sangat dialu-alukan oleh masyarakat setempat. Sangat mengharukan kehadiran saya dijemput dan dijamukan dengan makanan dan minuman yang lumayan sekali. Sehingga seorang insan yang sungguh -sungguh berhati mulia telah memberikan keretanya untuk kegunaan saya dan keluarga sepanjang saya berada di kampung ini. "Ini bagi kemudahan ustaz untuk berurusan dan pergi ceramah di mana-mana" katanya. Tidak kurang juga yang minta saya buat air penerang hati buat anak-anak mereka. Saya tidaklah pula menghampakan harapan para jamaah yang datang. Tiadalah daya kepada saya melainkan dipanjatkan segala doa kehadrat Yang Maha Esa. Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha, Allah SWT jua pemutus bagi segalanya.

Sumbangan kewangan tidaklah saya harapkan tapi masyarakat pemurah terus menghulur derma dan hadiah sehingga ratusan ringgit telah dimasukkan ke dalam saku saya. Saya ucapkan jazakumullahu khairan jazaa'.

Atas kesedaran beragama, saya agihkan sedikit daripada sumbangan itu untuk tabung BADAI agar badan agama yang ada di SMK Rosli Dhoby nanti mampu bernafas dan boleh mengadakan program lebih berkesan bagi tahun 2009. Kepada sesiapa yang bermurah hati bolehlah juga membuat sumbangan terus kepada BADAI dengan memasukkan wang ke akaun yang saya paparkan dalam blog saya ini. Sebagai makluman kepada pihak awam, melalui ceramah saya ini; para jemaah ada menyumbangkan derma dan sedekah mereka; sehingga saat saya menulis ini sudah dapat dikumpulkan sebanyak RM1422.00 jumlahnya. Syukur. Dan ada juga beberapa sumbangan lagi dari pihak lain ke dalam tabung ini. Namun; jumlah itu tidaklah mencukupi lagi. Jadi diharapkan insan dermawan dapat menyalurkan bantuan sewajarnya kepada tabung yang saya sisipkan di sebelah kanan blog saya ini. Kepada yang telah menderma; sekali lagi saya ucapkan terima kasih, Allah SWT Taala jua yang berhak membalasnya.

Kepada masyarakat setempat; saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan rasa penghargaan dan terima kasih atas layanan baik sepanjang saya berada di kampung. Jasa tuan-tuan tetap saya kenang. Hanya doa saya panjatkan agar segala usaha tuan-tuan mendapat keberkatan di sisi Tuhan Rabbul Jalil. Amiin, ya rabbal aalamiin.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?