Guna ISA : Mengapa Dalam Isu Terpilih?
Oleh isma daud
Kita boleh menyatakan sikap kita samada setuju atau tidak setuju dalam sesuatu perkara. Kita berhak untuk melahir dan menunjukkan rasa benci dan tidak setuju apa-apa yang menggugat kedudukan agama, perpaduan kaum dan sensitiviti ummah namun membalas setiap kejahatan dengan kejahatan secara zalim sangatlah saya tidak setuju. Kalau hujah dibalas hujah dan kalau salah dakwa mereka di Mahkamah demi keadilan . Namun guna ISA untuk menangani isu sensitif secara terpilih amatlah saya tentang.
Tautan:
TranungKite Online v7.0 - Rais Yatim: Gunakan ISA kepada Raja Petra; Jangan Ahmad Ismail (Klip)
Rais Yatim mengejutkan rakyat sekali lagi apabila membuat kenyataan kepada NST meminta agar ISA tidak dikenakan ke atas Ahmad Ismail yang memainkan isu perkauman sebaliknya mengenakan ISA kepada Raja Petra yang mengaitkan pimpinan UMNO iaitu NAjib Razak dengan kes pembunuhan Altantuya.
( ILHAM NAJMI )

KENYATAAN MEDIA: MEMBANTAH PENGGUNAAN ISA
ILHAM NAJMI Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) mengutuk keras penggunaan ISA ke atas Bloger Raja Petra Kamaruddin, Wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng dan YB Teresa Kok Exco kerajaan negeri Selangor yg juga Ahli parlimen.
Bantahan ini dibuat bukan kerana menyokong kesalahan yang mungkin mereka lakukan, tetapi atas semangat menjunjung prinsip keadilan. Orang yang dituduh mesti dibuktikan di mahkamah dan diberi peluang untuk membela diri.
Sejarah telah membuktikan ISA hanya digunakan untuk musuh politik UMNO/BN. Apabila politik UMNO/BN terancam tindakan terdesak dilakukan dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
DPPNP melihat tangkapan ini dibuat bertujuan untuk melindungi individu dalam UMNO dan rakan kongsi mereka Gerakan dan MCA yang menghidupkan api perkauman. Perbalahan di kalangan parti komponen semakin parah dan akhirnya turut mengherat isu perkauman, maka jalan pintas untuk menutup tembelang ini ialah ISA.
DPPNP juga sangat tidak bersetuju jika ISA ini juga digunakan untuk menahan pemimpin UMNO dan pemimpin parti komponen BN lain, sekalipun mereka terlibat menghina agama Islam dan menghidupkan api perkauman. Kita tetap menjunjung prinsip keadilan. Mereka yang bersalah mesti diheret ke mahkamah.
DPPNP mendesak Kementerian Dalam Negeri segera membebaskan mereka dan jika ada tuduhan tertentu, maka kes mereka mesti dirujuk ke mahkamah.
Sekian
SUHAIMI MD SAAD
Pemangku Ketua DPPNP
Comments