Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Wednesday, July 08, 2009

Nasib Subjek Pendidikan Islam Di Sekolah Tertentu di Sarawak

Oleh isma daud


Semalam (7/7/09); bila berehat dari memberi taklimat penyelarasan skor PI kepada para asatizah, kami sempat berbual-bual pelbagai isu semasa; dalam dan luar negara, isu-isu pendidikan dan tidak terlepas persoalan dan perkembangan kerjaya di sekolah masing-masing.

Antara yang menarik hati saya ialah isu ini;

Pendidikan Islam Hanya Dua Masa Seminggu Bagi Setiap Tingkatan Di Sebuah Sekolah Bahagian Sibu.

Dalam perbualan ringkas dengan seorang ustazah, beliau menjelaskan bahawa disekolahnya beliau tidak mendapat keadilan untuk mengajar subjek pendidikan islam (yang selepas ini disebut PI). Beliau memberitahu bahawa disekolahnya hanya membenarkan subjek PI hanya dua period(masa) bagi setiap tingkatan bagi satu minggu. Sedangkan mengikut pekeliling sebenarnya, PI mesti diajar kepada pelajar Islam sebanyak 6 kali seminggu dengan pecahan 3+1+2. 3 masa untuk P&P + 1 masa amali + dan 2 masa tambahan bagi pengukuhan quran, fardhu ain dan jawi. Dengan itu ustazah ini merasakan haknya telah dinafikan sebaliknya beliau disuruh mengajar subjek Pendidikan Moral (PM) 4 kali seminggu bagi tingkatan yang diajarkannya. Sedangkan di sekolah lain subjek PM hanya diajar sebanyak 3 masa seminggu.

Ini kerana pihak pentadbir sekolah berpendapat beliau hanya sedikit mengajar PI dan perlu mengajar subjek PM. Sebagai guru agama di sekolahnya beliau telah bersuara mengikut saluran tetapi sehingga kini sekolah tersebut tidak mengendahkan rayuannya.

Sudah banyak kali saya dengar bagaimana pihak tertentu ini cuba menidakkan subjek PI supaya ianya diajar kepada Pelajar Muslim dengan sebaiknya. Ada sekolah yang hanya membenarkan PI diajar 4 masa seminggu sahaja dan dua masa lagi diajar di luar jadual waktu.

Begitulah nasib PI; di sekolah dinafikan haknya. Dan dalam masyarakat para ustaz dan ustazah terpaksa berdepan dengan peraturan yang bukan-bukan bagi menghalang mereka daripada melaksanakan tugas mereka untuk berdakwah. Yang sedihnya perkembangan aktiviti dan dakwah itu terhalang oleh orang Islam itu sendiri...

Dalam pertemuan saya dengan seorang guru muallaf dia sangat bersetuju usaha dakwah di Sarawak ini tidak menggalakkan sedangkan gerakan agama lain begitu mudah dan tiada sekatan atau halangan untuk mereka melaksanakan dakwah mereka.

Begitulah nasib kita....

Namun; syukur di sekolah tempat saya menabur bakti semuanya dimudahkan. Pihak pentadbir sekolah sentiasa sentiasa memastikan hak dan pendidikan Islam ada diajar mengikut aturannya. Semuanya dalam jadual waktu walaupun bagi dua subjek luar sidang. Syukurlah!!!

catatan; gambar hiasan itu menunjukkan para pelajar muslim sedang menghafal ayat-ayat al-quran di surau sekolah (an-nadwah).

No comments:

Related Posts with Thumbnails