Ulama Akhirat Berjuang Memenangkan Agama Allah, Ulama as-Suu' menyembunyikan Kebenaran

Oleh isma daud


Ada Dua jenis Ulama dalam dunia ini, sebahagiannya yang berjuang memenangkan agama Allah dan sebahagian lagi hanya berjuang menjaga periuk nasinya saja. Mereka ini membisukan akan kebenaran asalkan periuk nasi mereka tidak terganggu. Mereka ini dikenali sebagai ulama as'suu' atau ulama dunia saja.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-'Alaq; "Janganlah begitu!!! (manusia) itu bersifat melampau, Bahawa dia merasa dirinya kaya dan berkuasa."-ayat 6-7.

Inilah contoh manusia bila lupa amanah ilmu yang dimiliki agar disampaikan bagi memenangkan agama Allah SWT dan meletakkannya tinggi mengatasi yang lain bukan mempermain-mainkan hukum Allah dengan fikiran yang cetek dan dangkal.

Mari kita dengar apa kata Ustaz Azhar (walau isu agak lama) mengulas ucapan Dr Masyitah dalam soal hukum hudud. Katanya; "sepatutnya pencuri ini kita tidak potong tangan, tetapi diberi kerja barulah pencuri tidak mencuri".


Mudah-muadah sama beroleh ingatan. Jangan salah guna nikmat nanti Allah SWT timpakan kepada kita dengan pelbagai bala akibat kita terlalu suka mempermain dan mempermudahkan hukum-hakamnya.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?