Lelaki Malaysia Memilih Wanita Indon !!!

Statistik : Lelaki Malaysia kahwin dua dengan wanita Sumatera setiap hari


MEDAN 15 April - Secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas dan 80 peratus daripada mereka mengambil isteri kedua.

Trend ini dilihat daripada rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di sini yang menunjukkan bahawa dalam tempoh lima bulan itu, 30 lelaki Malaysia berkahwin wanita Indonesia dari Sumatera setiap bulan.

Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di pejabat itu, Ismail Ali memberitahu, Januari lalu terdapat 31 pasangan yang berkahwin, Februari 29 pasangan dan Mac 32 pasangan.

"Hampir kesemua mereka beragama Islam,” katanya.

Terdapat juga rakyat Malaysia yang mengahwini wanita Sumatera tetapi dipercayai tidak mendaftar di bahagian itu kerana mereka gagal mendapat izin untuk berpoligami atau izin berkahwin di luar negara dari Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam negeri asal masing-masing, kata Ismail. -Bernama

Komenter isma daud:

Berikut beberapa respon saya terhadap isu ini;


1- Minat Indon : secara umumnya orang Malaysia lebih berminat dengan dialek indon, drama indon dan lagu indon. Ini lebih mendorong orang Malaysia merasa lunak dengan apa yang datang dari negara seberang itu termasuk wanita dan jejakanya. Bukan lelaki saja minat wanita indon, wanita Malaysia juga ramai yang jatuh dalam taklukan lelaki Indon. Kalau lelaki beragama saya nampak lelaki mereka lebih kuat beragama. Lebih jaga solat dan baca quran. Lebih berani dan terbuka.

2- Faktur Ekonomi : kedudukan ekonomi rakyat Malaysia menyebabkan orang Malaysia selalu berada dalam "zon selesa".  Belajar tidak habis, sijil ciput2 tapi mahu kerja elok, gaji mahal.... Ramai yang malas bekerja dan memilih kerja atau mahu bekerja yang elok-elok sahaja. sedangkan dalam situasi sebenar ruang kerja yang baik-baik kian sempit kerana memerlukan keputusan akedemik dan pengalaman kerja pula. Kerja murah-murah dan menuntut skill sudah tentu bukan pilihan orang Malaysia. Orang malaysia lebih suka kerja mudah, mahal gajinya..... jadi ruang2 ini sedang diisi oleh warga seberang. Kebanjiran mereka ke Malaysia dengan cara hidup yang rata-rata kebanyakan orang Malaysia hidup, mereka akhirnya lebih menjadi pilihan. Jadi wanita Malaysia lebih mudah jatuh cinta dengan lelaki seperti ini. Jika orang  lelaki tempatan sedang bergelumang dengan kepoya-poyaan orang wanita Malaysia merasa lebih selamat dengan Mat Indon.

3- Lelaki Berjaya Dan Selera Lelaki : sementara lelaki Malaysia pula yang ada kemampuan mula berjinak dengan wanita Indon dan ramai menjadikan mereka sebagai "wanita kedua" adalah memenuhi selera lelaki kerana secara pendapat umumnya berpendapat wanita seberang lebih menjaga penampilan dan lebih gedik... bahasa indon juga lebih lunak dan mudah mencairkan lelaki Malaysia. kedudukan mereka sebagai pendatang benar2 memerlukan perlindungan daripada orang lelaki dan tidak mustahil mereka mudah untuk menikahi lelaki tempatan. Bayangkan jika mereka ada zuriat mereka mungkin dengan mudah anak mereka mendapat status sebagai "Bumiputera"  dan nikmatnya yang gagal diperolehi oleh rakyat Malaysia yang berbangsa cina dan India itu sendiri biarpun mereka lahir dan besar di sini.

4- Wanita Bekerjaya : wanita Malaysia mungkin hari ini lebih berjaya dalam bidang akedemik dan mengejar kerjaya  berbanding daripada lelaki. semakin hari semakin mencabar kedudukan orang lelaki. Bagi wanita yang sudah berjaya dengan kerjaya, lelaki mula merasa rendah diri dan tidak mampu bersegandingan dengan mereka. dengan ini selera orang lelaki tempatan akan beralih arah kepada wanita seberang yang lebih ada masa untuk melayan lelaki. Tidak hairanlah ramai lelaki Malaysia memilih berkahwin kali kedua dengan wanita Indon kerana mereka mampu memenuhi ruang sibuk isteri2 dengan kerjaya mereka. Tidak dinafikan orang lelaki lebih memerlukan perhatian dan layanan.

Bayangkan mereka yang mempunyai "orang gaji indon" , air tangan mereka telah mengambil alih setiap isi rumah rakyat malaysia. air tangan isteri hanya dapat dirasai kekadang sahaja. Jadi ini juga menjadi faktor lelaki mudah jatuh dalam taklukan wanita seberang itu.... ramai wanita bekerjaya (bukan semua) mula mengambil mudah terhadap suami bila meletakkan kerjaya dihadapan mengatasi segala.... agar wanita Malaysia tidak alpa isu layanan terhadap suami dan sesibuk manapun daan seletih manapun dalam bekerjaya, sepatutnya tugas memasak untuk suami dan anak-anak sepatutnya tidak diserahkan seratus peratus kepada orang gaji....

Bayangkan kedai2 makan juga dipenuhi oleh pekerja wanita Indon...jadi selera orang lelaki yang makan dikedai dikuasai oleh mereka...balik rumah air tangan mereka juga tersedia...jadi apa yang berlaku bukan salah mereka....kecuaian wanita Malaysia mewarnai  dan mencorak selera lelaki Malaysia menjadikan mereka jatuh dalam taklukan wanita seberang....

5- Faktor jodoh : Jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Jadi apa yang hendak dihairankan. Yang penting pilihlah yang beragama.

Setiap orang ada pandangan dan citarasanya.... ini sebahagian dari sudut pandang saya yang tiada data2 kukuh, tetapi berdasarkan pandangan umum yang dapat saya perhatikan.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?