Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Thursday, July 02, 2009

Jejak Kasih....

Oleh isma daud


Hari ini saya bertemu dengan seorang guru yng berasal dari Pasir Puteh, Kelantan; sewaktu singgah minum di kantin SMK Kampung Nangka, Sibu. Saya ke sini adalah bertujuan membincangkan beberapa perkara bersangkutan dengan pentaksiran subjek pendidikan Islam dengan unit penilaian dan peperiksaan (UPP), Daerah Sibu.

Sesampai di kantin sekolah, saya di sambut manis oleh Cikgu Bujang Wen (kini sudah bersara dan membantu isterinya mengusahakan kantin sekolah). Sewaktu minum datanglah seorang guru yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan yang baru dua tahun berkhidmat di sini bersama denganseorang rakannya yang lain, orang Sarawak. Saya sempat menyapanya dan berkenalanlah sedikit kerana mendengar lenggok dialeknya macam ore kelate...

Dia beritahu berasal dari Tualang Rendah, Pasir Puteh. Lantas terpancul ingatan saya kepada arwah bapa saya yang juga berasal dari kampung tersebut. Sebenarnya ramai sedara mara saya yang ada kat situ tapi saya tidak kenal mereka... cuma yang mampu saya ingat ialah kepada seorang sepupu saya yang bernama Awang Hab bin Nor dan ibunya bernama Kiah Binti Pandak merupakan salah seorang daripada adik beradik dengan bapa saya. Saya berkenalan dengan tidak sengaja dengan Awang Hab ni sewaktu menuntut di Jordan. Jauhnya tempat bertemu. Namun itulah kali terakhir saya menemuinya kerana pertemuan itu berlaku ketika saya sudah hampir mahu kembali ke tanah air sedangkan dia baru datang ke sana...

Ini bermaksud saya masih ada ibu saudara sebelah bapa saya dan saya menjejakinya...

Pertemuan saya dengan cikgu ini membuatkan saya terfikir bahawa masih ada keluarga saya yang perlu saya jejaki.... insya Allah...

No comments:

Related Posts with Thumbnails