Import susu China dihentikan

Sumber : Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 19 Sept. – Malaysia telah mengenakan ‘Mekanisme Tahap Enam’ untuk menghentikan pengimportan semua produk susu dari China yang dikhuatiri dicemari dengan bahan kimia melamin.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, melalui mekanisme itu, semua kemasukan produk tenusu dari China di enam pintu masuk seluruh di negara akan dihentikan serta merta dan dipulangkan.

“Di Malaysia, kita mempunyai enam pintu masuk dan semuanya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga... sebarang produk berkenaan yang datang melalui pintu masuk itu akan ditahan dan dipulangkan... ia dipanggil ‘waspada tahap enam’ di semua pintu masuk.

“Kami ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Malaysia hanya mengimport produk susu dari Australia dan New Zealand. Kita tidak import dari China.

“Bagaimanapun, kita tetap menggunakan pemeriksaan tahap enam bagi menghalang kemasukan sebarang produk itu ke negara ini,” katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Menteri-menteri Kesihatan Asia Pasifik di sini hari ini.

Tiong Lai berkata, kerajaan akan menghentikan pelaksanaan mekanisme itu selepas China menyelesaikan masalah pencemaran dalam produk susunya.

Selain mengenakan mekanisme itu, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada semua hospital dan doktor agar berjaga-jaga terhadap kesan produk susu yang mengandungi melamin terhadap kesihatan, katanya.

China, pada Khamis berkata, bayi keempat telah meninggal dunia dan lebih 6,000 bayi masih sakit akibat skandal susu yang dicemari melamin membabitkan pengeluar susu paling besar di China, Sanlu Group, yang didedahkan minggu lepas.

Melamin, bahan kimia indusri yang digunakan untuk membuat plastik dan baja, adalah kaya dengan nitrogen dan apabila dicampur di dalam susu, boleh menjadikan tahap protin lebih tinggi daripada yang sepatutnya. Ia diharamkan untuk pengeluaran bahan makanan.

- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?