Beusahalah menjadi lelaki perkasa?

Tazkirah Oleh asli

" Didalam hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim:7 golongan yang dinaungi Allah SWT pada hari akhirat,diantaranya ialah ...lelaki yang menolak ajakkan perempuan cantik berzina... disini Allah SWT mengajar orang lelaki agar berwawasan jauh dan sabar dalam mengharungi kehidupan yang sementara, dimana diakhirat tiada pertolongan seperti didunia,jika kita ada masalah didunia saudara mara, ibubapa, rakan2 akan membantu, tetapi diakhirat hanya pertolongan Allah SWT yang ada dalam keadaan manusia sangat2 memerlukan bantuan.

Hadis ini memberi galakkan agar kaum lelaki berusaha meningkatkan iman dan taqwa agar apabila berhadapan dengan godaan perempuan cantik ia tidak terpengaruh dengan pujuk rayu agar melakukan maksiat penzinaan,zaman sekarang ramai kaum lelaki berhadapan situasi ini dengan godaan perempuan cantik yang memberi galakkan agar melakukan zina,bukan sekadar berhadapan dengan 'oral seks' ,ia juga terjadi dengan gambar2 seks,promosi seks melalui internet dan majalah,perempuan dibela oleh lelaki jahat (Bapa ayam @ ibu ayam)untuk memperdagangkan seks atau zina,jika kaum lelaki tidak berusaha meningkatkan iman dan taqwa pasti mereka tidak dapat menahan gelora nafsu dan syaitan dari jenis jin dan manusia agar melakukan zina yang secara automatik jika terjebak pasti terlepas dari naungan Allah SWT diakhirat kelak.

Salah satu cara membenteras godaan nafsu ialah kahwin,dalam keadaan dunia yang bebas memperdagangan tubuh perempuan melalui majalah,internet,tv...dsb...sel2 dalam tubuh manusia khususnya kaum lelaki mudah membiak,seperti budak perempuan belum baligh lagi telah keluar darah haid akibat ransangan majalah2,internet,tv...dsb itu menandakan sel2 dalam badan manusia membiak dengan cepat akibat persekitaran yang memberangsangkan,kahwin adalah penyudahnya dan mengikut saluran yang betul,dan manusia patut menolak adat2 yang membebankan agar perkahwinan menjadi mudah dan penzinaan akan berkurangan.

Berbalik kepada lelaki tadi,anda gunakan aqal yang diberikan oleh Allah SWT memikirkan masa hadapan diakhirat kelak,jika anda mengambil akhirat secara automatik dunia akan mengikut seperti anda diberi ketenangan,bersedia menghadapi mati,urusan keduniaan menjadi mudah apabila ditimpa masalah,tidak lari dari melakukan dosa dan bersedia bertaubat,dunia menjadi aman,hidup anda ada prinsip dan identiti.Tunggu bila lagi untuk meningkatkan iman dan taqwa sebab tarikh kematian kita tidak tahu bila,mungkin esok atau lusa yang pasti kematian semakin hampir,apa kita nak banggakan dengan keduniaan sebab ia semakin musnah yang kekal hanya iman dan taqwa namun gunakan dunia sebagai jambatan ke akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?