Posts

Showing posts from March, 2009

Hukum Wanita Bujang (Belum Berkahwin) Menjadi Ibu Susuan

Assalamualaikum ustaz.. Baru -baru ni terdapat satu topik yang diperbincangkan antara saya dan rakan2 di tempat kerja saya. Pada zaman sekarang,ramai yang kita dengar wanita2 yang tidak berkahwin mengambil anak angkat dan mendapatkan suntikan bagi pengeluaran susu badan..sedangkan mereka ini masih belum berkahwin. oleh itu,apa yang dimusykilkan di sini..apakah hukum bagi keaadaan sedemikian? saya harap ustaz dapat memberikan sedikit penjelasan.. terima kasih. Pn. Haslina. March 29, 2009 1:42 PM __________________________ Ulasan dan Jawapan isma daud Salam buat Pn.Haslina; Persoalan yang Haslina tanya ini merupakan perkara baru yang berlaku dan menjadi perkara khilaf dikalangan ulama. Sehingga kini rasanya belum ada ketetapan majlis fatwa mengenainya. Saya rasa persoalan ini pernah jadi tajuk berita seawal tahun 2007 dulu. Walaupun begitu; pada hemat saya, untuk menjadi ibu susuan kepada bayi;mengikut mazhab syafie; mestilah bayi itu berusia dua tahun ke bawah dan menyu...

Sebuah Sketsa : Lelaki Panas Baran

Oleh isma daud Malam ni saya tidak menyampaikan kuliah walaupun sepatutnya saya kena berkuliah di sebuah masjid dekat Sibu ni. Nampaknya pada malam ini saya perlu melayan kerenah anak-anak dan isteri saya. Anak-anak mengadu banyak keperluan persekolahan mereka yang diperlukan pada hari esoknya. Setiap orang ada permintaannya. Nak tak nak saya perlu memenuhi keperluan keluarga mengatasi keperluan ahli masyarakat pada malam ini. Isteri saya juga malam ni mahu saya berada di rumah. Pengalaman dimarahi oleh seorang lelaki yang tiba-tiba keluar daripada keretanya dan memanggil isteri saya; lalu dimarahinya sewaktu menghantar anak ke tadika pagi tadi masik mengusik hatinya. Apa punya lelakilah dengan orang perempuan pun boleh berkasar. Isteri saya meletakkan kereta ditempat yang biasa tetapi lelaki yang kali pertama isteri saya tengok menghantar anaknya ke tadika ini. Entah apa angin yang merasuk lelaki ini, dia keluar dan memanggil isteri saya dengan kurang sopan dan memarahinya. Lelaki ini...

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Salam Ustaz, Saya ada kemusyikilan berkaitan dengan perkara di atas ; a) Mungkin ustaz boleh jelaskan secara ringkas perbezaan di antara talak bain kubra dengan talak bain sughra? b) Boleh ke kiranya ustaz memberikan beberapa keadaan yang menunjukkan berlakunya talak bain sughra? Harap ustaz dapat membantu saya di dalam merungkaikan permasalahan ini. Terima Kasih, ustaz. Faizal 28/03/2009 Ulasan dan Jawapan Oleh isma daud Salam kembali saudara Faizal; Talak ni ada dua jenis - Talak Raj'ie dan Talak Bain. Talak Bain pula ada dua iaitu Talak Bain sughra dan Talak bain Kubra. Saya perincikan; (1) Talak Raj'ie iaitu talak atau cerai yang membolehkan suaminya rujuk kembali kepada isterinya tanpa akad nikah yang baru, iaitu talak satu atau talak dua yang belum habis idahnya. (2) Talak Bain Sughra ialah talak satu atau dua yang habis tempoh idah. Jika demikian sisuami kena akad nikah dan mas kahwin yang baru untuk kembali kepada isterinya itu. Antara situasi yang dianggap talak bai...

