Tuan Guru Haron Din, Ismail Kamus, Dr. Hasan Mohamed Ali....who else?

Bahan Umum Oleh benmoktar

"
a

“Menjana Islam Syumul di Kalangan Ummah”
adalah tajuk Forum Perdana Ehwal Islam anjuran bersama kerajaan negeri Selangor dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang telah berlangsung pada hari Ahad, 27hb. April 2008 di Stadium Melawati, Shah Alam.



Ahli panel forum ini adalah terdiri daripada YBhg. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, YBhg. Dato’ Ismail Kamus dan YBhg. Ustaz Roslan Mohamed. Manakala moderator forum ini ialah Y.B. Dato’ Dr. Hasan Mohamed Ali yang juga Adun Gombak Setia dan Exco Kerajaan negeri Selangor.

b

Ahli panel forum ini adalah terdiri daripada YBhg. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, YBhg. Dato’ Ismail Kamus dan YBhg. Ustaz Roslan Mohamed. Manakala moderator forum ini ialah Y.B. Dato’ Dr. Hasan Mohamed Ali yang juga Adun Gombak Setia dan Exco Kerajaan negeri Selangor.

Sebelum forum bermula, orang ramai telah memenuhi stadium sejak waktu maghrib lagi. Apabila masuk waktu Isyak bahagian utama stadium (bahagian yang mendatar) telah dipenuhi oleh orang ramai. Orang ramai yang hadir dengan membawa sejadah masing-masing menunaikan solat Isyak berjemaah dengan diimamkan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din di Stadium utama ini.

Forum bermula tepat pada jam 9:15 malam dengan bacaan doa diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Dato' Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengarah JAIS.

c

Pengerusi majlis seterusnya menyerahkan majlis kepada Moderator Forum iaitu Y.B. Dato’ Dr. Hasan Mohamed Ali. Y.B. moderator memulakan soalan pertama kepada Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dengan meminta Tuan Guru menerangkan pengertian Islam yang Syumul.



Ungkapan yang selalu disebut Islam yang syumul. Syumul adalah dalam bahasa Arab yang bermaksud menyeluruh, ataupun yang mencakupi segala aspek penghidupan individu, keluarga, sosial dan negara. Masyarakat dan negara menjadikan Islam itu sebagai wadah dan pegangan. Tiap-tiap suatu perkara dalam keperluan kehidupan manusia, Islam menghidangkan kepada mereka segala petunjuk-petunjuknya.

Inilah yang telah digambarkan oleh seorang yang lebih ‘alim daripada kita semua tentang Islam yang Syumul, iaitu seorang insan Almarhum Assyahid Imam Hasan Al-Bana, pengasas kepada Ikhwan Muslimin Mesir, dalam bukunya Risalatul Islam beliau mengungkapkan bagi memudah kita faham.
Menurut Imam Hasan Al-Bana, Islam itu ialah “ Satu risalah, satu mesej pengutusan, satu gagasan pengajaran penghidupan yang jangkauan panjangnya meliputi semua abad, dari awal manusia wujud sejak nabi Adam a.s. sampai kepada kita hari ini sampai ke akan datang dan sampai ke hari kiamat. Islam ini meliputi semua zaman. Itu mengikut garis panjangnya.



Pada garis bujurnya, Islam itu meliputi dan boleh sampai kepada semua bangsa-bangsa, tidak ada bangsa yang terkecuali daripada Islam atau tidak ada bangsa yang tidak boleh menganut agama Islam.

Pada garis dalamnya, ajaran Islam dalamnya sampai ia meliputi sekalian urusan dunia dan sekalian urusan akhirat.
Cuba kita lihat dijelaskan, hanya Islam sahajalah yang dinamakan syumul melengkapi mencakupi segala-galanya seawal insan pertama sejak nabi Adam a.s., agama yang sama iaitu agama tauhid yang Allah SWT jelaskan “Huwa sammaakumul Muslimiina min qablu” (Sila rujuk Surah al-Haj ayat 78)

w

.....Dia (Allah) menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu.....

Allah yang menamakan, orang yang menganut agama Islam ini ialah muslimin, Min qablu semenjak dahulu lagi iaitu sejak zaman nabi Adam sampai kepada kita dan sampai ke akhir zaman.
Tengoklah sungguh luasnya Islam, tiada tempat yang Islam tidak sampai ke hari ini. Semakin orang mencaci Islam, mencaci kekasih Allah SWT, nabi Muhammad s.a.w., maka Islam semakin dikenali, Islam semakin diminati, Islam semakin terserlah.

Tidak ada pengajaran dalam penghidupan ini yang dicipta oleh manusia seperti dalam mana-mana izam (fahaman), melainkan mereka hanya mencipta fahaman untuk kepentingan duniawi semata-mata, tidak ada yang boleh mengaturkan kehidupan ukhrawi iaitu kehidupan insan selepas berpindah ke alam kubur.
Islam mengatur, bagaimana hendak selamat di dunia sampailah ke hari akhirat. Inilah juga yang disebut oleh almarhum Mahmud Al-Alqad dalam bukunya Al-Islam “Islam bukan sahaja peraturan hidup, ia juga adalah aqidah“. Keyakinan dengan memegang kepada Islam, dialah sahaja Aqidatul Mutlak (Aqidah yang Mutlak) , aqidah yang ideal, yang misali (sebagai contoh) yang tidak ada tandingan bagi manusia samaada insan itu individu ataupun masyarakat.

f

Sesebuah negara dan seluruh ummah di seluruh dunia adalah pekerja yang melaksanakan kehendak Islam untuk jasmani dan rohaninya, untuk dirinya dan masyarakatnya dan untuk kebahagian dunia dan akhiratnya.
Itulah gambaran yang dapat saya sampaikan, semoga ianya mudah untuk tuan-tuan faham. Jelaslah bahawasanya, Islam yang syumul ini ialah Islam yang boleh menyampaikan kepada kita semua apa sahaja yang kita perlukan dalam kehidupan ini.
Apa sahaja persoalan kehidupan yang timbul, Islam menyediakan dasar dan panduannya. Islam mampu memberi segala-galanya kerana Allah SWT ada berfirman di dalam al-Quran (Al-An’am:38):

r

… Tiadalah Kami tinggalkan sesuatupun dalam Al-Kitab[1], kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.

[1] Sebahagian mufassirin menafsirkan Al-Kitab itu dengan Al-Quran dengan arti: dalam Al-Quran itu telah ada pokok-pokok agama, norma-norma, hukum-hukum, hikmah-hikmah dan pimpinan untuk kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat, dan kebahagiaan makhluk pada umumnya

Bermaksud Kami tidak tinggalkan apapun semua perinsip-perinsip yang kamu perlukan melainkan semuanya ada dalam al-Quran.

r

Untuk selanjutnya silalah dengar rakaman Forum Perdana ini dari awal hingga akhir melalui link berikut;

http://www.darussyifa.org/
"

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?