Hari Ke 2; Konvoi Ke Serikin

Oleh isma daud

3 April 2010

Konvoi warga Muslim SMK Rosli Dhoby Dan Keluarga diteruskan, hari ini ke beberapa destinasi dengan sedikit perubahan. Ini semua disebabkan dek kerana hujan lebat sejak jam 10 pagi. Beberapa program hari ini dibatalkan. Masalah perhubungan juga berlaku kerana tiada talian untuk berhubung. Akhirnya terpaksa buat ijtihad sendiri.

Ini juga menjadi faktor kelambatan bergerak kerana sebahagian menunggu sebahagian yang lain. Semuanya kerana ketidak-upayaan berhubung dengan satu dengan lain. Walaupun pada awalnya sudah dijadualkan sedemikian-sedemikian, tetapi hujan lebat menyebabkan pergerakkan terbantut. Semua kembali kepada manual, seorang cari seorang dan seorang tunggu seorang. Masalah perhubungan selesai menjelang jam 12.30 tengahari, baru dapat mengesan di antara satu dengan yang lain.

Itu komentar awal perjalan hari ini. Namun Alhamdulillah lawatan hari ini masih berjalan dengan baik dan mencapai objektif. Destinasi wajib hari ini tercapai; Serikin Dan Bau.

Tepat jam 7:30 pagi konvoi berkereta menuju Kota Sentosa, Kuching sebagai destinasi bersarapan pagi. Ramai yang memilih nasi lemak pagi ni. Sedap!!! Sebelum tu isi minyak kereta dulu di Shell. Jaluran jalanan rupanya banyak stesen minyak Shell, jarang jumpa Petronas. Satu lepas satu Shell.

Dalam pada tu duduk berpusing cari bank untuk ambil duit... tapi masalahnya meps tak jalan. dah cucuk tak mau keluar duit. Saya pakai kad CIMB, tak mau keluar duit weh, kena cari banknya juga....baru mau.

Perjalanan ke Serikin memakan masa hampir satu jam juga, pandu kereta pelahan-lahan, pandu dengan berkonvoi ni kena ikut kepala...syukur selamat sampai. Di sana kami berpecah ikut keluarga masing-masing dan saling bertemu pula. Dalam duduk mencari barang tu, ramai juga warga Sibu yang datang ke Serikin hari ni di antaranya Tuan Pengetua SMK Agama Sibu, Puan Malsiah Jamal (Pegawai PPD Kanowit, bekas pengerusi JaPS, Sibu)dan beberapa kenalan lagi.

Sebagaimana saya maklumkan tadi, tengah sibuk membeli tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya dan berterusan sehingga kawasan jualan tu penuh dengan air... lantas aktiviti hari ini agak terbantut kerana pergerakakan terbantut. Serentak dengan itu komunikasi handphone juga terputus, tidak boleh berhubung dengan rakan-rakan lain. Yang terjumpatlah dapatlah maklumkan perubahan jadual hari ini. Kesian pengarah program Ustazah Dayangku Intan dan Cikgu Misliah... tertunggu semua berkumpul tapi ada yang tidak tahu nak buat keputusan, lantas terus menuju ke Bau dengan harapan dapat berkomunikasi di sana. Lagipun destinasi kedua hari ini ialah makan tengahari di Bau....

Dalam pada itu cikgu-cikgu kita tetap berbelanja di Serikin ini... (lihat sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat saya rakam sebagai kenangan-kenangan)
____________________________



Dengan keadaan basah kuyup kami makan tengahari di Bandar Bau, saya memilih Siti Cafe dan yang lainnya memilih kedai makan muslim di Pasar Bau. Dalam pada itu saya bertemu dengan keluarga Cikgu Ibrahim yang baru saja bertolak ke Kuching pagi ini dan baru saja sampai di Bau dan selepas itu akan ke Serikin juga. Dia sekeluarga juga makan tengahari di Siti Cafe...

Dalam keadaan yang tidak menyenangkan, kami ambil keputusan balik dulu ke hotel untuk salin pakaian... Destinasi ke Muzium dan Kedai Kek dibatalkan...

Sebelah petang kami berkonvoi ke Kedai Kraftangan...beli barang-barang kenangan. Anak-anak saya memilih baju yang ada logo KUCHING...BORNEO... murah je...

Apapun hari kedua ini banyak meninggalkan kenangan manis. Semasa membeli belah, saya terima panggilan daripada akhie Ashraf Bin Ghazali...esok janji makan di rumahnya. Nampaknya saya terpaksa berpisah dengan kumpulan sebelah pagi sebelum berangkat balik ke Sibu.... Esok aktiviti bebas..boleh shoping buat kali terakhir dan bersiar-siar di Bandaraya Kuching.

Kenangan hari ini ialah anak lelaki saya, Mohd Adim berusia 4 tahun, berkata kenapa kita belum sampai ke Kuching? Saya bertanya kenapa? dia menjawab, kenapa tidak ada binatang Kuching pun......setelah masuk Bandaraya Kuching, bila tengok patung Kuching banyak tengah bandar, baru dsia diam.."Dah ada Kuching". Saya tanya dah sampai Kuching? Dia diam..tidak bising lagi..he..he.. Baru dia yakin, dia sudah sampai Kuching.

Di sebelah malam kami berkumpul di depan Arif Hotel, dekat Masjid Jamik (masjid lama) makan makanan semenanjung seperti nasi kerabu , masakan tom yam dan sebagainya . Rupa-rupanya ramai warga Sibu yang berkampung di sini malam ini. Pada awalnya terkejut juga saya kerana telah menegur saya... "Ustaz!!!" kata mereka... sambil memperkenalkan diri bahawa mereka juga dari Sibu.

Sebahagian yang bujang mengambil kesempatan mengecapi nikmat malam di Bandaraya Kuching dan Pasar Malam Satok. sementara saya yang sudah berkeluarga kembali ke hotel...anak-anak perlu tidur awal kerana esok ada perjalanan panjang lagi... perjalan balik ke Sibu.

"Balik Kampung" kata anak-anak saya.....

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?