Robohnya Masjid "RAJA" Bukit Besar, Terengganu Darul Iman

Image
Hadiah Pembangunan - Satu Demi satu Masjid Yang kaya Sejarah Dirobohkan... Masjid Taqwa di Robohkan dan digantinkan dengan Masjid "Dhirar"..... Robohnya Masjid "RAJA" Bukit Besar, Terengganu Darul Iman by budakli » March 29th, 2009, 9:06 pm assalamualaikum... yang amat sangat kerana melihat senario kemajuan infrastuktur terengganu sekarang yang dilanda "pembaharuan" yang sebenar... semasa saya pergi mengambil gambar petang tadi sempat bersembang dengan Mat Indon yang ditugaskan untuk merobohkan masjid tersebut. saya bertanyakan tentang pendapat merobohkan masjid tersebut... mereka bilang Masjid ini masih elok dan cantik binaanya, dan andainya di ubahsuai seperti cat atau penambahan kecik aja bisa lagi cantik, tapi tak usah diroboh terus itu.. nantinya hilanglah sejarahnya.. namanya aja "Raja" itukan.. "Raja" itu pastinya ada sejarahnya itu.. Mau bina aja bukan senang orang dulu itu.. ini gampang aja bisa roboh t...

Dimana Letaknya Iman Di Hati Orang Islam? Bersukan Atasi Tutup aurat

Image
Komentar isma daud Bernama siarkan berita "bapa terkejut anak tidak dibenarkan bersukan kerana pakaian tidak menutup aurat" dan sikap tidak puas hatinya dibawa ke atas kerana tiada undang-undang yang boleh menghalang anaknya bersukan walaupun tidak menutup aurat. Manakala pihak sekolah pula tidak berani menegakkan kebenaran bila berdolak-dalih siapa yang halang dan siapa yang larang...??? Persoalan saya di sini ialah; Dimanakah letaknya pertimbangan iman kita bila bertembung di antara nafsu dan iman? Seruan Saya; Ayuhlah kita membina kesedaran dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT agar kita mendapat kebaikan baik dari segi rohani dan jasmani, antara mendapat pahala dan keredhaan Allah SWT dan mendapat keselamatan di dunia dan di akhirat. Saya ketengahkan beberapa paparan di sini untuk kita lebih berfikir dan membuang khurafat dan tahayul bahawa jika mahu bersukan mesti mendedahkan aurat. Kita semua tahu bahawa menutup aurat adalah perintah Allah SWT yang wajib. ...

Mengeluh Bukan Berputus Asa; Sebuah Tazkirah Buat Masyarakat Sibu

Oleh isma daud Rintihan hati saya telah didengari oleh beberapa sahabat dan mereka yang prihatin. Lalu ada yang bertanya kepada saya apakah ustaz sudah berputus asa. Sahabat saya kat Melaka juga mengacau saya dengan menelifon bertanya khabar, katanya; "nampak sedih dan kecewa nampak?" Sebenarnya saya bersungut bukan bermaksud kita kecewa dan putus asa. Kekadang kita tiada tempat meluah maka luahan itu kita lontarkan agar orang lain dapat menyelami apa yang kita rasa. Ada nasihat yang diberi dan ada kritikan serta pandangan yang memandukan kita kepada kepada kebenaran yang kita cari. Berapa lama orang Sibu tidak mahu membina kesedaran beragama,,, kesedaran lain itu bukan main lagi... kita yang beragama Islam dekat Sibu ni sudahlah minoriti tapi tidak sedar-sedar diri. Ada seorang dua yang berjaya dalam bidang agama tidak mahu berjuang melalui agama... takut tidak cukup makan. Tidak sabar dalam perjuangan. Ramai yang tewas dan lari dari jalan berdakwah secara serius. Maaflah k...

Kabong; Ibarat Anak Dara Cantik Yang Terbiar...?

Image
Pemandangan cantik yang menyembunyikan keterbelakangannya daerah ini daripada arus kemajuan dan seolah-olah sepi daripada perencanaan pembangunan...

Warna-Warna Kehidupan Warga Kabong

Image