Surau An-Nadwah Surau Haram??? JAIS minta penjelasan
Oleh isma daud
Beberapa hari saya tidak mampu menulis di blog ini. komputer asyik alami gangguan. Kenalah hantar kedai komputer untuk dipulihkan. Alhamdulillah hari ini ia dah sihat. Bila ia sihat, saya boleh menulis semula. Bukan tidak ada peluang menulis di bilik ICT sekolah. Tapi itu bukan tempat yang sesuai kepada saya menulis sewaktu berada di sekolah. Menghadap komputer saya sendiri bagaikan memanggil pelbagai ilham untuk saya curahkan di sini.
Entah angin apa yang bertiup tetiba JAIS, Sibu sehingga anginnya itu memecah kedamaian dan ketenangan aktiviti surau yang dinamakan Surau An-Nadwah, SMK Rosli Dhoby, Sibu? Apa lagi yang belum habis dengan JAIS ni?. Malas saya nak menyebut isu JAIS ni.
Tapi dua hari ni ia mengganggu emosi saya selaku Pengerusi Surau An-Nadwah, Sibu. Pengerusi kepada surau yang tidak gah pada struktur binaannya. Sebuah surau yang kerdil yang dibina dengan dana dan sumbangan orang ramai. Sebuah surau di sekolah kerajaan tetapi tiada sesiapa yang membelanya. Surau yang dibela oleh insan-insan kerdil dan kasih-sayang orang ramai....
Sebaik sahaja saya masuk ke pintu pagar sekolah, saya menjalankan tugas harian saya seperti biasa. Sampai di penghujung tugasan, sebelum pulang saya mengimamkan solat Zohor di Surau An-Nadwah bermakmumkan pelajar-pelajar petang yang memenuhi ruang surau itu. Tiada apa permasalahan yang saya alami sepanjang menjalankan tugas hari ini.
Seselesai saja solat, Tuan Hj Hamzah ( Guru Kaunselor sekolah) bertanya kepada saya mengenai JAIS, Sibu yang menelefon Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Sibu dan bercakap dengan Tuan Pegawainya seorang yang bukan Islam mengenai Surau An-Nadwah. Apa yang orang bukan Islam tahu dan mengapa perlu bertanyakan kepada Tuan Pegawai? Sudah tentu menimbulkan persepsi yang tidak sihat di benak, hati dan fikirannya. Apatah lagi isu ini berlaku di sebuah sekolah di bawah seliaannya. Lantas Tuan Pegawai menelifon Tuan Pengetua SMK Rosli Dhoby bertanyakan mengenai hal ini. Tuan Pengetua juga bukan Islam. Sekali lagi timbul persoalan dibenaknya betapa satu isu berkaitan Surau An-Nadwah sangat besar sehingga JAIS, Sibu menelefon Tuan Pegawai dan Tuan Pegawai menelifon Tuan Pengetua. Betul mereka itu kepala jabatan masing-masing tetapi sehingga ke tahap itukah JAIS perlu bertindak dalam isu orang Islam? Tiada orang Islam ke di Jabatan Pelajaran Sibu? Tiadakah Pegawai Khas yang boleh menangani isu Pendidikan Islam kalau perlukan maklumat mengenai orang Islam?
Seorang Pegawai JAIS menelifon Tuan Pegawai PPD, Sibu dengan bertanya adakah Surau An-Nadwah menjalankan aktiviti secara haram termasuk melaksanakan solat Jumaat tanpa surat kebenaran daripada Majlis Islam Sarawak dan perlaksanaan itu adalah haram dan tidak sah?
Apa yang dapat dijawab olehnya walaupun jika sekiranya dia tahu hal ini sekadarnya. Bukankah lebih elok dan lebih berhemah jika JAIS dapat bersikap mendidik dan memahami dengan bersikap lebih mesra sesama Muslim. Apakah tidak boleh bertanya kepada Pegawai Agama di Sektor Pendidikan Islam dan Moral (SPIM/UPIM) di Pejabat Daerah atau berhubung dengan "orang yang betul".
Sehingga orang bukan Islam bertanya kepada saya; Susahnya Islam. Mahu solat pun perlu surat kebenaran juga ke? Kalau solat tanpa kebenaran di surau yang belum berdaftar haramlah solat itu ye? Surau Haram Solat Pun Haram!!!
Mengapa pihak JAIS tidak boleh berhubung dengan saya sendiri untuk mendapatkan maklumat dan isu-isu yang berkaitan dengan surau an-Nadwah? Bukankah JAIS sebelum ini boleh mencari nombor telefon saya untuk memanggil saya mengadap JAIS, Sibu. Boleh menjemput saya untuk hadir ke majlis muzakarah mereka dan akhirnya saya terpaksa berdepan dengan tindakan JAIS, Sibu?
Yang jelasnya saya tidak faham apa yang JAIS, Sibu mahu? Apa yang mereka kehendaki?
Untuk pengetahuan saya mengambil tanggungjawab sebagai pengerusi Surau ini bermula tahun ini. Tidak ada jawatankuasa lengkap melainkan ianya jawatan kuasa di bawah Badan Agama Islam (BADAI),SMK Rosli Dhoby. Sebuah surau seperti surau di sekolah-sekolah lain juga. Apabila saya datang ke sekolah ini bermula tahun 2000, surau ini telah mengalami transformasi di mana surau kayu asalnya telah di roboh dan diganti dengan surau yang ada sekarang. Surau kayu itu telah dibina oleh Askar Wataniah secara gotong royong. Ia di antara surau yang diiktiraf oleh JAIS kerana sentiasa mendapat bantuan kewangan tahunan sekali sekala.
