Hanyut Dalam Dunia Sendiri

KUALA LUMPUR: “Apa kelebihan sebenarnya yang hendak ditonjolkan seorang artis? Adakah tubuh badan atau bakat?” demikian persoalan dilontarkan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika mengulas kontroversi terbaru membabitkan pelakon wanita yang berpakaian menjolok mata tersebar di Internet.

Katanya, inilah masalah yang membelenggu dunia hiburan tempatan dewasa ini kerana golongan artis lebih gemar mencipta kontroversi dengan menayang tubuh daripada menonjolkan bakat semata-mata mengejar populariti.

Dr Asri berkata, sepatutnya golongan berkenaan menggunakan bakat dianugerahkan untuk menonjolkan sesuatu yang positif kerana artis juga berperanan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, bukannya memburukkan lagi dunia hiburan dengan menimbulkan perlakuan negatif.

Menurutnya, golongan ini sebenarnya lupa mengenai tanggungjawab dan hanyut dalam dunia ciptaan mereka sendiri tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat dan asal-usul kerana pergaulan terbatas hanya sesama mereka.

“Artis juga berperanan dalam mendidik masyarakat seperti dilakukan kebanyakan syarikat korporat dan badan bukan kerajaan sebagai tanggungjawab sosial mereka, namun perkara ini tidak dititikberatkan oleh artis yang hidupnya hanya berdamping sesama mereka, maka terjadilah perkara ini.

“Mereka lupa dengan budaya masyarakat setempat kerana terlalu terdedah dengan orang luar (artis Barat) sedangkan kita berbeza,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai pengakuan pelakon remaja, Zarina An-Julie, 21, yang dikaitkan dengan ‘gambar panas’ di Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Zarina turut mengaku dia menghadiri parti di pantai peranginan itu tetapi tidak memakai pakaian seksi sehingga menampakkan payu dara.

Sebelum itu, muka depan Harian Metro pada 24 Mei lalu memaparkan aksi berani pelakon drama bersiri itu yang mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar panasnya di pantai Port Dickson rancak disebarkan di Internet.

Artis sama sebelum ini mencetuskan kontroversi berikutan isu gambar bogelnya di Internet namun dia menafikannya.

Dr Asri berkata, sudah tiba masanya ahli politik campur tangan dalam menangani masalah berkaitan dunia hiburan.

sumber: Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?