Sejak pembinaan surau kayu lagi, solat Jumaat didirikan kerana jamaah surau ini adalah terdiri daripada warga dua buah sekolah iaitu SMK ROSLI DHOBY dan SM TEKNIK,SIBU. Dua sekolah yang pintu masuknya berkongsi satu pintu. Surau merupakan titik pemisah sempadan dan dua sekolah mengimarah satu surau khususnya untuk Solat Jumaat. Oleh kerana sekolah ini sekolah berasrama dan para jamaahnya ramai maka solat Jumaat dilaksanakan di sini. Sejak dulu hal ini ada dalam makluman JAIS. Mungkin pegawai JAIS pada masa itu tidak kisah sangat persoalan pendaftaran ini, asal orang islam dapat solat Jumaat sudah tidak menjadi pertikaian lagi. Jelasnya secara lisan ada dimaklumkan hal dan permasalahan surau ini dan persoalan warga di sini.
Persoalan utamanya ialah para pelajar yang menghuni asrama. Dimanakah mereka mahu menunaikan solat Jumaat jika mereka tidak solat di sini? Tiada pengangkutan dan kalau ada pengangkutan pun tidak cukup untuk mengangkut jumlah pelajar yang sebegitu ramai. Lagipun jadual pembelajaran yang ditamatkan agak lewat sehingga jam 12.25 tengahari. Zohor pun masuk sekitar jam 12.30 tengahari. Mana mungkin pelajar Islam mampu menunaikan solat Jumaat sedangkan mereka adalah warga asrama yang sudah akil baligh. Masjid an-Nur jauh. Masjid terdekat pun ialah Masjid Darul Halim dan masdid Kpg Jeriah iaitu Masjid Babus Salam. Bukannya dekat. Tidak memampukan kami membawa pelajar asrama yang ramai ini untuk menunaikan fardhu Jumaat di sana.
Sejak saya mengambil alih surau An-Nadwah selaku pengerusi, saya telah ke JAIS, Sibu dan telah berbincang dengan Awang Salmi, seorang Naqib bagi surau-surau di Sibu dan menjelaskan persoalan ini. dan saya telah berbincang untuk mendaftarkan surau ini dan memahon secara rasmi dengan MAIS/JAIS untuk menunaikan solat Jumaat secara rasmi. Saya perlukan sedikit masa menyelesaikan beberapa masalah kerana ini melibatkan pentadbiran dua buah sekolah...
Kami ini ada dua buah sekolah dan banyak isu-isu dan perbincangan perlu kami ambil kira. Ini kerana surau ini adalah di bawah pentadbiran SMK Rosli Dhoby. Jadi kami telah berbincang untuk membentuk jawatan kuasa bersama di antara SMK Rosli Dhoby dan SM Teknik Sibu. Secara ketetapannya baru minggu lalu saya dan Ustaz Roslan (SM Teknik) bersepakat untuk mentadbir surau ini secara bersama mula tahun 2010. Saya rasa pihak JAIS tidak pernah ambil tahu hal-ehwal surau ini kerana surau ini berada di bawah pentadbiran sekolah bukan pentadbiran kampung/kawasan.
Jawatankuasa ini agak tertangguh tahun ini kerana kesibukan kami menambahbaikkan surau sejak bulan April lalu dengan dananya bergantung kepada sumbangan orang ramai dari masa ke semasa. Ini menyebabkan kami sentisa sibuk mencari dana untuk menyiapkan surau ini. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa yang mengabaikan pendaftaran surau ini sejak dulu... Mungkin keadaan yang ada pada masa itu, begitulah agaknya...
Namun saya insya Allah akan mengusahakan agar perjalanan surau ini berjalan dengan cara yang betul dan mengikut peraturan. Kepada JAIS, Sibu bersabarlah dan berilah ruang masa kepada kami untuk menyelesaikan permasalahan yang ada untuk kebaikan umat Islam di sini juga. Jika kalian merasakan sesuatu yang tidak betul, datanglah ke surau kami... kalian tidak pernah sampai ke sini... kami perlukan bantuan kalian yang bijaksana. Berilah tunjuk ajar kepada kami dan jangan tunjuk jalan yang kurang ajar kepada kami...

Comments
semoga ditabahkan hati mengemudi surau An-Nadwah
Tahniah ustaz kerana dpat menghidup dan menambahbaik surau Rosly Dhoby. Sayu juga ana baca tulisan anta ni sebab >< 4 tahun ana bersama pelajar teknik dan rosly dhoby menghidupkannya waktu subuh, maghrib dan isya'. Terlalu banyak kenangan di situ. Tak mampu nak cerita...sayu juga sebab pegawai JAIS dulu tak ganggu pun. Sabarlah... ada hikmahnya...
Salam
sesungguhnya perjuangan untuk kebaikan teramat pahit untuk dilalui. terdapat berjuta rintangan yang perlu dilalui. tapi percayalah khabar gembira daripada Allah kepada orang yang menegakkan amar makruf nahi mungkar... kami sahabat-sahabat anta akan mendoakan anta ....